omniture

Kolmar Korea Majukan 'Clean Beauty' dengan Kejayaan daripada Pembungkusan Mesra Alam hingga R&D

Kolmar Korea
2025-09-16 00:59 54
  • Menggondol anugerah global menerusi inovasi pembungkusan mesra alam, termasuk tiub kertas, batang kertas dan pek kertas
  • Tersenarai di kedudukan No. 125 bagi "Syarikat Terbaik Dunia untuk Pertumbuhan Lestari 2025" TIME, satu-satunya syarikat K-Beauty dalam senarai

SEOUL, Korea Selatan, 16 September 2025 /PRNewswire/ -- Kolmar Korea, sebuah syarikat ODM kosmetik bertaraf global, mengukuhkan komitmennya terhadap "kecantikan bersih" ("clean beauty"). Bermula daripada pembungkusan mesra alam hinggalah bahan mentah dan pembangunan formulasi, berserta proses pengeluaran yang lestari, syarikat ini meningkatkan pengurusan ESGnya demi mencapai daya saing terbeza dalam pasaran global.

Kolmar Korea’s eco-friendly packaging innovations—paper tube (left), paper stick, and one-hand pump paper pack
Kolmar Korea’s eco-friendly packaging innovations—paper tube (left), paper stick, and one-hand pump paper pack

Pembungkusan mesra alam daripada syarikat ini mendapat perhatian paling meluas. Pada tahun 2020, Kolmar Korea memperkenalkan tiub kertas, iaitu bekas mesra alam yang pertama dalam industri yang berjaya mencapai pengkomersialan. Ia dapat mengurangkan penggunaan plastik sebanyak 80%, direka bagi tujuan pengasingan yang mudah antara kertas dan plastik selain cukup tahan lasak untuk menampung berat lebih 50 kg. Pada tahun 2023, ia membangunkan batang kertas dengan kertas mineral dan mengurangkan penggunaan plastik sebanyak 86%. Direka agar boleh mengoyak berlapis-lapis kertas, batang kertas ini membolehkan pengguna menggunakan seluruh produk tanpa pembaziran, lantas mengimbangi kelestarian dengan praktikaliti. Pada April ini, syarikat ini memperkenalkan pek kertas pam satu tangan, reka bentuk yang diilhamkan oleh karton susu yang mengintegrasikan fungsi pam. Diperbuat daripada 100% bahan kitar semula, ia memberikan kemudahan pengguna dan juga sifat mesra alam yang dituntut oleh pengguna global.

Inovasi ini mendapat pengiktirafan antarabangsa. Tiub kertas dan batang kertas turut mencapai "grand slam" bagi reka bentuk dengan memenangi tiga anugerah reka bentuk yang terkemuka di dunia— IDEA, iF Design Award dan Red Dot Design Award. Pek kertas pam satu tangan turut memenangi Red Dot Design Award pada tahun ini yang mengesahkan selanjutnya daya saing global pembungkusan mesra alam daripada Kolmar Korea.

Selain pembungkusan, Kolmar Korea memperkukuh kecantikan bersih dalam bahan mentah dan juga formulasi. Pada tahun 2022, syarikat ini membangunkan kaedah pengekstrakan mesra alam menggunakan bunga matahari, lingonberi dan bunga bintang (starflower) yang mengurangkan emisi karbon sebanyak 83% dan dalam masa yang sama meningkatkan keberkesanan ramuan aktif sebanyak 870%. Diguna pakai dalam pelindung matahari kecantikan bersih 2023, inovasi ini melayakkannya memperoleh pensijilan "Produk Teknologi Hijau" daripada Kementerian Alam Sekitar Korea. Pada tahun yang sama, Kolmar Korea menggantikan mikroplastik dalam kosmetik berwarna dengan silika semula jadi, mineral yang terkenal dengan penjagaan liang dan kawalan sebum, meningkatkan tekstur serta kestabilan sekali gus memajukan kefungsian dan juga kelestarian.

Kolmar Korea turut memacu pembuatan rendah karbon dan mesra alam. Syarikat ini menyertai inisiatif K-RE100 pada tahun 2022, menjanjikan 100% penggunaan tenaga boleh baharu menjelang tahun 2050. Di kilang Sejong utamanya, kemudahan-kemudahan solar yang diperluas pada tahun 2023 mengurangkan kira-kira 143 tan emisi CO₂. Syarikat ini juga mengendalikan bahagian khusus yang menyasarkan "sisa tapak kambus tanah sifar," mengurangkan kadar tapak kambus tanah dan meningkatkan kitar semula melalui pengurusan kelestarian yang sistematik.

Usaha yang meluas ini mendapat pengiktirafan di peringkat global. Pada tahun 2024, majalah TIME menyenaraikan Kolmar Korea di kedudukan No. 125 dalam senarai "Syarikat Terbaik Dunia untuk Pertumbuhan Lestari 2025" yang merupakan satu-satunya syarikat K-Beauty yang disertakan, lalu mengesahkan kepimpinannya dalam amalan mesra alam di pasaran global.

Seorang jurucakap Kolmar Korea berkata, "Membangunkan teknologi mesra alam bukanlah satu pencapaian jangka pendek namun merupakan strategi perniagaan teras bagi meningkatkan kelestarian dalam seluruh industri ini. Kami akan terus memperlihatkan kepimpinan sebagai sebuah syarikat yang memacu pertumbuhan lestari dalam sektor kecantikan global."

Latar Belakang Kolmar Korea
Kolmar Korea ialah ODM kosmetik bertaraf global yang beribu pejabat di Seoul, Korea Selatan. Syarikat ini diiktiraf atas inovasi dalam formulasi, pembungkusan, dan pembuatan lestari, selain turut bekerjasama dengan jenama-jenama kecantikan yang terkemuka di seluruh dunia. Melalui pengurusan dipacu ESG serta penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang berterusan, Kolmar Korea memajukan kecantikan bersih dan penyelesaian mesra alam demi membentuk masa depan yang lebih lestari untuk industri kecantikan global.

Hubungan Media
Kolmar Holdings
Jang-Woo Lee
jay.lee@kolmar.co.kr

 

Source: Kolmar Korea
Related Stocks:
Korea:161890
Keywords: Cosmetics & Personal Care Environmental Products & Services Green Technology Health Care/Hospital Household/Consumer/Cosmetics Cision Influencer List - ESG