omniture

Daripada Setem Cukai Keselamatan kepada Sistem Perisikan Perdagangan Haram Didayakan AI, SICPA Melancarkan Modul Perisikan Pasaran Digital di Malaysia untuk Mengukuhkan Lagi Perjuangan Menentang Perdagangan Haram

SICPA
2025-10-08 14:29 7

CYBERJAYA, Malaysia, 8 Oktober 2025 /PRNewswire/ -- SICPA, peneraju global dalam teknologi pengesahan keselamatan, kebolehkesanan dan penyelesaian perdagangan anti-haram, telah secara rasmi melancarkan modul perisikan pasaran digital dikenali sebagai "Digital Market Intelligence" (DMI) di Malaysia berikutan kejayaan pelancaran global baru-baru ini. Sistem yang canggih dan inovatif ini menandakan pencapaian penting dalam usaha negara untuk memerangi perdagangan haram dan meningkatkan keupayaan penguatkuasaan melalui transformasi digital.


Selama beberapa dekad, produk eksais di Malaysia telah dilindungi menggunakan setem cukai keselamatan yang dibenamkan dengan ciri keselamatan gred wang kertas dan berbilang lapisan, termasuk kod keselamatan unik, membolehkan produk bersiri dan kebolehkesanan merentasi rantaian bekalan sambil berfungsi sebagai bukti pembayaran duti eksais dan membantu menghalang pemalsuan produk eksais- ciri yang diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia sebagai "setem cukai yang dipertingkatkan".

Modul DMI yang baru dilancarkan dibina di atas asas setem cukai keselamatan ini dengan menyepadukan kecerdasan buatan "Artificial Intelligence" (AI) dan kecerdasan sumber terbuka, "Open Source Intelligence" (OSINT) dengan sistem pengekodan dan kebolehkesanan keselamatan SICPA. Setiap produk ditandakan dengan kod unik dan direkodkan, menangkap maklumat pengeluaran dan rantaian bekalan utama. Ini membolehkan pihak berkuasa menjejaki perjalanan setiap produk eksais—daripada pembuatan kepada pasaran—dan mengenal pasti anomali atau titik lemah dalam rangkaian pengedaran.

Apa yang menjadikan modul DMI unik ialah keupayaannya untuk memproses sejumlah besar data menggunakan analitik berkuasa AI. Dengan merujuk silang data sistem dalaman dengan sumber perisikan luaran, modul ini menjana cerapan yang boleh diambil tindakan yang disahkan oleh pakar anti perdagangan haram SICPA. Cerapan ini memperkasakan agensi penguatkuasaan untuk beralih daripada pemeriksaan yang luas dan intensif sumber manusia kepada operasi bersasar yang tertumpu pada kawasan berisiko tinggi.

"Pelancaran ini merupakan langkah besar ke hadapan dalam pembinaan kapasiti digital Malaysia untuk pihak berkuasa penguatkuasaan tempatan," kata jurucakap SICPA tempatan. "Modul Perisikan Pasaran Digital bukan sahaja meningkatkan kecekapan operasi penguatkuasaan tetapi juga mengukuhkan akauntabiliti dan ketelusan merentasi rantaian bekalan. Ini merupakan penambahan penting dalam komitmen kami selama beberapa dekad untuk menyokong pihak berkuasa awam dalam menangani ekonomi bayangan."

Pelaksanaan modul ini dijangka dapat mengurangkan kelaziman perdagangan haram dalam barangan eksais seperti tembakau, alkohol dan produk terkawal lain dengan ketara. Ia juga sejajar dengan agenda pendigitalan Malaysia yang lebih luas dan komitmen untuk melindungi hasil awam dan keselamatan pengguna.

Modul DMI SICPA kini bersedia untuk menyokong pihak berkuasa Malaysia dalam misi mereka untuk melindungi perdagangan yang sah dan memastikan pematuhan peraturan negara, bersama teknologi forensik terkini SICPA, keupayaan unik yang menjadikannya satu-satunya syarikat dalam sektornya yang telah mencapai tahap kepakaran ini. Kemajuan ini membolehkan pengeluaran laporan forensik frekuensi tinggi, menyediakan pihak berkuasa kehakiman dengan bukti kukuh untuk menutup gelung penguatkuasaan dan mendapatkan sabitan terhadap pelaku penyeludupan.

Source: SICPA
Keywords: Computer/Electronics High Tech Security New products/services Artificial Intelligence