omniture

VT Markets Berpadu Tenaga dengan Persekutuan Bola Sepak Portugal perjuangkan "Melabur dalam Kehebatan"

VT Markets
2025-10-15 17:41 43

DUBAI, UAE, 15 Oktober 2025 /PRNewswire/ -- VT Markets, platform perdagangan dalam talian global yang terkemuka, dengan bangganya mengumumkan satu perkongsian penting bersama Persekutuan Bola Sepak Portugal bagi menjadi Rakan Dagang Rasmi yang eksklusif di Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA). Perkongsian ini menyaksikan satu langkah yang besar dalam usaha pengembangan serantau oleh syarikat ini dan menyusuli pemerolehan VT Market Dubai baru-baru ini bagi lesen Kategori 5 oleh Pihak Berkuasa Sekuriti dan Komoditi (SCA) UAE.

VT Markets Joins Forces with Portuguese Football Federation to champion “Invest in Greatness”
VT Markets Joins Forces with Portuguese Football Federation to champion “Invest in Greatness”

Di sebalik slogan, "Invest in Greatness" ("Melabur dalam Kehebatan") merupakan prinsip teras yang mentakrifkan perkongsian ini. Bola sepak Portugal sudah lama bersinonim dengan kecemerlangan, keghairahan dan kebingkasan - kualiti-kualiti yang dijelmakan oleh generasi-generasi legenda bermula daripada Eusébio, Luís Figo dan Rui Costa hinggalah bintang-bintang handalan pada masa kini iaitu Cristiano Ronaldo, Bruno Fernandes, Bernardo Silva, Vitinha, João Félix dan Rúben Dias. Begitu juga dengan VT Markets yang telahpun membina reputasinya sebagai platform perdagangan berprestasi tinggi dan dipercayai. Sama seperti Portugal yang melahirkan generasi-generasi pemain bola sepak bertaraf dunia, VT Markets terus menetapkan standard bertaraf dunia dalam pasaran kewangan, lantas menjadikan perkongsian ini sebagai suatu penyesuaian sejadi.

Prestij global Persekutuan Bola Sepak Portugal dan pengikut yang kuat di seluruh MENA menyediakan VT Markets dengan platform yang hebat untuk berinteraksi dengan penonton baharu. Bermula daripada kempen perdagangan bertema hinggalah pengaktifan peminat interaktif, kolaborasi ini akan memperkenalkan cara baharu untuk komuniti merasai pengalaman bola sepak sekali gus meninjau peluang dalam pasaran kewangan.

"Kami berasa teruja untuk bekerjasama dengan Persekutuan Bola Sepak Portugal bagi membawakan pengalaman perdagangan yang inovatif dan menarik ke rantau MENA," kata Dandelyn Koh, Ketua Pemasaran Global di VT Markets. "Perkongsian ini menggambarkan komitmen kami untuk menawarkan peluang-peluang unik yang menyatukan dunia kewangan dan juga sukan. Ia merupakan satu pencapaian penting apabila dapat berkembang ke seluruh rantau ini dan dalam masa yang sama memberikan nilai yang luar biasa kepada pelanggan dan peminat kami."

João Medeiros Cardoso, Pengarah Komersial FPF, berkata bahawa Persekutuan Bola Sepak Portugal "mengukuhkan kehadiran antarabangsanya melalui perkongsian strategik yang memperlihatkan kuasa dan prestij pasukan kebangsaan kita. Perkongsian bersama VT Markets di MENA ini merupakan langkah yang relevan dalam perjalanan ini yang membolehkan kami semakin menghampiri berjuta-juta peminat yang mengikuti bola sepak Portugal di rantau ini. Kami pasti perkongsian ini akan mencipta pengalaman yang unik buat peminat dan mengukuhkan hubungan antara bola sepak serta penonton baharu."

Dengan menyatukan dunia perdagangan dan bola sepak yang dinamik, VT Markets terus memantapkan kepimpinannya sekali gus mencipta peluang yang tiada tandingan untuk pedagang serta peminat di seluruh MENA.

Sila kunjungi: https://www.vtmarkets.com/sponsorship/portugal-football-federation

Source: VT Markets
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Sports Licensing/marketing agreements