omniture

Festival Opera Cina (Kunshan) 2025 Bermula, Raikan Kemeriahan Opera Tradisional Cina

Jiangsu Provincial People's Government
2025-09-11 15:15 57

KUNSHAN, China, 11 September 2025 /PRNewswire/ -- Festival Opera Cina (Kunshan) 2025, anjuran bersama Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan serta Kerajaan Rakyat Wilayah Jiangsu dimulakan pada 8 September di Kunshan, Wilayah Jiangsu. Berdasarkan festival-festival lalu yang menonjolkan jenis peranan klasik Sheng (lelaki), Dan (perempuan), Jing (wajah bersolek) dan Chou (badut), program pada tahun ini memfokuskan pada teater seni bela diri. Persembahan pembukaan menampilkan petikan seni bela diri yang dipersembahkan oleh enam pakar opera Cina yang tersohor dan sepanjang berlangsungnya festival ini—yang diteruskan hingga 20 September—seramai 20 pengamal seni bela diri dari seluruh China akan mempersembahkan 10 pertunjukan bersama yang menggambarkan pemeliharaan dan inovasi opera tradisional Cina yang masih lagi diteruskan.

The opening performance featured the Beijing Opera excerpt “The Eighteen Arhats Subdue the Raptor Demon” (Provided by Kunshan Converged Media Center)
The opening performance featured the Beijing Opera excerpt “The Eighteen Arhats Subdue the Raptor Demon” (Provided by Kunshan Converged Media Center)

Di upacara pembukaan, sijil-sijil dianugerahkan kepada para peserta yang dipilih untuk Program Pembangunan Bakat Terkemuka Kebangsaan bagi Opera Cina 2025, di samping penghormatan untuk institusi-institusi yang diiktiraf oleh Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan antara tahun 2020 dan 2024 sebagai Inisiatif Pementasan Opera Cemerlang.

Festival pada tahun ini berpaksikan lima program utama: upacara pembukaan dan penutup, persembahan penghibur opera kebangsaan (teater seni bela diri), persembahan jemputan dengan pementasan terkemuka, simposium opera dan inisiatif untuk memelihara bentuk opera yang terancam. Ia turut melibatkan lima program lanjutan: aktiviti pertukaran dan promosi opera, kempen pelancongan budaya "Tonton Opera, Lawat Jiangsu", pameran khas di Muzium Opera China, pasar budaya opera tradisional dan juga platform promosi digital.

Sepanjang tempoh festival ini berlangsung, 39 persembahan akan dipentaskan yang menampilkan 107 pementasan daripada 53 ensembel yang mewakili 31 tradisi opera yang berbeza. Persembahan dan aktiviti akan diadakan di pelbagai tempat, termasuk teater tradisional, bandar bersejarah, muzium, universiti dan tapak yang indah bagi menawarkan pengalaman budaya yang imersif kepada penonton.

Kunshan, tempat bermulanya Opera Kunqu yang merupakan bentuk opera Cina terawal, menganjurkan festival ini untuk tahun ketujuh berturut-turut. Satu pelan tindakan tiga tahun yang baharu telahpun dilancarkan ketika ini bagi membimbing pembangunan masa depannya. Mulai tahun 2018 hingga 2024, festival ini mempersembahkan 348 genre opera, termasuk pertunjukan boneka dan wayang kulit yang menghimpunkan 494 organisasi yang mementaskan 295 persembahan yang menampilkan 606 petikan sekali gus menarik minat khalayak mencatat rekod yang menonton secara langsung mahupun secara dalam talian.

Source: Jiangsu Provincial People's Government
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Art Entertainment Music Travel New products/services