omniture

Sands China Mengujakan Peminat dengan Aktiviti Bola Keranjang NBA Seminggu Raikan NBA China Games 2025

Sands China Ltd.
2025-10-16 10:56 34

Barisan bintang terkenal melibatkan pembukaan NBA Flagship Store 
pertama Macau, pengalaman peminat interaktif NBA House, persembahan selebriti
dan permainan menginspirasikan oleh Brooklyn Nets dan Phoenix Suns
 

MACAU, 16 Oktober 2025 /PRNewswire/ -- Sands China Ltd. baru sahaja menamatkan seminggu aktiviti bola keranjang mengujakan yang menggabungkan elemen terbaik daripada sukan elit dengan persembahan bertaraf dunia dan inisiatif komuniti yang bermakna. Program yang dinamik ini memperlihatkan keupayaan hebat sukan ini dalam merentasi sempadan dan budaya, menarik minat peminat yang bersemangat dari peringkat antarabangsa serta serantau ke Macau bagi menikmati pengalaman sukan bola keranjang NBA imersif yang sangat istimewa.

Acara-acara gaya hidup yang tidak dapat dilupakan ini juga memaparkan status Macau yang semakin meningkat sebagai destinasi hiburan-sukan termasyhur dan menggambarkan komitmen Sands China dalam menyampaikan tawaran yang unik kepada para tetamunya serta masyarakat setempat.

Aksi Di-Gelanggang 

Sepanjang dua malam yang begitu mengujakan (Jumaat 10 Oktober dan Ahad 12 Oktober) NBA China Games 2025 berlangsung di The Venetian Arena yang canggih dan menampilkan Brooklyn Nets dan juga Phoenix Suns. Mempersembahkan apa yang membuatkan mereka menjadi dua pasukan paling popular dalam sukan ini, pemilihan pemain-pemain yang cemerlang melibatkan Cam Thomas, Michael Porter Jr. dan Nolan Traoré untuk Nets dan Devin Booker, Dillon Brooks dan Grayson Allen untuk Suns. Permainan yang cukup mengagumkan dan kompetitif ini disaksikan oleh peminat yang bersemangat di tepi tempat duduk masing-masing, dengan Suns meraih kemenangan pada hari Jumaat dengan skor akhir 132-127, manakala Nets meraih kemenangan pada hari Ahad dengan skor sepenuh masa 111-109.

Satu lagi sorotan untuk penonton ialah barisan hiburan yang hebat, termasuk persembahan sebelum permainan daripada kumpulan penari Korea Team BEBE dan pertunjukan separuh masa yang sensasi daripada penyanyi-penggubah lagu serta pemain pelbagai alat muzik Henry Lau.

Meraikan Peminat

Bagi memberi penambahan kepada pengalaman permainan ini ialah satu siri tawaran unik untuk peminat daripada semua peringkat umur, bermula dengan NBA House yang pertama di Macau. Sebuah acara peminat yang interaktif dan bola keranjang yang imersif, NBA House meraikan pergabungan antara permainan, muzik, fesyen dan juga teknologi; ia dibuka mulai 8-12 Oktober 2025. Dibarisi oleh legenda-legenda NBA iaitu Tim HardawaySr., Stephon Marbury, Shawn Marion, Shaquille O'Neal, Mitch Richmond dan Deron Williams, acara yang hebat selama lima hari ini turut menampilkan pesta tontonan untuk dua perlawanan NBA, klinik bola keranjang, penampilan kumpulan penari dan peluang temu mesra.

Detik-detik media sosial yang tidak ternilai menjadi satu lagi tarikan, termasuk peluang bergambar bersama Larry O'Brien Trophy, terowong bertemakan NBA yang mengabadikan video peminat, bilik infiniti bertemakan Nets dan bilik simpanan kasut sniker Suns. Terdapat juga pengaktifan yang menarik daripada jenama-jenama terkenal dengan peluang untuk memenangi pelbagai hadiah, serta cabutan bertuah dan juga Daerah Runcit dengan 26 peruncit menonjolkan barangan boleh kumpul dan perkhidmatan penyesuaian pakaian NBA.

