omniture

Volvo Trucks: Majukan Keselamatan Jalan Raya di Seluruh Asia Tenggara

Volvo Trucks
2025-09-30 10:15 45

Kolaborasi bersama Sekolah dan Komuniti untuk Melindungi Kanak-kanak dan Pengguna Jalan Raya Terdedah Pada Bahaya

Di dalam negara kota yang padat dan dinamik di kebanyakan negara Asia Tenggara, jaminan keselamatan jalan raya merupakan salah satu keutamaan tertinggi negara. Namun begitu, ruang penambahbaikan sentiasa ada dan memastikan aspek keselamatan menjadi tumpuan utama dalam agenda bukan sahaja akan menyelamatkan nyawa bahkan mengekalkan kekuatan ekonomi kata Anna Engblom, Pengarah Urusan - Asia Tenggara dan Jepun di Volvo Trucks.

SINGAPURA, 30 September 2025 /PRNewswire/ -- Volvo Trucks, peneraju bertaraf global bagi keselamatan kenderaan komersial, meningkatkan komitmennya terhadap keselamatan jalan raya di seluruh Asia Tenggara yang mana lebih 120,000 kematian akibat kemalangan jalan raya berlaku setiap tahun - hampir 15% daripada kematian jalan raya di seluruh dunia. Kumpulan yang paling terdedah pada bahaya ialah kanak-kanak, pejalan kaki dan penunggang motosikal. Sebagai respons, kerajaan di Malaysia, Thailand, Indonesia, Singapura, dan Filipina memperkenalkan bulan-bulan keselamatan jalan raya khusus. Inisiatif ini menggabungkan seminar pendidikan, program khidmat masyarakat dan penguatkuasaan yang lebih ketat, lalu menyumbang kepada pengurangan sebanyak 5-10% dalam kecederaan berkaitan jalan raya sepanjang tempoh kempen.

The ‘Stop, Look, Wave’ activity at Brunei
The ‘Stop, Look, Wave’ activity at Brunei

Tumpuan utama advokasi Volvo ialah dua program andalan. Kempen 'Stop, Look, Wave' ('Berhenti, Lihat, Lambai') dijalankan dengan kolaborasi bersama sekolah, mengajar kanak-kanak berhenti seketika di susur jalan, melihat kedua-dua arah dan melambai kepada pemandu sebelum melintas. Pada tahun 2024-2025 sahaja, lebih 30,000 orang kanak-kanak mengambil bahagian dalam bengkel interaktif yang membawa kepada peningkatan yang boleh diukur dalam tingkah laku lintas yang selamat. Inisiatif 'See and Be Seen' ('Lihat dan Dilihat') mendidik kanak-kanak dan juga orang dewasa mengenai titik buta trak dan kepentingan memastikan kebolehlihatan sekitar kenderaan besar, lalu membantu semua pengguna jalan raya memahami risiko dan jaminan keselamatan dengan lebih baik. Kempen kami yang terkini telahpun berlangsung di Jepun dan Brunei, lantas menunjukkan dedikasi serantau jenama ini untuk melindungi nyawa dan memupuk budaya keselamatan untuk semua pengguna jalan raya.

Cik Anna Engblom, Pengarah Urusan, Volvo Trucks Asia Tenggara & Jepun berkata, "Di Volvo Trucks, orang ramai menjadi teras bagi komitmen keselamatan kami. Tanggungjawab kami melangkaui pemandu hinggalah kepada semua orang yang berkongsi jalan raya. Kami percaya keselamatan dapat dicapai bukan sahaja melalui teknologi canggih tetapi juga melalui pendidikan dan kesedaran masyarakat. Usaha kami untuk mencapai kemalangan sifar membimbing inovasi dan perkongsian kami, memupuk budaya apabila kesejahteraan setiap pengguna jalan raya diutamakan dan akhirnya mewujudkan jalan raya yang lebih selamat dan lebih terjamin untuk semua."

Visi Volvo Trucks ialah mencapai sifar kemalangan yang melibatkan kenderaannya. Dengan mengakui bahawa lebih sejuta nyawa terkorban di peringkat global akibat kemalangan jalan raya saban tahun, Volvo percaya kemajuan sebenar dicapai melalui pendekatan holistik: mengutamakan keselamatan bagi mereka yang berada di dalam dan di luar trak. Ini mendorong syarikat untuk melangkaui keperluan undang-undang, melabur dalam teknologi canggih, pendidikan dan perkongsian komuniti yang erat. Walaupun inovasi dalam reka bentuk kenderaan merupakan aspek yang amat penting, Volvo menekankan bahawa sistem keselamatan utama ialah kesedaran dan latihan pemandu.

Sekiranya anda berminat untuk menyertai kami atau ingin berkolaborasi dalam kempen di sekolah atau kelas anda, sila hubungi pasukan kami atau wakil pasaran tempatan anda.

Protecting lives & fostering a culture of safety for all road users
Protecting lives & fostering a culture of safety for all road users

Ms. Anna Engblom, Managing Director, Volvo Trucks Southeast Asia & Japan
Ms. Anna Engblom, Managing Director, Volvo Trucks Southeast Asia & Japan

Source: Volvo Trucks
Keywords: Auto Transportation Corporate Social Responsibility Public Interest