![]() |
DALLAS, 9 Oktober 2025 /PRNewswire/ -- Kimberly-Clark Corporation (NASDAQ: KMB) sedang mendalami komitmennya untuk memajukan penjagaan penting untuk wanita dan gadis melalui empat kerjasama strategik dan amal yang dipertingkatkan. Melalui program baharu dengan Baby2Baby, Plan International, Project HOPE, dan UNICEF, Kimberly-Clark berhasrat untuk memperluaskan akses kepada penjagaan yang mengubah kehidupan di Brazil, Peru, China, India, Indonesia, Vietnam, dan Amerika Syarikat. Secara keseluruhannya, kerjasama ini akan berusaha meningkatkan kehidupan kira-kira 24 juta wanita dan gadis dalam tempoh tiga tahun akan datang.
Alami Siaran Berita Multisaluran interaktif sepenuhnya di sini: https://www.multivu.com/kimberly-clark/9238951-en-kimberly-clark-global-partnerships-women-and-girls
Pengumuman ini terhasil daripada penekanan semula fokus strategik Kimberly-Clark Foundation baru-baru ini: bagi meningkatkan akses kepada penjagaan penting untuk wanita dan gadis sepanjang perjalanan mereka dari akil baligh hingga menjadi ibu. Yayasan itu akan membiayai komitmen tiga tahun bernilai AS$28.7 juta ini, yang memberi tumpuan kepada penjagaan semasa haid serta penjagaan ibu dan bayi.
Kesihatan Wanita Kekal Sebagai Isu Mendesak di Seluruh Dunia
Setiap tujuh saat, seorang wanita atau bayi meninggal dunia semasa atau sejurus selepas bersalin, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia. Tambahan pula, kira-kira 500 juta wanita dan kanak-kanak perempuan tidak mempunyai akses kepada sumber untuk menguruskan haid, seperti yang dilaporkan oleh Bank Dunia. Di sebalik cabaran yang wujud, peluang untuk memperkasakan wanita dan seterusnya — seluruh komuniti — terbentang luas: menurut Forum Ekonomi Dunia, "Pelaburan dalam [kesihatan] wanita tiada tandingannya dalam pulangan pelaburan untuk kesihatan seluruh masyarakat."
"Kami membayangkan sebuah dunia di mana wanita dan gadis di mana sahaja dapat menerima akses yang sama rata kepada penjagaan asas yang mereka perlukan untuk berkembang maju," kata Mike Hsu, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Kimberly-Clark serta Presiden Kimberly-Clark Foundation. "Kimberly-Clark mencipta kategori penjagaan feminin pada tahun 1921, dan kami kekal komited untuk memajukan penjagaan untuk wanita dan gadis sejak itu. Daripada membangunkan inovasi yang memenuhi keperluan pengguna kami yang belum dipenuhi hinggalah melaksanakan program impak sosial yang strategik, kami berasa amat bangga dengan tanggungjawab kami untuk berusaha meningkatkan kehidupan komuniti yang kami sokong. Sekarang, kami berhasrat mempercepatkan impak kami kerana kami tahu bahawa Perubahan Yang Lebih Baik Tidak Boleh Ditangguh."
Program yang dibiayai akan memberi tumpuan kepada usaha menyokong komuniti yang kurang mendapat perhatian. Antara inisiatif utama termasuk program pendidikan mengenai kebersihan semasa haid dan usaha menghapuskan stigma dalam kalangan remaja; program untuk memperluaskan akses kepada kemudahan sanitasi yang selamat; perkhidmatan penjagaan pranatal dan bayi baru lahir yang menyeluruh; sokongan kesihatan mental untuk ibu; serta program bagi memperkukuhkan sistem kesihatan demi meningkatkan kesejahteraan golongan paling rentan.
Kerjasama Transformasional untuk Menawarkan Penjagaan Lebih Baik demi Dunia yang Lebih Baik
Gabungan Kimberly-Clark dengan Baby2Baby untuk menyediakan barangan bayi penting untuk keluarga yang hidup dalam kemiskinan bermula pada tahun 2011 sebagai rakan kongsi korporat pertama organisasi bukan untung itu. Pada 2024, jenama Huggies® syarikat ini memperkukuhkan komitmen tersebut dengan menyokong inisiatif Baby2Baby untuk menangani kadar kematian ibu yang meningkat di A.S., dengan kerjasama Jabatan Kesihatan & Perkhidmatan Manusia A.S. Melalui pengedaran Kit Bekalan Kesihatan Ibu & Bayi Baru Lahir, program ini menangani persimpangan kritikal antara keperluan lampin, kesihatan bayi baru lahir, dan kesihatan mental ibu.
