omniture

Lupin Memperkukuh Perniagaan Oftalmologi Khusus Global dengan Pengambilalihan VISUfarma daripada GHO Capital

Lupin Limited
2025-09-29 22:07 27

LONDON, ROM dan ZUG, Switzerland, 29 Sept 2025 /PRNewswire/ -- Syarikat farmaseutikal global terkemuka, Lupin Limited (Lupin) (BSE: 500257) (NSE: LUPIN) (REUTERS: LUPIN.BO) (BLOOMBERG: LPCIN), pada hari ini mengumumkan anak syarikat milik penuhnya, Nanomi B.V. ('Nanomi'), telah menandatangani perjanjian muktamad untuk pengambilalihan VISUfarma B.V. (VISUfarma), syarikat portfolio pelabur pakar penjagaan kesihatan global GHO Capital Partners LLP (GHO). Pengambilalihan VISUfarma, dengan portfolio produk kesihatan mata berinovatif yang luas dan infrastruktur komersial yang teguh, sejajar dengan strategi Lupin untuk mengembangkan perniagaan dan jejak di Eropah, serta memajukan francais khusus global syarikat.

Dengan menyepadukan operasi komersial VISUfarma yang teguh, Lupin akan memanfaatkan pasaran oftalmologi yang menarik, yang sedang mengalami pertumbuhan global yang besar dipacu oleh populasi global yang semakin tua, peningkatan kejadian komplikasi mata berkaitan diabetes dan kesedaran yang semakin meningkat tentang penjagaan pencegahan.

Operasi Eropah VISUfarma yang diwujudkan akan menyediakan peluang pengembangan pasaran, kehadiran langsung dan kepelbagaian perniagaan lanjutan merentasi negara utama Eropah, termasuk Itali, UK, Sepanyol, Jerman dan Perancis. Di samping itu, portfolio VISUfarma yang luas terdiri daripada 60+ produk oftalmologi berjenama akan memberikan peluang pertumbuhan untuk mempercepat pengembangan Lupin ke dalam segmen khusus merentasi rantau dan diunjurkan akan memacu pertumbuhan di Eropah serta di pasaran lain.

Vinita Gupta, Ketua Pegawai Eksekutif Lupin, berkata, "Kami amat berbesar hati untuk mengalu-alukan VISUfarma ke dalam keluarga Lupin. Pengambilalihan ini mengukuhkan komitmen kami untuk menyampaikan ubat-ubatan inovatif kepada pesakit dan komuniti yang kami berkhidmat. Selain memberikan pulangan segera, ia juga memperluaskan kehadiran kami di Eropah dan terus memperkukuh francais kepakaran kami dalam bidang Oftalmologi."

Dengan penyepaduan VISUfarma, Lupin akan menawarkan portfolio produk yang lengkap dalam bidang mata kering, glaukoma, kebersihan kelopak mata, blefaritis, kesihatan retina dan nutraseutikal tertumpu tinggi yang ditetapkan oleh pakar mata.

Lupin akan membiayai pengambilalihan dengan tunai sedia ada dalam kunci kira-kira. Pengambilalihan itu dijangka menambah nilai kepada profil pertumbuhan dan margin Lupin. Transaksi itu diunjurkan akan selesai menjelang akhir tahun 2025, tertakluk kepada syarat persetujuan tertentu.

Andrea Ponti, Rakan Pengurusan dan Mike Turner, Rakan Kongsi di GHO Capital, menambah,"Bekerjasama rapat dengan pasukan pengurusan VISUfarma, GHO Capital telah mengubah syarikat daripada pemain oftalmik domestik Itali kepada perniagaan pan-Eropah yang unik dengan operasi mantap merentasi pasaran utama, portfolio produk yang teguh meliputi bidang penyakit utama yang memberi impak kebahagian depan dan belakang mata, dan infrastruktur untuk meneruskan trajektori pertumbuhan. Kami amat berbesar hati kerana telah menemui rakan kongsi untuk membantu mengembangkan lagi VISUfarma dan memanfaatkan kekuatan untuk membina francais oftalmologi global."

