BEIJING, 28 Oktober 2025 /PRNewswire/ -- Bandar Zhangshu, China, sebuah hab perindustrian perubatan tradisional Cina (TCM) yang terkenal selama berabad-abad, mempromosikan integrasi antara tradisi dan inovasi dengan giat sekali untuk perubatan tradisional dan rawatan perubatan China di pesta TCM tahunannya.
Pesta Perdagangan Bahan Perubatan dan Farmaseutikal Kebangsaan ke-56 yang diadakan pada 16-18 Oktober di Bandar Zhangshu, Wilayah Jiangxi, timur China menyediakan sebuah platform untuk pakar-pakar TCM bertukar-tukar idea terkini mengenai topik-topik seperti perlindungan sumber TCM dan aplikasi teknologi penderiaan jauh satelit sebagai usaha untuk memudahkan pembangunan industri ini yang berkualiti tinggi.
Pesta ini turut menampilkan platform pemadanan sehenti bagi membantu mencari rakan kongsi untuk syarikat-syarikat TCM mengeluarkan secara besar-besaran ubat-ubatan dan teknologi inovatif mereka yang terkini. Sepuluh perjanjian kerjasama berhubung projek-projek perindustrian TCM yang meliputi peralatan perubatan dan pembangunan ubatan baharu telahpun ditandatangani di pesta ini.
Di pesta ini juga, ramai pengunjung berasa teruja untuk merasai sendiri rawatan TCM oleh robot atau "doktor" AI. Penerimagunaan teknologi tinggi dalam proses diagnosis dapat memperoleh keadaan nadi pesakit dan mengenali resam tubuh mereka dalam masa dua minit, seterusnya memberikan rujukan yang cekap dan tepat kepada doktor TCM. Ia bukan sahaja mengekalkan personalisasi rawatan TCM berdasarkan pembezaan sindrom tetapi turut meningkatkan kecekapan pemeriksaan pesakit pada peringkat awal.
Sementara itu, banyak produk budaya kreatif inspirasi TCM, seperti bar aiskrim buatan TCM, gelang dan gincu turut dipamerkan di pesta ini yang meluaskan lagi penggunaan TCM dalam kehidupan seharian orang ramai.
Pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/348067.html