![]() |
SINGAPURA, 13 Oktober 2025 /PRNewswire/ -- Susulan pertunjukan perdana New York yang mendapat sanjungan pada Jun 2025, UBS House of Craft x Dior membuat penampilan sulung Asia di Singapura menerusi pameran fesyen dan fotografi yang diperluas bagi meraikan legasi dan kepakaran Dior selama lapan dekad.
Dibuka kepada orang ramai mulai 21-23 November di New Art Museum Singapore – sebahagian daripada Whitestone Gallery, pameran ini menyusur galur era pentakrif bagi House of Dior melalui hasil ciptaan Christian Dior dan enam pengarah artistik yang membentuk legasinya: Yves Saint Laurent, Marc Bohan, Gianfranco Ferré, John Galliano, Raf Simons dan Maria Grazia Chiuri, selain turut memberi penghormatan kepada Kim Jones.
Mengiktiraf keanggunan yang tak lapuk dek zaman dan semangat inovatif UBS serta Dior, pameran ini menampilkan pameran fotografi rintis oleh artis yang disanjung tinggi dan rakan usaha sama Dior sejak dahulu lagi, Brigitte Niedermair. Dikurasikan oleh Carine Roitfeld, iaitu bekas ketua sidang pengarang terkenal Vogue Paris, pameran ini memperoleh sumbernya daripada arkib Dior dan hasil ciptaan ikonik daripada setiap pereka yang menonjolkan kepakaran luar biasa serta daya kreativiti yang berwawasan.
Jin Yee Young, Ketua Bersama UBS Global Wealth Management Asia Pacific dan Ketua Negara UBS Singapore, berkata: "UBS berbesar hati dapat membawakan penampilan sulung Asia bagi pameran UBS House of Craft x Dior yang diperluas ini ke Singapura. Kami berasa teruja dengan perkongsian ini yang memberi penghormatan kepada warisan Dior dan UBS, sekali gus memaparkan ketepatan, dedikasi dan keindahan seni yang mentakrifkan kraf kami."
"Di samping itu, perikatan ini merupakan suatu perayaan bagi kecemerlangan, keanggunan adibusana dan keterampilan luar biasa yang dimanfaatkan oleh Dior sejak kejayaan New Look pada tahun 1947. Keghairahan dan kepakaran unik Carine Roitfeld, digabungkan dengan bakat Brigitte Niedermair yang tiada tandingan, iaitu rakan usaha sama House of Dior yang setia, menonjolkan warisan tak lapuk dek zaman dan kreativiti kami suatu ketika dahulu yang sentiasa dicipta semula oleh ramai pereka yang telah menggantikan Christian Dior. Dialog artistik ini merupakan suatu penghormatan kepada keberanian dan kemahiran yang luar biasa hebatnya, pada pertembungan antara masa lalu, masa kini dan masa depan, dalam landskap budaya yang sentiasa berubah-ubah," kata Olivier Bialobos, Timbalan Pengarah Urusan yang bertanggungjawab bagi Komunikasi & Imej Global, Christian Dior Couture dan Parfums Christian Dior.
Pameran ini turut diiringi dengan ceramah, barisan panel, bengkel dan demonstrasi kraf yang melaluinya para peserta dapat berinteraksi dengan pakar kraf dan menyelami keterlibatan mereka dengan keindahan seni busana. Butiran lanjut akan diumumkan dalam masa terdekat.
Pendaftaran percuma di: https://www.ubs.com/sg/en/wealthmanagement/about-us/craft/hoc-sg/registration.html
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: http://www.ubs.com/hoc-sg.
Maklumat perhubungan media: Natalie Sim, UBSHOCteam@tateanzur.com, +65 9710 6570