omniture

SANY Heavy Industry Tersenarai di Bursa Saham Hong Kong, Gapai Pencapaian Baharu dalam Pengembangan Global dengan Dwipenyenaraian "A+H"

SANY Heavy Industry
2025-10-29 12:57 24

HONG KONG, 29 Oktober 2025 /PRNewswire/ -- SANY Heavy Industry (kod saham: 6031.HK) disenaraikan secara rasmi di Papan Utama Bursa Saham Hong Kong pada 28 Oktober yang menyaksikan satu lagi pencapaian yang bersejarah dalam perjalanan global syarikat ini. Susulan kemunculan sulungnya di Bursa Saham Shanghai pada tahun 2003 (kod saham: 600031.SH), kini SANY mencapai dwipenyenaraian "A+H", lantas meletakkan asas bagi tujuan pertumbuhan antarabangsanya yang seterusnya.

SANY Heavy Industry Achieves “A+H” Dual Listing, Embarking on a New Chapter of Globalization
SANY Heavy Industry Achieves “A+H” Dual Listing, Embarking on a New Chapter of Globalization

SANY menerbitkan kira-kira 632 juta saham H di peringkat global, termasuk opsyen perumpukan tambahan 15%, pada harga terbitan HKD 21.30 sesaham. IPO ini menarik 21 pelabur besar yang melanggan dengan jumlah sebanyak USD 759 juta, termasuk Temasek, BlackRock, Hillhouse, UBS Asset Management, LMR, Oaktree Capital dan lain-lain, lantas menunjukkan keyakinan pasaran modal yang utuh.

Upacara penyenaraian telahpun diadakan di HKEX pada sebelah pagi yang dihadiri oleh pegawai kerajaan, rakan niaga, institusi kewangan serta pengurusan kanan SANY. En. Xiang Wenbo, Pengerusi Bergilir SANY Group dan Pengerusi SANY Heavy Industry, seiring bersama En. Yu Hongfu, Pengarah SANY Group dan Presiden SANY Heavy Industry memukul gong sebagai simbolik perasmian.

"Ia menggambarkan keyakinan utuh pasaran modal terhadap pembangunan SANY yang berkualiti tinggi dan menjadi peluang yang bersejarah untuk meluaskan saluran pembiayaan antarabangsa kami. Dengan memanfaatkan kedudukan Hong Kong sebagai 'penghubung super' untuk modal global, SANY akan terus mencipta nilai yang berterusan dan menyumbang kepada dunia yang lebih hijau di bawah strateginya — Globalisasi, Pendigitalan dan Penyahkarbonan," kata Xiang Wenbo.

Kekuatan Terbukti dalam Operasi Global

Menurut Frost & Sullivan, berdasarkan hasil kumulatif daripada jentera pembinaan teras mulai tahun 2020–2024, SANY mendapat tempat sebagai pengilang jentera pembinaan ketiga terbesar di dunia dan yang terbesar di China, dengan hasil luar negara meningkat pada kadar tahunan kompaun sebanyak 15.2%, lalu menjadikannya sebagai salah satu penggiat yang paling bertaraf antarabangsa dalam industri ini.

Didorong oleh strategi Pendigitalannya, SANY Heavy Industry mempelopori pembuatan digital dan pintar, lantas menjadi satu-satunya syarikat dalam sektor ini yang mempunyai dua Kilang Lighthouse yang diperakui oleh WEF. SANY turut menggiatkan transformasi rendah karbonnya. Pada tahun 2024, syarikat ini melancarkan lebih 40 produk tenaga baharu dan seterusnya menjana hasil sebanyak lebih USD 567 juta.

Penyenaraian SANY Heavy Industry di Bursa Saham Hong Kong menyaksikan suatu permulaan yang baharu buat syarikat ini. Berdasarkan strategi terasnya, SANY akan memanfaatkan peranan Hong Kong sebagai sebuah hab kewangan antarabangsa bagi mempererat hubungan dengan pasaran modal global serta memulakan babak globalisasi yang baharu.

Source: SANY Heavy Industry
Related Stocks:
HongKong:6031 Shanghai:600031
Keywords: Banking/Financial Service Construction/Building Machinery Corporate Expansion