omniture

Huawei dan Perintis Industri Perkenal Lebih 30 Wadah Penanda Aras Global untuk Transformasi Digital dan Pintar dalam Domain Komunikasi Data

Huawei
2025-09-21 15:45 54

SHANGHAI, 21 September 2025 /PRNewswire/ -- Semasa berlangsungnya HUAWEI CONNECT 2025, Huawei dan perintis industri memperkenalkan lebih 30 wadah penanda aras global untuk transformasi digital dan pintar dalam domain komunikasi data bagi menonjolkan inovasi yang terkini dan amalan industri yang terbukti di lapangan dalam era AI. Wadah ini merangkum sektor-sektor utama seperti kerajaan, pendidikan, penjagaan kesihatan, kewangan dan kuasa elektrik.

Tatkala AI menjadi semakin merata, rangkaian berkembang melangkaui saluran maklumat semata-mata untuk menjadi tulang belakang yang mendorong penaiktarafan pintar industri-industri. Pelancaran wadah ini memperlihatkan amalan termaju Huawei dalam menyokong transformasi digital dan pintar merentas industri-industri, sekali gus turut mempersembahkan kejayaan pelaksanaan aplikasi yang inovatif.

Sebagai contoh, dalam bidang pendidikan, wadah pendidikan pintar global di Sekolah Welkin Shenzhen menetapkan paradigma baharu untuk model kolaboratif "1+N" bagi menggalakkan pendidikan yang berkualiti tinggi dan saksama. Dalam bidang kewangan, wadah pusat pengkomputeran pintar kewangan di China Pacific Insurance menjadi peneraju dalam melaksanakan latihan dan inferens model besar, bagi mempercepat penaiktarafan digital dan pintar dalam perkhidmatan kewangan. Wadah rangkaian kampus pintar di destinasi pusat peranginan bersepadu yang terkenal di dunia Resorts World Sentosa di Singapura meningkatkan dengan ketara pengalaman digital untuk pelawat, seterusnya mewujudkan penanda aras baharu untuk mencapai transformasi digital.

Announcing global benchmark showcases to set new standards for industry excellence
Announcing global benchmark showcases to set new standards for industry excellence

Majlis pelancaran dihadiri oleh para pemimpin Huawei dan tetamu-tetamu terhormat, termasuk Jason He, Presiden Jabatan Pemasaran dan Jualan Penyelesaian Komunikasi Data Perusahaan Huawei; Yury Yin, Ketua Pegawai Pemasaran Barisan Produk Komunikasi Data Huawei; Alvin Tan, Presiden Bahagian Teknologi Maklumat di Resorts World Sentosa (Singapore); Gong Weidong, Pengetua Sekolah Welkin Shenzhen; dan Wang Hui, Ketua Pakar Awan Pengkomputeran Pintar di China Pacific Insurance Group.

Lebih 30 wadah penanda aras yang diperkenalkan kali ini dibangunkan secara bersama oleh Huawei dan pelanggannya, lalu menggambarkan penjelajahan bersama dan pengalaman praktikal mereka dalam transformasi digital dan pintar. Mereka menyediakan kisah kejayaan yang boleh diulang untuk rakan industri dan juga membolehkan Huawei mempertingkat selanjutnya penyelesaian dalam senario perniagaan dunia sebenar, seterusnya membangunkan tawaran yang inovatif dengan keterterapan industri yang lebih luas.

Wadah penanda aras global ini akan dibuka kepada pelanggan global bagi tujuan lawatan di tapak, menawarkan pandangan secara langsung mengenai bagaimana AI berintegrasi secara mendalam dengan rangkaian untuk meningkatkan kecekapan serta mempertingkat pengalaman pengguna.

Memandang ke hadapan, Huawei, seiring bersama lebih ramai pelanggan dan rakan kongsi akan terus memacu inovasi, memanfaatkan cerapan daripada wadah penanda aras global bagi menghimpunkan amalan terbaik.

Source: Huawei
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Trade show news Artificial Intelligence