omniture

Vantage Mendapat Tujuh Pencalonan di Finance Magnates Awards 2025

Vantage
2025-10-14 15:32 22

PORT VILA, Vanuatu, 14 Oktober 2025 /PRNewswire/ -- Vantage, iaitu broker berbilang aset, dengan bangganya mengumumkan bahawa ia dicalonkan dalam tujuh kategori di Finance Magnates Awards 2025 akan datang yang mengiktiraf inovasi dan komitmen broker terhadap kecemerlangan merentas pasaran global.

Vantage Secures Seven Nominations at the Finance Magnates Awards 2025
Vantage Secures Seven Nominations at the Finance Magnates Awards 2025

 Di Finance Magnates Awards 2025, Vantage disenarai pendek dalam kategori-kategori anugerah UK yang berikut:

  • Broker Spread Terbaik 2025 (UK)
  • Broker Program Gabungan Terbaik 2025 (UK)
  • Broker Paling Dipercayai 2025 (UK)
  • Broker Keseluruhan Terbaik 2025 (UK)

 Vantage turut mendapat pencalonan dalam kategori-kategori anugerah Vietnam:

  • Broker Paling Dipercayai 2025 (Vietnam)
  • Broker Berkembang Terpantas 2025 (Vietnam)
  • Broker Keseluruhan Terbaik 2025 (Vietnam)

Finance Magnates Awards merupakan antara anugerah yang paling dihormati dalam industri perdagangan yang meraikan broker serta syarikat teknologi kewangan (fintech) yang menunjukkan kepimpinan, prestasi serta perkhidmatan yang mantap.

"Pencalonan ini menggambarkan komitmen kami untuk menyediakan pelanggan dengan keadaan perdagangan yang kompetitif, platform inovatif serta standard ketelusan yang tinggi," kata Marc Despallieres, Ketua Pegawai Eksekutif Vantage. "Kami berbesar hati kerana diiktiraf dalam kategori-kategori anugerah ini dan kami tidak sabar untuk terus meningkatkan standard kami."

Undian untuk Finance Magnates Awards 2025 dibuka pada 29 Oktober 2025. Vantage menjemput pelanggan, rakan kongsi dan komunitinya untuk mengambil bahagian dan menunjukkan sokongan mereka.

Latar Belakang Vantage 

Vantage Markets (atau Vantage) ialah broker CFD berbilang aset yang menawarkan pelanggan akses perkhidmatan yang tangkas dan berkuasa bagi memperdagangkan produk Kontrak untuk Perbezaan (CFD), termasuk tukaran mata wang asing (Forex), Komoditi, Indeks, Saham, ETF dan Bon.

Dengan pengalaman pasaran selama lebih 15 tahun, Vantage melangkaui peranan sebagai broker, menyediakan platform perdagangan andal yang menyediakan capaian peluang perdagangan kepada pelanggan.

Vantage diberi kuasa dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Kewangan Vanuatu (VFSC). Pencalonan yang dirujuk dalam siaran akhbar ini menggambarkan pengiktirafan industri dan tidak membayangkan kelulusan kawal selia untuk entiti berlesen VFSC.

berdagang lebih bijak @vantage 

AMARAN RISIKO: CFD ialah instrumen kompleks dan membawa risiko tinggi mengalami kerugian wang dengan cepat lantaran leveraj. Pastikan anda memahami risiko sebelum berdagang.

Penafian: Artikel ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak terdapat nasihat kewangan, tawaran atau rayuan bagi apa-apa produk atau perkhidmatan kewangan. Kandungan ini bukan bertujuan untuk penduduk di mana-mana bidang kuasa di mana pengedaran atau penggunaan sedemikian akan bertentangan dengan undang-undang atau peraturan tempatan. Pembaca dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat profesional bebas sebelum membuat apa-apa keputusan pelaburan atau kewangan. Apa-apa pergantungan yang anda letakkan pada maklumat yang dibentangkan adalah atas risiko anda sendiri sepenuhnya.

Source: Vantage
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Awards Financial Technology