BANDAR RAYA HO CHI MINH, Vietnam, 13 Oktober 2025 /PRNewswire/ -- Finest Future, sebuah syarikat pendidikan Finland–Vietnam perintis, sekali lagi mendapat sanjungan antarabangsa, setelah dianugerahkan Fast Enterprise Award di Asia Pacific Enterprise Awards (APEA) 2025.
Ini merupakan tahun kedua berturut-turut Finest Future diiktiraf di APEA, lantas mengesahkan sekali lagi statusnya sebagai salah satu perusahaan Asia yang paling dinamik dan berkembang pesat dalam sektor Pendidikan.
Pencapaian dalam Inovasi Pendidikan dan Pengembangan Global
Ditubuhkan pada tahun 2020, Finest Future bermatlamat untuk membentuk semula pendidikan global dengan menghubungkan pelajar-pelajar dari seluruh dunia dengan sekolah-sekolah menengah dan program-program vokasional Finland yang cemerlang. Dalam tempoh empat tahun, syarikat ini mencapai pertumbuhan yang luar biasa — berkembang daripada kohort pertamanya yang terdiri daripada 15 orang pelajar pada tahun 2021 kepada lebih 1,000 orang pelajar di seluruh Vietnam, Thailand, Indonesia dan Myanmar. Pengembangan ini disokong oleh rangkaian yang mantap dengan hampir 100 rakan kongsi sekolah menengah dan sekolah vokasional di seluruh Finland.
Pada tahun 2024, Finest Future memperkenalkan AINO Platform yang dikuasakan AI, iaitu sebuah ekosistem digital bersepadu yang direka untuk membimbing dan menyokong para pelajar dalam pemerolehan bahasa, prosedur aplikasi dan pembangunan peribadi. Syarikat ini terus meluaskan jejak serantaunya menerusi pelancaran yang akan datang di Malaysia, Hong Kong SAR, Wilayah Taiwan dan Filipina, lalu menekankan komitmennya untuk memupuk landskap pendidikan yang lebih mudah dicapai dan tanpa sempadan.
Ketua Pegawai Eksekutif Tuomas Aleksi Tiilikainen: "Pendidikan ialah jambatan menuju masa depan yang lebih baik."
Ketika menerima anugerah di Majlis Makan Malam Gala APEA 2025 di GEM Center, Bandar Raya Ho Chi Minh, En. Tuomas Aleksi Tiilikainen, Ketua Pegawai Eksekutif Finest Future, berkongsi:
"Pengiktirafan ini merupakan bukti terhadap kepercayaan bahawa inovasi yang bermakna boleh bermula di mana-mana sahaja. Perjalanan kami selamanya untuk menghubungkan orang ramai, budaya dan peluang melalui pendidikan.
Bagi rakan industri kami, ia menunjukkan bahawa inovasi pendidikan boleh berkembang dengan cepat dan mampan, walaupun daripada pasaran-pasaran baru muncul seperti Vietnam. Bagi komuniti ibu bapa dan pelajar kami pula, anugerah ini memperteguh keyakinan bahawa mereka boleh meletakkan kepercayaan mereka pada Finest Future sebagai rakan kongsi yang andal.
Di Finest Future, kami percaya bahawa pendidikan haruslah berpaksikan kebahagiaan, kesamarataan dan peluang. Anugerah ini mendorong kami untuk terus membina jambatan antara Finland dan Asia, agar setiap pelajar — tanpa mengira latar belakang — boleh memasang impian yang lebih besar dan mencapai lebih banyak lagi kejayaan."
Memperkasakan Warga Global Generasi Akan Datang
Falsafah Finest Future, iaitu Education for Happiness (Pendidikan demi Kebahagiaan), menjadi nadi operasinya. Selain kejayaan akademik, syarikat ini berdedikasi untuk memperkasakan para pelajar dengan kemahiran hidup, pemahaman antara budaya serta laluan kerjaya yang sebenar selepas tamat pengajian.
Melalui inisiatif-inisiatif utama seperti Finnish Education Expo 2025 (Ekspo Pendidikan Finland 2025) yang memudahkan keterlibatan langsung antara pengetua Finland dan ibu bapa serta pelajar di seluruh Asia; pertandingan Finnish Champion yang dirancang untuk menggalakkan bakat muda menghayati pembelajaran bahasa dan pertukaran budaya; serta Finest Future Excellence High School Scholarship, syarikat ini terus memupuk generasi warga global yang akan datang.
Dengan berkolaborasi erat bersama insitusi-institusi pendidikan dan rakan-rakan kongsi kerajaan Finland, Finest Future menyediakan pelajar dengan capaian kepada salah satu sistem pendidikan yang paling disegani di dunia, iaitu sistem yang mengutamakan kesejahteraan, kesaksamaan dan pembelajaran sepanjang hayat. Program-program daripada syarikat ini memperkasakan para pelajar Asia untuk mengikuti pengajian mereka sambil membina mata pencarian dan kerjaya yang dihormati dan berkekalan di Finland serta lebih jauh lagi.
Latar Belakang Finest Future
Finest Future ialah sebuah syarikat pendidikan Finland–Vietnam yang ditubuhkan pada tahun 2020, mengkhusus untuk membina ekosistem pembelajaran global yang menghubungkan para pelajar dengan pendidikan bertaraf dunia di Finland. Melalui sekolah menengah dan program vokasional Finland, penyelesaian pembelajaran dipacu AI dan inisiatif pertukaran budaya, Finest Future memperkasakan beribu-ribu pelajar di seluruh Asia untuk melanjutkan pelajaran, menetap dan berkembang maju di Finland.
Laman Web: www.finestfuture.education