![]() |
PORT VILA, Vanuatu, 8 Oktober 2025 /PRNewswire/ -- Vantage Markets memperteguh komitmennya terhadap kepercayaan pelanggan dengan meningkatkan perlindungan insurans perniagaannya kepada USD $50 juta, satu peningkatan yang cukup besar daripada USD $1 juta sebelumnya.
Peningkatan sebanyak lima puluh kali ganda ini menggambarkan pelaburan berterusan oleh Vantage dalam perlindungan pelanggan. Polisi ini adalah insurans Lebihan Kerugian yang ditaja jamin oleh Lloyd's of London yang dibangunkan untuk memberikan perlindungan sekiranya berlaku insolvensi, tertakluk kepada terma, syarat dan pengecualiannya.
"Perdagangan mempunyai risiko bawaan, namun pelanggan harus berasa yakin bahawa Vantage mengambil langkah-langkah tambahan untuk melindungi mereka daripada kejadian yang tidak dijangka," kata Marc Despallieres, Ketua Pegawai Eksekutif Vantage Markets. "Dengan menambah perlindungan insurans kami kepada $50 juta, kami bermatlamat untuk mengukuhkan lagi kepercayaan yang diberikan oleh pelanggan kepada kami."
Penambahbaikan ini menangani kebimbangan yang utama dalam kalangan pedagang: perlindungan sekiranya berlaku insolvensi. Ramai pedagang baharu teragak-agak untuk memasuki pasaran lantaran bimbang mengenai keterjaminan dana. Menerusi peningkatan ini, Vantage menunjukkan komitmennya terhadap perlindungan pelanggan.
Sorotan Utama Peningkatan:
Selain teknologi perdagangan dan platform yang memenangi anugerah, Vantage terus melabur dalam langkah-langkah yang memperteguh keyakinan pelanggan. Pencapaian ini mendasarkan misi syarikat untuk menawarkan bukan sahaja penyelesaian perdagangan termaju tetapi juga amalan yang telus dan bertanggungjawab.
Dengan jumlah perlindungan insurans sebanyak $50 juta, Vantage meningkatkan perlindungannya dengan ketara untuk pelanggan yang layak, seterusnya membolehkan pedagang menumpukan pada peluang, apabila mengetahui bahawa pelanggan yang layak mendapat perlindungan sekiranya berlaku insolvensi. Sila rujuk Sesawang Vantage Markets untuk maklumat lanjut mengenai peningkatan perlindungan insurans.
Latar Belakang Vantage
Vantage Markets (atau Vantage) ialah broker CFD berbilang aset yang menawarkan pelanggan akses perkhidmatan yang tangkas dan berkuasa bagi memperdagangkan produk Kontrak untuk Perbezaan (CFD), termasuk tukaran mata wang asing (Forex), Komoditi, Indeks, Saham, ETF dan Bon.
Dengan pengalaman pasaran selama lebih 15 tahun, Vantage melangkaui peranan sebagai broker, menyediakan platform perdagangan andal, aplikasi perdagangan mudah alih yang memenangi anugerah dan platform perdagangan mesra pengguna yang menyediakan capaian peluang perdagangan kepada pelanggan.
berdagang lebih bijak @vantage
AMARAN RISIKO: CFD ialah instrumen kompleks dan membawa risiko tinggi mengalami kerugian wang dengan cepat lantaran leveraj. Pastikan anda memahami risiko sebelum berdagang.
Penafian: Insurans hanya terpakai sekiranya berlaku insolvensi. Tidak termasuk kerugian perdagangan. Perlindungan agregat sehingga USD 50J. Terma & Syarat polisi dikenakan. Artikel ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak terdapat nasihat kewangan, tawaran atau rayuan bagi apa-apa produk atau perkhidmatan kewangan. Kandungannya bukan dimaksudkan untuk penduduk di mana-mana bidang kuasa di mana pengedaran atau penggunaan sedemikian akan bertentangan dengan undang-undang atau peraturan tempatan. Pembaca dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat profesional bebas sebelum membuat apa-apa keputusan pelaburan atau kewangan. Apa-apa pergantungan yang anda letakkan pada maklumat yang dibentangkan adalah atas risiko anda sendiri sepenuhnya.