omniture

SI GROUP MEMBUKA PUSAT INOVASI BAHARU

SI Group, Inc.
2025-10-29 11:48 26

Kemudahan terkini memperluas keupayaan penyelidikan dan pembangunan global syarikat

THE WOODLANDS, Texas, 29 Oktober 2025 /PRNewswire / -- SI Group, pembangun dan pengilang bahan tambahan prestasi, penyelesaian proses dan perantaraan bahan kimia yang terkemuka di dunia, mengumumkan pembukaan rasmi Pusat Inovasi Eropah (EIC) di Four Ashes, United Kingdom. Pencapaian ini menandakan perkembangan penting rangkaian inovasi global SI Group, memperkukuh R&D dan pembangunan aplikasi untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan di seluruh dunia.

Kemudahan canggih yang baharu ini dilengkapi dengan alatan dan sumber lanjutan untuk menyokong pelbagai aktiviti penyelidikan. Dengan memberikan tumpuan kepada pembangunan aplikasi plastik dan getah, serta pencirian analisis, EIC akan berfungsi sebagai hab kerjasama untuk menangani cabaran teknikal dan memacu inovasi mampan bersama pelanggan dan pemimpin industri.

Selain kemudahan Four Ashes, UK yang baharu, SI Group juga mengendalikan Pusat Inovasi di:

  • Houston, Texas, Amerika Syarikat
  • Rotterdam Junction, New York, Amerika Syarikat
  • Morgantown, West Virginia, Amerika Syarikat
  • Lote, India
  • Shanghai, China

"Pembukaan Pusat Inovasi Eropah merupakan pelaburan yang besar dalam keupayaan inovasi global SI Group," kata Robert Kaiser, Naib Presiden Pemasaran Strategik dan Pengarah Urusan - EMEA di SI Group. "Bersama lima Pusat Inovasi tambahan, kami sedang membina rangkaian R&D yang teguh dan terhubung secara global sekaligus meningkatkan daya saing, memberikan penyelesaian lanjutan yang disesuaikan mengikut keperluan serantau dan menyokong pertumbuhan jangka panjang perniagaan kami."

Acara julung kali diadakan pada 23 Oktober 2025 itu, menampilkan lawatan ke kemudahan tersebut dan ucaptama disampaikan oleh Puan Yang Terutama Lord-Lieutenant Staffordshire, Profesor Elizabeth Barnes CBE, bagi pihak Baginda Raja Charles III. Wakil media dan ahli profesional industri dijemput menghadiri acara tersebut.

Maklumat tentang SI Group
SI Group ialah peneraju global dalam teknologi berinovatif bahan tambah prestasi, penyelesaian proses, bahan farmaseutikal aktif dan perantaraan bahan kimia. Penyelesaian SI Group adalah penting untuk meningkatkan kualiti dan prestasi banyak barangan perindustrian dan pengguna dalam industri plastik, getah & pelekat, bahan api & pelincir, medan minyak dan farmaseutikal. Jejak pembuatan global SI Group merangkumi 19 kemudahan di tiga benua, memberikan perkhidmatan kepada pelanggan di 80 negara dengan kira-kira 1,600 pekerja di seluruh dunia. Pada tahun 2025, SI Group menerima anugerah gangsa untuk tanggungjawab sosial korporat daripada EcoVadis dan disenaraikan dalam kalangan 35 peratus syarikat terbaik daripada lebih 150,000 syarikat di seluruh dunia. SI Group melakukan inovasi dan memacu perubahan untuk mencipta nilai dengan semangat terhadap keselamatan, kimia, kelestarian dan pencapaian luar biasa. Ketahui lebih lanjut di www.siigroup.com.

Hubungan Media:
Joseph Grande
tel: + 1.413.684.2463
joe@jgrandecommunications.com

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/95496/si_group__inc__logo.jpg?p=medium600

Source: SI Group, Inc.
Keywords: Chemical Computer/Electronics Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Corporate Expansion