MAKKAH, Saudi Arabia, 15 Oktober 2025 /PRNewswire/ -- Duli Yang Maha Mulia Putera Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al Saud, Putera Mahkota, Perdana Menteri dan Pengerusi Lembaga Pengarah RUA AlHaram AlMakki Company, mengumumkan pelancaran Pintu Raja Salman, sebuah pembangunan pelbagai guna yang bersifat transformasi di Kota Suci Makkah.
Meliputi keluasan lantai kasar sehingga 12 juta meter persegi bersebelahan dengan Masjidil Haram, projek ini menandakan satu pencapaian penting dalam pembangunan Makkah dan kawasan pusatnya, sekali gus meletakkannya sebagai penanda aras global dalam perancangan bandar moden.
Transformasi pembangunan bandar dan infrastruktur Pintu Raja Salman akan menyumbang kepada peningkatan akses ke Masjidil Haram, mempertingkatkan kualiti perkhidmatan, serta memperkayakan pengalaman setiap pengunjung, selaras dengan matlamat Program Pengalaman Jemaah.
Terletak secara strategik bersebelahan dengan Masjidil Haram, destinasi bersepadu pelbagai guna ini akan memberi keutamaan kepada usaha mempertingkatkan lagi tahap perkhidmatan yang sedia ada, di samping menawarkan pengalaman kediaman, hospitaliti, komersial dan budaya. Ia turut mempunyai kapasiti untuk menampung kira-kira 900,000 ruang solat di kawasan tertutup dan terbuka.
Dengan sambungan lancar kepada rangkaian pengangkutan awam, Pintu Raja Salman akan memastikan kemudahan akses dan keselesaan, serta menghargai identiti Makkah dengan menggabungkan warisan seni bina yang kaya bersama gaya hidup moden bertaraf dunia bagi mencipta pengalaman yang benar-benar unik. Projek ini juga akan memulihara dan membangunkan kira-kira 19,000 meter persegi tapak warisan, bagi mengekalkan legasi budaya dan sejarah Makkah serta memperkayakan pengalaman setiap pengunjung. Ia akan turut menyumbang kepada matlamat transformasi ekonomi Wawasan Kerajaan Saudi 2030 dengan menjana lebih daripada 300,000 peluang pekerjaan menjelang tahun 2036.
Pintu Raja Salman sedang dibangunkan oleh RUA AlHaram AlMakki Company, sebuah syarikat di bawah Dana Pelaburan Awam (PIF). Syarikat ini berhasrat menyokong strategi PIF dengan memajukan pembangunan bandar di sekitar Masjidil Haram bagi menjadikan Makkah sebagai penanda aras global dalam pembangunan hartanah. Syarikat ini komited terhadap pengurusan sumber yang lestari melalui penyelesaian inovatif yang memberi impak positif kepada penduduk, jemaah haji dan pengunjung, sambil memelihara warisan budaya Makkah. RUA AlHaram AlMakki turut berpegang kepada amalan terbaik global dalam pembangunan hartanah serta memastikan pengalaman yang luar biasa bagi semua.
Mengenai RUA AlHaram AlMakki Company
RUA AlHaram AlMakki Company, sebuah syarikat di bawah Dana Pelaburan Awam (PIF), ialah pemaju utama Arab Saudi yang berdedikasi untuk melaksanakan projek-projek di kawasan sekitar Masjidil Haram di Makkah. Misi syarikat ini adalah untuk meningkatkan infrastruktur Makkah ke tahap piawaian antarabangsa tertinggi, bagi memenuhi keperluan komuniti Muslim global sambil memelihara warisan kaya bandar suci tersebut.
RUA AlHaram AlMakki Company mempunyai kepakaran dalam pembangunan bercampur bersepadu yang menampilkan kemudahan bertaraf dunia. Syarikat ini berusaha untuk menetapkan penanda aras global dalam pembangunan hartanah melalui nilai teras yang kukuh, komitmen terhadap kelestarian, kualiti yang tidak berkompromi, serta dedikasi dalam mempertingkatkan pengalaman para pengunjung ke Makkah.
Untuk maklumat lanjut, lawati www.kingsalmangate.com
Ikuti kami di media sosial:
Photo - https://mma.prnasia.com/media2/2794872/RUA_AlHaram_AlMakki_1.jpg?p=medium600
Photo - https://mma.prnasia.com/media2/2794873/RUA_AlHaram_AlMakki_2.jpg?p=medium600
Photo - https://mma.prnasia.com/media2/2794874/RUA_AlHaram_AlMakki_3.jpg?p=medium600
Photo - https://mma.prnasia.com/media2/2794875/RUA_AlHaram_AlMakki_4.jpg?p=medium600