Paolo Cioccetti, Ketua Pegawai Eksekutif, VISUfarma Itali, menambah, "Bergabung dengan Lupin merupakan lembaran baharu yang menarik untuk VISUfarma. Sebagai sebahagian daripada operasi oftalmologi Lupin, kami akan membina ke arah francais oftalmologi global dengan komitmen untuk memajukan penjagaan mata dan menambah baik hasil kepada pesakit. Kami mahu mengucapkan terima kasih yang tulus ikhlas kepada GHO Capital atas sokongan dan bimbingan strategik yang tidak berbelah bahagi. Pelaburan dan kepakaran syarikat itu telah memainkan peranan penting dalam mengubah VISUfarma kepada peneraju farmaseutikal oftalmologi pan-Eropah."

Centerview Partners UK LLP berkhidmat sebagai penasihat kewangan eksklusif kepada Lupin manakala Herbert Smith Freehills Kramer LLP berkhidmat sebagai penasihat undang-undang kepada Lupin. 

Stifel bertindak sebagai penasihat kewangan eksklusif kepada GHO Capital. Slaughter and May, Giliberti, Triscornia e Associati dan Norton Rose Fulbright bertindak sebagai peguamcara, manakala Deloitte berperanan sebagai penasihat kewangan dan cukai kepada GHO Capital.

Maklumat Tentang Lupin
Lupin Limited ialah peneraju farmaseutikal global yang beribu pejabat di Mumbai, India, dengan produk yang diedarkan di lebih 100 pasaran. Lupin pakar dalam produk farmaseutikal, termasuk perumusan berjenama dan generik, generik kompleks, produk bioteknologi dan bahan farmaseutikal yang aktif. Dipercayai oleh ahli profesional penjagaan kesihatan dan pengguna di seluruh dunia, syarikat itu menikmati kedudukan yang kukuh di India dan Amerika Syarikat merentasi pelbagai bidang terapi, termasuk pernafasan, kardiovaskular, antidiabetik, antijangkitan, gastrousus, sistem saraf pusat dan kesihatan wanita. Lupin mempunyai 15 tapak pembuatan terkini dan 7 pusat penyelidikan di seluruh dunia, bersama dengan tenaga kerja khusus yang terdiri daripada lebih 24,000 ahli profesional. Lupin komited untuk menambah baik hasil kesihatan pesakit melalui anak syarikat - Lupin Diagnostics, Lupin Digital Health dan Lupin Manufacturing Solutions.

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila kunjungi www.lupin.com atau ikuti kami di LinkedIn https://www.linkedin.com/company/lupin

Maklumat Tentang VISUfarma
Ditubuhkan pada tahun 2016 melalui gabungan syarikat Itali Visufarma SpA dan aktiviti komersial Eropah Nicox SA, VISUfarma ialah syarikat farmaseutikal khusus yang memberikan tumpuan kepada oftalmologi. Syarikat tersebut menjana hasil sebanyak €48 juta pada tahun 2024 di seluruh Itali, UK, Sepanyol, Jerman, Perancis dan pasaran antarabangsa tertentu. VISUfarma telah dimiliki oleh GHO Capital sejak tahun 2016.

Maklumat Tentang GHO Capital
Global Healthcare Opportunities, atau GHO Capital Partners LLP, ialah penasihat pelaburan penjagaan kesihatan pakar terkemuka yang berpangkalan di London. Kami menggunakan keupayaan dan perspektif global untuk membuka peluang penjagaan kesihatan pertumbuhan tinggi, menyasarkan pengantarabangsaan Pan-Eropah dan rentas Atlantik untuk membina perniagaan terkemuka pasaran yang mempunyai nilai global strategik. Rekod prestasi pelaburan kami yang terbukti menunjukkan kedalaman kepakaran dan rangkaian industri kami yang tiada tandingannya. Kami bekerjasama dengan pasukan pengurusan yang kuat untuk menjana nilai mampan jangka panjang, menambah baik kecekapan penyampaian penjagaan kesihatan untuk membolehkan penjagaan kesihatan yang lebih baik, lebih cepat dan lebih mudah diakses. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.ghocapital.com.

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/2461104/4811288/Lupin_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Lupin Limited
Related Stocks:
Bloomberg:LPCIN Bombay:LUPIN.BO India:LUPIN.NS Nagoya:LUPIN
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Acquisitions, mergers, takeovers