"Kami amat berterima kasih kepada rakan kongsi lama kami di Kimberly-Clark dan jenama Huggies mereka atas sokongan mereka yang tidak berbelah bahagi. Dengan sokongan berupa sumbangan luar biasa dan komitmen tiga tahun mereka, kami mampu memberikan impak yang lebih besar dalam perjuangan menentang kematian ibu," kata Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Baby2Baby Norah Weinstein dan Kelly Sawyer Patricof. "Dengan bantuan mereka, kami sedang mengembangkan usaha kami untuk menghantar bekalan kepada ibu baru di 15 negeri, memastikan mereka mendapat keperluan asas yang diperlukan untuk diri mereka dan bayi mereka, terutamanya semasa tempoh selepas bersalin yang sering mencabar."
Sejak tahun 2020, Plan International dan Kimberly-Clark, bersama jenama Kotex®, telah mencapai anggaran 11 juta orang melalui program yang menyokong kesihatan kanak-kanak perempuan semasa haid. Kerjasama yang berkembang ini dan menyokong masyarakat di A.S., Brazil, China dan Peru ini akan mewujudkan persekitaran komuniti dan sekolah yang mesra haid dengan memastikan akses kepada bekalan, kemudahan bilik air, dan pendidikan yang membolehkan gadis menguruskan haid mereka dengan yakin dan bermaruah.
"Dengan pengalaman lebih 80 tahun dalam memperjuangkan peluang untuk gadis, Plan International memahami bahawa kesihatan haid adalah kunci untuk mengoptimumkan potensi gadis," kata Kate Ezzes, Naib Presiden Pembangunan Program di Plan International USA. "Kami juga tahu perubahan yang berkekalan berlaku apabila remaja lelaki terlibat sebagai sekutu. Kerjasama kami dengan Kimberly-Clark membantu memecahkan tabu yang merugikan dan memastikan setiap kanak-kanak dapat belajar, memimpin, membuat keputusan, dan berkembang."
Kerjasama Kimberly-Clark dengan Project HOPE akan memperluaskan akses kepada kesihatan haid dan ibu untuk wanita dan gadis di China dan Indonesia. Inisiatif ini memberi tumpuan kepada pendidikan kebersihan semasa haid, penjagaan ibu dengan penuh hormat, dan sokongan kesihatan mental. Melalui pendekatan kitaran hayat, program ini memberdayakan individu dari zaman remaja hingga hamil dan menjadi ibu muda dengan pendidikan, alat digital, dan penjagaan yang penuh empati.
"Kimberly-Clark dan Project HOPE berkongsi komitmen mendalam untuk mewujudkan dunia yang membolehkan setiap wanita dan gadis mengakses penjagaan, martabat, dan peluang yang selayaknya mereka dapat," kata Dr. Uche Ralph-Opara, Ketua Pegawai Kesihatan di Project HOPE. "Kimberly-Clark telah lama menjadi sebahagian daripada perjalanan kami, menyokong usaha kami melalui sumbangan produk dan sokongan misi utama yang telah membantu memperluaskan akses kepada perkhidmatan kesihatan asas untuk wanita dan gadis di seluruh dunia. Fasa seterusnya dalam perkongsian kami memperluaskan impak ini melalui pendekatan holistik yang menyokong wanita dan gadis di setiap peringkat—dari haid pertama seorang gadis, kehamilan, kelahiran, hingga seterusnya. Bersama-sama, kami melabur dalam pendidikan, kesihatan mental, pembangunan kapasiti, dan advokasi untuk memacu perubahan sistemik yang lestari."
Sepanjang hubungan hampir 25 tahun, Kimberly-Clark dan UNICEF telah bekerjasama untuk meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan bayi, gadis dan wanita di 26 negara. Kini, legasi tersebut diteruskan melalui inisiatif baharu merentas pelbagai wilayah, yang memfokuskan pada pendidikan kebersihan semasa haid dan akses bagi gadis serta kesihatan ibu untuk ibu muda di Brazil, India, Indonesia, Peru, dan Vietnam.
"Sejak 2001, kerjasama kami dengan Kimberly-Clark telah memberdayakan hampir 14 juta kanak-kanak dan dewasa melalui penyediaan penjagaan kesihatan neonatal, pembangunan awal kanak-kanak, air bersih, sanitasi dan kebersihan, serta perkhidmatan menyelamat nyawa semasa kecemasan," kata Kitty van der Heijden, Timbalan Pengarah Eksekutif UNICEF, Partnerships. "Kami bersyukur kerana kerjasama transformasi ini untuk gadis dan wanita kini diperkukuhkan untuk menyelamatkan lebih banyak nyawa, menyediakan perkhidmatan yang memelihara maruah, dan memberi impak berpanjangan bagi generasi akan datang."
