omniture

Akan Datang | GAC Bakal Pamer Secara Rasmi Model Strategik Global di IAA Mobility 2025 Munich

GAC
2025-09-03 18:05 44

MUNICH, 3 September 2025 /PRNewswire/ -- Sebagai salah satu daripada lima pameran automotif terbaik di dunia, IAA Mobility 2025 akan dimulakan secara rasmi pada 8 September 2025 di Munich, Jerman. Di bawah tema "It's All About MOBILITY" ("Kesemuanya Berkenaan MOBILITI"), acara bersejarah ini yang mula dilancarkan pada tahun 1897, berkembang menjadi sebuah platform global yang komprehensif untuk mobiliti elektrik, pemanduan berautonomi dan pengangkutan pintar, menarik minat lebih daripada setengah juta pelawat saban tahun. Di pameran pada tahun ini, GAC akan mempersembahkan model-model strategik globalnya di Reruai E01-B3, Messe München, bagi memberi penghormatan kepada tempat terciptanya automobil ini dan dalam masa yang sama memajukan komitmennya dalam tempoh jangka panjang kepada "Di Eropah, Untuk Eropah."

Bertempat di pameran ini, reruai GAC akan membawakan wadah teknologi canggih yang pelbagai, termasuk pemanduan pintar, kabin pintar premium dan penyelesaian mobiliti bersepadu. Model-model utamanya bermula daripada HYPTEC, GAC dan AION akan dipamerkan dengan jelas, termasuk kereta terbang berbilang rotor yang dikeluarkan secara besar-besaran yang diperkenalkan buat julung kalinya di Hong Kong. Di samping itu, GAC akan berkongsi perkembangan terkini mengenai "Pelan Pasaran Eropah" sekali gus mengumumkan secara rasmi kemasukan model strategik globalnya, AION V ke pasaran Eropah.

AION V
AION V

GAC akan mempersembahkan globalisasi ekosistemnya melalui lima dinding tematik yang disusun sepanjang rantaian nilai industri dan memaparkan secara sistematik susun atur strategik dan kemajuan teknologinya dalam sektor mobiliti. Di samping itu, GAC akan memajukan pelan strategiknya dengan memperkenalkan model-model strategik globalnya ke pasaran Eropah dengan mempamerkan pencapaian teknologi termaju dan mendemonstrasikan potensi serta kekuatan inovatif industri automotif China.

Di reruai GAC, pelawat boleh memulakan pengalaman dikuasakan VR yang menarik dan meneroka kenderaan dengan cara baharu. Menerusi set kepala VR dan interaksi berasaskan gerak isyarat, mereka akan dapat mengalami kekuatan teras jenama ini seperti ciri-ciri keselamatan dan teknologi bateri, lantas memenuhi keutamaan keselamatan perjalanan, keselesaan dan mobiliti rendah karbon keluarga Eropah. Tambahan pula, pelawat boleh mendapatkan pemahaman yang mendalam mengenai kekuatan GAC dalam aspek "keselamatan yang unggul, kualiti premium dan teknologi tinggi", serta penyelesaian mobilitinya yang inovatif.

Temui bagaimana teknologi dan produk termaju daripada GAC akan memberi kejutan kepada pasaran Eropah di IAA Mobility 2025. Nantikan!

Source: GAC
Keywords: Auto Transportation New products/services Trade show news Future Events General Manufacturing