BEIJING, 1 Oktober 2025 /PRNewswire/ -- Karnival Kopi Xingsha-Afrika yang pertama telahpun dilancarkan secara rasminya di Daerah Changsha, Wilayah Hunan, tengah China pada hari Isnin yang menjadikan kopi sebagai jambatan untuk mempromosikan kerjasama ekonomi dan perdagangan China-Afrika yang mendalam.
Di upacara pelancaran, Taman Industri Kopi Hunan (Changsha) yang amat dinanti-nantikan sudahpun dirasmikan dan mula beroperasi. Terletak di bahagian teras zon lapangan terbang Kawasan Changsha bagi Zon Perdagangan Bebas Perintis China (Hunan), taman ini diberi kedudukan sebagai "hab lapangan terbang + kerjasama China-Afrika + ciri-ciri Hunan" dan bertujuan untuk membina pangkalan industri kopi komprehensif yang mengintegrasikan lima fungsi utama, iaitu pengeluaran dan pemprosesan, penggudangan dan logistik, perkhidmatan inovasi sains dan teknologi, pengalaman budaya dan juga perkhidmatan transaksi.
Taman ini akan memfokuskan untuk mengambil alih sumber biji kopi dari Afrika, mengkhususkan untuk membina sebuah pusat pengedaran dan platform paparan perdagangan untuk biji kopi premium Afrika dan mengisi jurang domestik dalam operasi rantaian penuh kopi Afrika.
Xingsha International Communication Center yang dirasmikan secara sekali gus juga mula beroperasi pada waktu yang sama.
Sepuluh projek industri kopi yang utama telahpun ditandatangani oleh jenama-jenama kopi Cina dan syarikat-syarikat perdagangan kopi Afrika di acara ini yang meliputi pemprosesan mendalam kopi, perkhidmatan perdagangan serta operasi jenama.
Karnival ini akan berlangsung hingga 3 Oktober dengan beberapa siri aktiviti berkaitan kopi, termasuk salun industri kopi China-Afrika dan acara pemadanan perdagangan-industri dan juga pertandingan memanggang kopi.
Pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/347787.html