![]() |
PORT VILA, Vanuatu, 10 Oktober 2025 /PRNewswire/ -- Vantage, broker berbilang aset yang terkemuka, dengan bangganya menjadi tumpuan utama sebagai penaja utama Smart Vision Summit Bahrain 2025 yang berprestij, lalu menekankan komitmennya dalam menyokong acara-acara industri yang penting.
Sidang kemuncak ini, yang menghimpunkan broker global, pakar kewangan dan pedagang, berfungsi sebagai sebuah platform bagi mengadakan pertukaran ilmu, perangkaian dan turut mempamerkan inovasi terkini bagi perdagangan dalam talian. Sebagai penaja utama, Vantage memainkan peranan penting dalam memacu perbualan mengenai ketelusan, teknologi serta perkhidmatan berpusatkan pelanggan.
Selain daripada peristiwa penting ini, Vantage turut diberi penghormatan menerusi Anugerah Broker Paling Dipercayai, iaitu pengiktirafan yang mengesahkan sekali lagi reputasi syarikat ini terhadap keandalan, ketelusan dan komitmen kepada perkhidmatan pelanggan. Anugerah ini menonjolkan platform inovatif Vantage, perkhidmatan yang andal serta sokongan komprehensif yang disesuaikan untuk pedagang merentas pelbagai pasaran.
Marc Despallieres, Ketua Pegawai Eksekutif Vantage Markets, mengulas:
"Diiktiraf sebagai Broker Paling Dipercayai merupakan satu penghormatan sebenar dan memberi gambaran yang jelas mengenai kepercayaan yang diberikan oleh pelanggan kepada kami. Penajaan Forex Traders Summit Bahrain menggambarkan dedikasi kami untuk menyokong komuniti perdagangan dan memupuk hubungan industri yang bermakna. Kami tetap komited terhadap inovasi, ketelusan dan memberikan pengalaman bertaraf dunia untuk pelanggan kami."
Pengiktirafan ini memperkukuh kehadiran Vantage yang semakin meningkat dan misinya untuk memperkasakan pedagang dengan penyelesaian yang terjamin, andal dan termaju.
Kunjungi Vantage Markets untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkhidmatan kami yang memenangi anugerah.
Latar Belakang Vantage
Vantage Markets (atau Vantage) ialah broker CFD berbilang aset yang menawarkan pelanggan akses perkhidmatan yang tangkas dan berkuasa bagi memperdagangkan produk Kontrak untuk Perbezaan (CFD), termasuk tukaran mata wang asing (Forex), Komoditi, Indeks, Saham, ETF dan Bon.
Dengan pengalaman pasaran selama 15 tahun, Vantage melangkaui peranan sebagai broker, menyediakan platform perdagangan andal yang menyediakan capaian peluang perdagangan kepada pelanggan.
berdagang lebih bijak @vantage
AMARAN RISIKO: CFD ialah instrumen kompleks dan membawa risiko tinggi mengalami kerugian wang dengan cepat lantaran leveraj. Pastikan anda memahami risiko sebelum berdagang.
Penafian: Artikel ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak terdapat nasihat kewangan, tawaran atau rayuan bagi apa-apa produk atau perkhidmatan kewangan. Kandungan ini bukan bertujuan untuk penduduk di mana-mana bidang kuasa di mana pengedaran atau penggunaan sedemikian akan bertentangan dengan undang-undang atau peraturan tempatan. Pembaca dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat profesional bebas sebelum membuat apa-apa keputusan pelaburan atau kewangan. Apa-apa pergantungan yang diletakkan pada maklumat yang dibentangkan adalah atas risiko anda sendiri sepenuhnya.