omniture

Sunwoda Perkenal Julung Kali Sel Storan Tenaga 684Ah & 588Ah Di Peringkat Global di RE+ 25, Perkasa Pelbagai Aplikasi

Sunwoda
2025-09-11 11:43 49

LAS VEGAS, 11 September 2025 /PRNewswire/ -- Bertempat di RE+ 25, Sunwoda (Kod Saham: 300207), penyedia penyelesaian storan tenaga senario penuh bertaraf global memperkenalkan dua sel storan tenaga berkapasiti besar rintis: model 684Ah dan 588Ah. Inovasi andalan ini mengukuhkan lagi kedudukan Sunwoda sebagai peneraju bagi teknologi bateri termaju yang direka untuk memenuhi keperluan pasaran storan tenaga global yang kian berkembang.

Sunwoda 684Ah & 588Ah Cells Launched at RE+25
Sunwoda 684Ah & 588Ah Cells Launched at RE+25

"Pelancaran sel storan tenaga 684Ah dan 588Ah menyaksikan pencapaian yang penting dalam inovasi berterusan Sunwoda dan kemajuan bagi teknologi storan tenaga berkapasiti besar," kata Dr. Sam Chen, Pengurus Besar BESS BU di Sunwoda. "Syarikat ini komited untuk membina portfolio produk yang matang dan andal yang dapat menangani pelbagai senario aplikasi, seterusnya memberikan nilai kitaran hayat dan pulangan pelaburan yang lebih besar kepada pelanggan kami."

Direkayasa dengan teknologi tindanan termaju, sel 684Ah mencapai ketumpatan tenaga melebihi 440Wh/L dan mengintegrasikan pemisahan terma-elektrik dengan struktur pelesapan haba tiga dimensi bagi menjamin operasi yang selamat dan stabil. Dibina untuk jangka hayat panjang dengan tempoh guna selama lebih 20 tahun, ia berintegrasi secara fleksibel dengan kontena 10 kaki, 20 kaki dan 30 kaki. Reka bentuk berketumpatan tingginya mengurangkan penggunaan kontena sebanyak 27%, memendekkan masa pemasangan, mengurangkan kos dan mengurangkan LCOE sebanyak 8%, seterusnya meningkatkan kelajuan pasang atur dan ekonomi keseluruhan. Produk ini dijadualkan akan dikeluarkan secara besar-besaran dalam S4 2025, bagi memastikan kapasiti dapat memenuhi tuntutan pasaran.

Sel 588Ah mengaplikasikan teknologi belitan terbukti yang ditingkatkan dengan inovasi kehilangan litium rendah, memanjangkan hayat kitaran kepada 10,000 kitaran pada 70% SOH dan mengupayakan operasi andal selama lebih daripada 20 tahun. Dengan kecekapan tenaga 96.5%, keselamatan elektrolit termaju dan reka bentuk pelohongan berarah, ia dapat memastikan kestabilan dalam tempoh jangka panjang serta keberkesanan kos.

Sebagai peneraju global bagi teknologi tenaga baharu bersepadu, Sunwoda disenaraikan antara sepuluh pembekal sel storan tenaga terkemuka dunia dalam H1 2025 dan diiktiraf oleh BloombergNEF sebagai Pengilang Storan Tenaga Tahap 1. Syarikat ini terus meluaskan jejak pembuatan antarabangsanya, dengan pangkalan pengeluaran di China, Thailand, Hungary dan negara-negara lain bagi memastikan sokongan rantaian bekalan setempat, cekap dan andal untuk pasaran-pasaran di seluruh dunia.

Menerusi sel 684Ah dan 588Ah baharunya, Sunwoda akan mengukuhkan lagi komitmennya untuk memajukan penyelesaian storan tenaga berkapasiti besar dan memperkasakan peralihan kepada masa depan tenaga yang lebih lestari.

Latar Belakang Sunwoda
Ditubuhkan pada tahun 1997, Sunwoda Electronic Co., Ltd. tersenarai awam di Bursa Saham Shenzhen (kod saham: 300207) pada tahun 2011 dan berjaya menyenaraikan GDR di Bursa Saham Swiss pada tahun 2022, menjadikannya sebagai sebuah perusahaan yang terkemuka dalam bidang bateri litium-ion global.

Melalui dedikasi dan inovasi selama hampir tiga dekad, Sunwoda bukan sahaja memantapkan kepimpinannya dalam teknologi bateri litium-ion menerusi penyelesaian yang utama dalam industri tetapi turut mencapai kejayaan perniagaan yang luar biasa—muncul sebagai jaguh tersembunyi dalam sektor bateri 3C, memperoleh kedudukan antara 10 teratas global bagi pemasangan bateri kuasa, penghantaran sel storan tenaga, penghantaran sistem storan tenaga dan diberi kedudukan sebagai Pengilang Storan Tenaga Tahap 1 Bloomberg.

Ketahui lebih lanjut di www.sunwodaenergy.com 

Maklumat Perhubungan Media 
Zeng Edward, zengqinghua@sunwoda.com

Source: Sunwoda
Related Stocks:
Shenzhen:300207
Keywords: Alternative Energies Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Mining/Metals Oil/Energy Utilities Trade show news General Manufacturing