omniture

SANY Peroleh Dwi Pengiktirafan Global bagi Kecemerlangan Majikan dan Kekuatan Jenama

SANY Group
2025-10-17 13:41 25

BEIJING, 17 Oktober 2025 /PRNewswire/ -- Menerusi tumpuannya yang berterusan terhadap penjagaan pekerja, pembangunan bakat, pembinaan jenama dan globalisasi, SANY Group sekali lagi mendapat tempat dalam senarai Forbes dan juga World Brand Lab, masing-masing mengiktiraf SANY Group sebagai World's Best Employer (Majikan Terbaik Dunia) 2025 dan Asia's Most Influential Brand (Jenama Paling Berpengaruh di Asia) 2025. Anugerah-anugerah ini menonjolkan daya saing global SANY yang teguh dan pengaruh jenama yang semakin meningkat.

SANY Ranks Among Forbes’ 2025 World’s Best Employers, Leading China’s Construction Machinery Industry
SANY Ranks Among Forbes’ 2025 World’s Best Employers, Leading China’s Construction Machinery Industry

Bagi Majikan Terbaik Dunia Forbes, Mengetengahkan "Pekerja Diutamakan"

Pada 9 Oktober, Forbes secara rasminya mengeluarkan Senarai Majikan Terbaik Dunia 2025. SANY Group berjaya dimasukkan ke dalam senarai ini menerusi amalan cemerlangnya dalam penjagaan pekerja, pembinaan organisasi dan pembangunan kerjaya dengan menduduki tempat ke-21 dalam kalangan perusahaan tanah besar China dan ke-480 di peringkat global serta turut mengekalkan kedudukan teratas dalam industri jentera pembinaan China.

SANY komited terhadap nilai "Pekerja-Diutamakan", terus-menerus menambah baik penjagaan pekerja dan sistem pembangunan pekerja dengan membina budaya organisasi yang teguh, pelbagai dan inklusif.

Sebagai sebahagian daripada strategi globalnya, SANY memupuk secara aktif bakat tempatan dan mencipta peluang pekerjaan. Pada 2024, SANY melancarkan program "Overseas Lighthouse Factory Academy" yang menyediakan latihan sistematik serta pembelajaran amali bagi membantu belia tempatan memperoleh kemahiran lanjutan dan seterusnya meningkatkan kebolehpasaran mereka. Hari ini, 89% daripada pekerja luar negara SANY diambil bekerja di dalam negara, menjana sejumlah besar pekerjaan yang berkualiti tinggi dan terus-menerus menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan sosial masyarakat tempatan yang mampan.

Antara 500 Terbaik Asia, Memimpin Industri Jentera China

Tanggal 24 September, World Brand Lab mengeluarkan laporan Asia's 500 Most Influential Brands 2025. SANY Group menduduki tempat ke-54 antara syarikat-syarikat Cina dan ke-108 di Asia serta sekali lagi mendapat kedudukan No. 1 dalam industri jentera pembinaan China.

Sebagai peneraju global bagi pembuatan peralatan, SANY beroperasi di lebih 180 negara dan wilayah dengan lebih 900 tapak perkhidmatan di luar China. Ia turut mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama tempatan yang terkemuka di lebih 30 negara dan meningkatkan pengaruh jenama globalnya secara konsisten.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, SANY mempromosikan strategi "Globalisasi, Pendigitalan dan Penyahkarbonan", memacu inovasi dan pembinaan jenama bagi tujuan meningkatkan daya saing antarabangsanya. Dipaparkan dalam kedua-dua senarai Asia's 500 Most Influential Brands dan Forbes Global Best Employers menonjolkan pengiktirafan global yang semakin meningkat terhadap SANY berhubung pengaruh jenama dan juga nilai majikan. Memandang ke hadapan, SANY akan terus mendukung falsafah "Pekerja-Diutamakan", memupuk kevitalan organisasi dan memperkasakan inovasi demi menyumbang lebih banyak lagi kepada pembangunan industri-industri global yang berkualiti tinggi.

Source: SANY Group
Keywords: Construction/Building Machine Tools, Metalworking and metallurgy Machinery Workforce Management/Human Resources Awards General Manufacturing