Walaupun beberapa rakan kongsi amal ini telah lama bekerjasama dengan Kimberly-Clark, ini menandakan era baharu dalam cara organisasi ini bekerjasama dengan yayasan. Dengan menumpukan perhatian kepada dua bidang impak kritikal—penjagaan semasa haid serta penjagaan ibu dan bayi—sebagai sebahagian daripada fokus strategik baharu yayasan, kerjasama ini bertujuan untuk menangani cabaran yang saling berkaitan, yang biasanya diuruskan secara berasingan.
Pendekatan bersepadu ini mencerminkan keseluruhan rangkaian penjagaan, dengan mengiktiraf hubungan mendalam antara kesihatan semasa haid, kesejahteraan ibu, dan perkembangan bayi. Sebagai sebuah syarikat yang jenamanya sudah menyediakan produk penting seperti lampin dan penyelesaian kebersihan feminin kepada populasi ini di setiap wilayah tersebut, Kimberly-Clark berada pada kedudukan strategik untuk memberikan impak yang bermakna, secara meluas, melalui kerjasama ini.
"Kami berhasrat untuk memimpin dengan keprihatinan dalam semua yang kami lakukan," kata Russ Torres, Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Kimberly-Clark. "'Kami Prihatin' sebenarnya adalah salah satu daripada tiga nilai teras kami. Sama ada memberi sokongan kepada kakitangan kami, pelanggan kami, pengguna kami, atau komuniti tempat kami tinggal dan beroperasi, keprihatinan mendasari segala-galanya di Kimberly-Clark." Kerjasama strategik ini membolehkan kami memperluaskan nilai tersebut, di samping berusaha memastikan setiap wanita dan gadis di seluruh dunia mendapat sokongan penting yang selayaknya mereka terima."
Tumpuan Kimberly-Clark Foundation yang lebih padu dalam penjagaan wanita dan gadis merupakan salah satu daripada pelbagai cara syarikat ini merealisasikan tujuannya iaitu Penjagaan yang Lebih Baik untuk Dunia yang Lebih Baik. Ia juga selaras dengan strategi perniagaan Powering Care syarikat dan akan menyumbang secara langsung kepada usaha Kimberly-Clark untuk mencapai aspirasi globalnya untuk memberi impak positif kepada 1 bilion nyawa menjelang 2030.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang aspirasi 2030 Kimberly-Clark dan usaha Yayasan Kimberly-Clark, layari https://www.kimberly-clark.com/en-us/sustainability/2030-ambition.
[KMB-C] [KMB-S]
Maklumat Tentang Kimberly-Clark
Kimberly-Clark (NASDAQ: KMB) dan jenama-jenama yang dipercayai adalah sebahagian daripada kehidupan yang sangat diperlukan oleh orang di lebih daripada 175 negara dan wilayah. Portfolio jenama kami, termasuk Huggies, Kleenex, Scott, Kotex, Cottonelle, Poise, Depend, Andrex, Pull-Ups, Goodnites, Intimus, Plenitud, Sweety, Softex, Viva dan WypAll, memegang kedudukan nombor 1 atau 2 dalam penguasaan pasaran di kira-kira 70 negara. Tujuan syarikat kami adalah untuk memberikan Penjagaan yang Lebih Baik untuk Dunia yang Lebih Baik. Kami komited mengamalkan pendekatan lestari yang menyokong kesejahteraan planet, membina komuniti yang kukuh, dan memastikan perniagaan kami terus berkembang dalam dekad-dekad yang akan datang. Untuk mengikuti berita terkini dan mengetahui lebih lanjut mengenai sejarah inovasi syarikat selama lebih 150 tahun, lawati laman web Kimberly-Clark.
Maklumat Tentang Kimberly-Clark Foundation
Ditubuhkan pada tahun 1952, Kimberly-Clark Foundation adalah cabang kebajikan Kimberly-Clark Corporation dan didedikasikan untuk menyokong tujuan global yang mewujudkan perubahan sosial yang berpanjangan. Dibiayai oleh syarikat, fokus utama yayasan ini adalah pada pelaburan impak sosial yang membantu memajukan penjagaan penting untuk wanita dan gadis dalam perjalanan mereka melalui akil baligh sehingga menjadi ibu.
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/648588/Kimberly_Clark_v1_Logo.jpg?p=medium600