omniture

Smartee dan Straumann Umum Perkongsian Strategik Giatkan Inovasi dalam Ortodontik

Smartee Denti-Technology
2025-10-29 22:59 20

SHANGHAI, 29 Oktober 2025 /PRNewswire/ -- Smartee Denti-Technology dan Straumann Group mengumumkan satu perkongsian yang strategik. Perkongsian ini mencakupi pembangunan bersama bagi platform ortodontik generasi akan datang, inovasi bersama dalam teknologi pendakap gigi lutsinar dan peratusan pelaburan ekuiti satu digit oleh Straumann dalam Smartee.

Smartee and Straumann Announce Strategic Partnerships
Smartee and Straumann Announce Strategic Partnerships

Junfeng Yao, Pengasas, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Smartee, menyatakan: "Kolaborasi yang strategik antara Smartee dan Straumann Group bukan sahaja mewakili perikatan komersial yang mantap dan dibina berdasarkan kekuatan yang saling melengkapi tetapi juga inisiatif berpandangan jauh yang bermatlamat untuk membentuk masa depan industri pergigian."

Florian Kirsch, Naib Presiden Eksekutif, Ketua Global IDT Straumann Group, berkata: "Kami berbangga dapat berpadu tenaga dengan rakan kongsi global yang kukuh seperti Smartee. Kami akan bersama-sama menggiatkan inovasi dalam bidang ortodontik dan membina sebuah platform yang menjadikan rawatan berkualiti tinggi dan boleh diramal lebih mudah diakses oleh doktor serta pesakit di seluruh dunia."

Sebagai peneraju dalam pasaran pendakap gigi lutsinar di China, Smartee membawakan kepakaran selama lebih 20 tahun dan membangunkan secara bebas satu siri teknologi ortodontik yang inovatif, serta keupayaan yang matang dalam pembuatan pintar.

Straumann Group, peneraju bertaraf global bagi penjagaan oral, menyumbang pengiktirafan jenama antarabangsanya yang hebat serta rangkaian jualan dan pemasaran seluruh dunia yang luas yang akan memberikan sokongan padu bagi menjadikan teknologi Smartee lebih mudah diakses di pasaran-pasaran antarabangsa.

Perkongsian ini akan bersama-sama mengintegrasikan kekuatan teras daripada kedua-dua syarikat untuk memacu pertumbuhan dalam pasaran kesihatan oral global dengan kecekapan serta kepantasan yang lebih tinggi, seterusnya memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap rawatan ortodontik yang berkualiti tinggi.

Latar Belakang Smartee Dental Technology 

Ditubuhkan pada tahun 2004 dan beribu pejabat di Shanghai, Smartee ialah peneraju bertaraf global bagi teknologi pendakap gigi lutsinar dan penyelesaian ortodontik digital. Dengan kehadiran antarabangsa yang kukuh, Smartee mengendalikan empat pusat penyelidikan dan pembangunan serta empat kemudahan pembuatan yang terletak di China dan juga Sepanyol. Syarikat ini menawarkan perkhidmatan kepada lebih 99,000 ahli profesional ortodontik di lebih 57 negara, menyediakan beraneka jenis produk pendakap gigi yang direka untuk menangani pelbagai masalah maloklusi untuk pesakit daripada semua peringkat umur—kanak-kanak, remaja dan juga orang dewasa.

Komitmen Smartee terhadap inovasi dan kualiti memantapkan kedudukannya sebagai kuasa perintis dalam industri ortodontik yang menawarkan penyelesaian canggih yang menggabungkan kemajuan terkini dalam ortodontik digital, diagnostik dipacu AI serta pelan rawatan diperibadikan.

Latar Belakang Straumann Group 

Straumann Group (SIX: STMN) ialah peneraju bertaraf global bagi penyelesaian penggantian gigi dan ortodontik yang mengembalikan senyuman serta keyakinan. Ia menyatukan jenama-jenama global dan antarabangsa yang menyokong kecemerlangan, inovasi dan kualiti dalam pergigian penggantian, pembetulan dan digital, termasuk Anthogyr, ClearCorrect, Medentika, Neodent, NUVO, Straumann serta syarikat dan rakan kongsi milik penuh/sebahagian yang lain. Melalui kolaborasi bersama klinik, institut dan universiti yang terkemuka, Kumpulan ini mengkaji, membangunkan, mengeluarkan dan membekalkan implan pergigian, instrumen, prostetik CADCAM, pendakap gigi ortodontik, biobahan dan penyelesaian digital untuk digunakan dalam pembetulan, penggantian dan pemulihan gigi atau untuk mencegah kehilangan gigi.

Beribu pejabat di Basel, Switzerland, ketika ini Kumpulan ini menggaji hampir 12,000 kakitangan di seluruh dunia. Produk, penyelesaian dan perkhidmatannya tersedia di lebih 100 negara melalui rangkaian subsidiari dan rakan kongsi pengedar yang luas.

Source: Smartee Denti-Technology
Keywords: Dentistry Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Contracts Licensing/marketing agreements