![]() |
HSINCHU, 9 September 2025 /PRNewswire/ -- ICP DAS-BMP (Biomedical Polymers), iaitu pengilang dan pembekal bagi TPU gred perubatan (poliuretana termoplastik) yang berpangkalan di Taiwan, dengan sukacitanya mengumumkan penyertaannya dalam Medtec China 2025 yang akan diadakan mulai 24 hingga 26 September di Pusat Pameran & Konvensyen Shanghai World Expo.
Tumpuan utama di pameran pada tahun ini ialah ARP-B20 TPU migrasi rendah yang dibangunkan untuk memenuhi piawaian bioserasi ISO 10993 dan sesuai untuk aplikasi implan selama 90 hari. TPU migrasi rendah dapat mengurangkan migrasi aditif dengan ketara semasa proses penetapan haba, lalu membantu kateter mengekalkan permukaan yang bersih dan rata sepanjang hayat simpan. Dengan 15 pilihan warna, bahan ini menawarkan fleksibiliti reka bentuk yang luas dan mengupayakan penyelesaian tersuai untuk keperluan klinikal tertentu.
ICP DAS-BMP juga akan mempamerkan seleksi bahan TPU yang luas untuk beraneka jenis aplikasi perubatan. TPU Arothane™, Alithane™ dan Durathane™ (siri ARP/ALP/ALC) asas memenuhi keperluan untuk kebanyakan peranti perubatan sentuh badan, khususnya gred yang mengandungi barium sulfat seperti B20 atau B40. Arothane™ ARP-B20 dan Durathane™ ALC-B40 telahpun lulus ujian implantasi 13 minggu ISO 10993-6, menjadikannya sesuai untuk implantasi sehingga 90 hari. Ketertaburan yang sangat baik dan keselamatan biologi menjadikannya pilihan yang tepat untuk kateter invasif.
Bagi peranti perubatan berdinding nipis atau salutan wayar pandu, siri Arothane™ ARP-W dan ARP-WG yang mengandungi 40–60% Tungsten, menawarkan kelegapan radio yang sangat baik. Siri ARP yang lunak, dengan kekerasan di bawah 70A, memberikan fleksibiliti dan kekuatan mekanikal untuk peranti yang memerlukan ketahanan dan keselesaan pesakit.
Engineering Arothane™ TPU (siri EARP) memberikan suhu peralihan kaca yang tinggi dan penghantaran cahaya yang luar biasa, lalu menjadikannya amat sesuai untuk komponen ortodontik, penyambung Luer-Lock dan peranti ketepatan yang lain.
Tawaran ini bersama-sama membentuk portfolio TPU komprehensif yang memenuhi tuntutan yang semakin berkembang daripada teknologi penjagaan kesihatan moden. Kunjungi pasukan ICP DAS-BMP di Dewan 2, Reruai No. 2D402 untuk meneroka inovasi dan menemui penyelesaian TPU yang dapat meningkatkan prestasi, keselamatan dan keserbabolehan peranti.
Latar Belakang ICP DAS-BMP
ICP DAS-BMP, pengilang dan pembekal TPU terkemuka yang berpangkalan di Taiwan, mendapat pengiktirafan ISO 13485 dan mengendalikan makmal-makmal khusus yang memfokuskan pada pengurusan kualiti. Dengan memanfaatkan kepakaran automasi industri selama lebih tiga puluh tahun daripada syarikat induknya ICP DAS, ICP DAS-BMP melaksanakan amalan kilang pintar bagi meningkatkan kualiti produk serta mempercepat masa penghantaran. Syarikat ini komited terhadap sokongan selepas jualan yang responsif dan penyelesaian yang fleksibel, walaupun untuk kuantiti pesanan yang kecil demi memastikan kepuasan pelanggan serta memupuk jalinan perkongsian jangka panjang.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: https://bmp.icpdas.com