Turut melengkapkan NBA House ialah Hari Peminat NBA pada 11 Oktober 2025. Acara yang popular ini menampilkan juara NBA Shaquille O'Neal dan daya kesukanan yang luar biasa daripada barisan pemain Nets dan Suns serta kumpulan penari mereka. Hiburan menawan daripada selebriti-selebriti terkenal melibatkan artis hip-hop MC Jin dan juga tiga anggota daripada kumpulan penyanyi lelaki yang dikagumi MIRROR, Keung To, Edan Lui dan Stanley Yau.

Menarik perhatian dan menawan hati peminat sukan sepanjang minggu ini ialah G Bear. Duta No.1 dan Ketua Pegawai Pengalaman The Londoner bekerjasama dengan NBA untuk mengadakan sebuah pameran dengan 40 patung yang sesuai dimuat naik ke Instagram yang menggambarkan dengan sempurna kemesraan dan kelucuan yang membuatkan individu ini terkenal. Terletak di lokasi-lokasi utama di The Venetian® Macao dan The Londoner® Macao serta dipamerkan sehingga 31 Oktober 2025, tiga puluh daripada pemasangan ini mencerminkan kecintaan G Bear terhadap permainan ini dengan satu pemasangan untuk setiap pasukan NBA, dua barang pameran merupakan patung angin bersaiz besar dengan G Bear berpakaian jersi Nets dan Suns, sementara lapan lagi mengabadikan personalitinya yang bergaya dan juga minatnya. Kumpulan peminat baharunya yang begitu ramai juga berpeluang untuk membeli barangan G Bear bertemakan NBA yang comel daripada G Bear Cafe yang terletak di The Londoner Macao dan di kafe sementara di NBA House.

Kenangan NBA di Macau

Penggemar dan pengumpul sukan juga berpeluang untuk membawa pulang kenang-kenangan berharga daripada minggu NBA mereka menerusi pembukaan NBA Flagship Store yang pertama di Macau yang dibuka secara rasmi pada 11 Oktober 2025 di The Londoner Macao.

Kedai yang luas dengan keluasan berukuran lebih 900 meter persegi ini menampilkan pelbagai barangan dan memorabilia NBA rasmi yang komprehensif, termasuk jersi pemain semasa dan juga bekas pemain untuk remaja dan orang dewasa, pakaian, penutup kepala, kasut, barangan sukan, kad dagangan, mainan dan barang boleh kumpul daripada jenama-jenama yang utama. Ia turut membawakan produk-produk NBA eksklusif yang diilhamkan oleh wajah kota dan motif budaya Macau, serta merupakan satu-satunya kedai NBA di Kawasan Teluk Besar yang menyediakan perkhidmatan penyesuaian yang membolehkan pemperibadian dibuat pada jersi, pakaian dan juga kasut sniker NBA.

Mengakhiri minggu NBA ini ialah sesi sembang santai pada 12 Oktober 2025, bersama Patrick Dumont, Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Las Vegas Sands Corp., Duta Global Sands David Beckham serta Pengasas Bersama dan Pengerusi Alibaba Group, Joe Tsai bagi membincangkan bagaimana pemilikan sukan dapat menjangkau komuniti global.

Sands China tetap komited untuk menyokong Bandar Sukan Macau dan aspirasi 'pelancongan+sukan' serta akan terus membawakan acara-acara sukan terunggul ke Macau.


The electrifying The NBA China Games 2025 took place at the state-of-the-art The Venetian Arena on Oct. 10 and Oct. 12, 2025 featuring the Brooklyn Nets and the Phoenix Suns.
The electrifying The NBA China Games 2025 took place at the state-of-the-art The Venetian Arena on Oct. 10 and Oct. 12, 2025 featuring the Brooklyn Nets and the Phoenix Suns.

Attracting attention and charming sports enthusiasts all week was G Bear, The Londoner’s No.1 Ambassador and Chief Experience Officer.
Attracting attention and charming sports enthusiasts all week was G Bear, The Londoner’s No.1 Ambassador and Chief Experience Officer.

 

Source: Sands China Ltd.
Keywords: Entertainment Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Sporting Events Sports Travel