omniture

Yas Island Abu Dhabi Bakal Lancarkan 'Stranger Things: The Experience'

Yas Island
2025-10-28 13:00 24

Detik Permulaan Bermula: Peminat Bakal Rasai Dunia Upside Down di Yas Island Bermula 14 November

ABU DHABI, UAE, 28 Oktober 2025 /PRNewswire/ -- Fenomena hiburan global bakal tiba di Yas Island dan ia turut membawa dunia Upside Down bersamanya. Yas Island bakal menjadi tuan rumah kepada pelancaran 'Stranger Things: The Experience', yang menghidupkan dunia imersif Hawkins, Indiana buat julung kalinya di Timur Tengah.

Stranger Things: The Experience at Yas Island Abu Dhabi
Stranger Things: The Experience at Yas Island Abu Dhabi

Bermula 14 November, 'Stranger Things: The Experience' akan membawa peminat terus ke Hawkins, Indiana, mereka akan menjadi sebahagian daripada jalan cerita dalam dunia 'Stranger Things'. Seperti penganjuran yang habis terjual di New York, London dan Paris, 'Stranger Things: The Experience' di Yas Island akan menampilkan set imersif, pelakon sebenar serta kesan khas yang menakjubkan, mengaburkan sempadan antara fiksyen dan realiti. Para pengunjung akan dibawa menelusuri adegan ikonik daripada siri tersebut dari Makmal Hawkins hingga ke terowong gelap dunia Upside Down sebelum menamatkan perjalanan mereka di kawasan 'Mix-Tape' yang penuh warna, meraikan nostalgia era 80-an dengan sajian bertema, peluang bergambar, barangan eksklusif serta pelbagai kejutan yang diinspirasikan daripada detik paling ikonik dalam rancangan itu.

Seiring dengan keterujaan global menjelang musim kelima dan terakhir 'Stranger Things', Yas Island menjemput para peminat menyertai pengalaman unik untuk menyelami pengembaraan penuh kuasa luar biasa, tepat pada saat siri ini terus memukau penonton di seluruh dunia.

Liam Findlay, Ketua Pegawai Eksekutif Miral Destinations, berkata: "Kerjasama ini sekali lagi membuktikan komitmen Yas Island dalam bekerjasama dengan jenama hiburan terkemuka dunia bagi menghadirkan pengalaman yang tidak dapat dilupakan kepada para pengunjung kami. 'Stranger Things: The Experience' merupakan tambahan hebat kepada destinasi kami, ia bukan sekadar hiburan, tetapi satu jemputan untuk melangkah masuk ke dalam salah satu dunia paling ikonik dalam era kita. Kami tidak sabar untuk menyambut para peminat ke dunia Hawkins, di sini di Yas Island."

Sama ada anda peminat tegar atau baru pertama kali mengenali dunia Hawkins, bersedialah untuk menikmati perjalanan sinematik penuh aksi dan imersif, dipenuhi detik interaktif, kesan audio visual yang mengagumkan, serta suasana yang mengubah Yas Island menjadi destinasi 'Stranger Things' paling epik pernah ada.

Layari www.yasisland.com untuk maklumat lanjut atau sertai senarai menunggu di https://strangerthings-experience.com/abu-dhabi/.

Foto: https://mma.prnasia.com/media2/2805611/Yas_Island_Stranger_Things.jpg?p=medium600

 

Source: Yas Island
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Computer/Electronics Entertainment Travel New products/services