omniture

Kejohanan Barista Craft DaVinci Gourmet 2026: "Espresso Your Flavour" - Penyertaan Kini Dibuka

Kerry Group
2025-10-31 11:10 18

SINGAPURA, 30 Oktober 2025 /PRNewswire/ -- DaVinci Gourmet, iaitu jenama di bawah Kerry Group, mengumumkan pelancaran Kejohanan Barista Craft 2025/2026 dan mengundang barista di seluruh dunia untuk mengambil bahagian di bawah tema, "Espresso Your Flavour". Pertandingan pada tahun ini meraikan keindahan seni, keindividuan dan kreativiti yang mentakrifkan komuniti barista global.

The 2026 Barista Craft Championship introduces a streamlined entry process designed to maximise participation and creativity
The 2026 Barista Craft Championship introduces a streamlined entry process designed to maximise participation and creativity

Pertandingan tahun 2026 memperkenalkan proses penyertaan diperkemas yang dirancang untuk memaksimumkan penyertaan serta kreativiti. Pusingan Awal Kebangsaan berciri digital sepenuhnya dan hanya memerlukan satu penyerahan minuman kopi yang inovatif: dihasilkan dengan sekurang-kurangnya satu dos kopi espreso pekat dan 10mL produk DaVinci Gourmet, melalui borang dalam talian mesra pengguna. Peraturan dan syarat-syarat telahpun dipermudah bagi memastikan tumpuan benar-benar dikekalkan pada ekspresi kreatif dan kecemerlangan teknikal.

Barista yang mara daripada pusingan digital akan bersaing dalam Pusingan Akhir Kebangsaan secara bersemuka yang penuh bertenaga, diikuti oleh Pusingan Akhir Sub-Wilayah dan akhirnya Pusingan Akhir Global yang berprestij di Vietnam pada Mei 2026. Di setiap peringkat, bakat yang cemerlang diberi pengiktirafan menerusi hadiah wang tunai, trofi dan juga sijil. Juara Global akan menerima USD2,000, sebuah trofi dan memperoleh anugerah yang bersinonim dengan inovasi serta kebanggaan profesional.

Semua bahan pertandingan, termasuk peraturan, tatakelakuan dan garis panduan penyerahan tersedia dalam pelbagai bahasa bagi memastikan kebolehcapaian untuk para peserta daripada setiap pasaran. Aset pemasaran dan media sosial yang komprehensif disediakan untuk meluaskan jangkauan kejohanan ini dan meraikan pencapaian kesemua pesaing.

Penyertaan untuk Pusingan Awal Kebangsaan kini dibuka. Barista di seluruh dunia diundang untuk menyediakan konsep minuman mereka yang paling imaginatif dan menyerahkannya untuk dipertimbangkan. Butiran penuh, termasuk borang penyertaan rasmi dan garis panduan pertandingan, boleh didapati di halaman Kejohanan Barista Craft dan melalui wakil-wakil DaVinci Gourmet tempatan.

"Kejohanan Barista Craft DaVinci Gourmet merupakan lebih daripada sekadar pertandingan. Ia merupakan sebuah platform global untuk barista mempersembahkan visi unik mereka dan memberi inspirasi kepada evolusi budaya kopi. Gelaran Juara Barista Craft DaVinci Gourmet menjadi lambang kecemerlangan, kreativiti serta pengiktirafan antarabangsa dan kami berharap dapat meraikan semangat dan inovasi yang mendorong barista yang terbaik di dunia," kata Eloise Dubuisson, Pengurus Besar, Jenama Perkhidmatan Makanan, Kerry Asia Pasifik, Timur Tengah & Afrika.

 

Source: Kerry Group
Keywords: Beverages Food/Beverages Non-Alcoholic Beverages