![]() |
MILAN, 31 Oktober 2025 /PRNewswire/ -- Ultima Markets meraikan Perkongsian Serantau untuk wilayah Asia bersama FC Internazionale Milano (Inter) di tengah-tengah kota Milan. Sesuatu yang bermula secara dalam talian menjadi kenyataan dalam dunia nyata apabila semangat, prestasi, dan matlamat bersatu untuk meraikan usaha bersama dalam mencapai kecemerlangan.

(Left to Right) Jack Li, Regional Business Director, Ultima Markets, Jean-Phiippe Mota, Board Director, Ultima Markets, Christian Vieri, Inter Legend, & Mark Goater, Director, Ultima Markets

Inter Legend, Christian Vieri (left), with Ultima Markets’ Board Director, Jean-Philippe Mota (right) at Inter’s headquarters in Milan.
Diadakan di ibu pejabat Inter, peristiwa ini menghimpunkan pasukan kepimpinan daripada kedua-dua jenama bagi mengikuti lawatan peribadi ke Bilik Warisan dan Trofi, serta majlis menandatangani perjanjian rasmi di Bilik Media. Sambutan ini mencapai kemuncaknya di Stadium San Siro, di mana para tetamu berpeluang menyaksikan Inter berdepan Fiorentina dalam perlawanan Serie A.
"Berdiri di tempat legenda-legenda bola sepak mencipta sejarah mengingatkan kita bahawa kehebatan tidak pernah berlaku secara kebetulan. Ia diperoleh melalui disiplin, visi dan perpaduan," kata Jean-Philippe Mota, Pengarah Lembaga, Ultima Markets. "Kesemua ini juga merupakan kualiti yang sama yang mentakrifkan cara kami menawarkan perkhidmatan kepada pedagang kami dan seterusnya membentuk jenama kami."
Diumumkan pada 29 Ogos 2025, perkongsian ini terus berkembang berasaskan nilai-nilai integriti, ketepatan, dan cita-cita yang dikongsi bersama. Ia turut mengilhamkan A Champion's Journey, kempen terkini daripada Ultima Markets yang meraikan ketabahan dan pencapaian dalam dunia perdagangan melalui lensa sukan.
Sambutan di Milan ini menyusuli satu lagi pencapaian penting bagi Ultima Markets, apabila entiti miliknya di United Kingdom, Ultima Markets UK Limited, baru-baru ini memperoleh kebenaran daripada Financial Conduct Authority (FCA). Pencapaian ini menonjolkan komitmen syarikat terhadap ketelusan, kepercayaan, serta kredibiliti di peringkat global.
Dari skrin ke stadium, Ultima Markets dan Inter membuktikan bahawa jaguh sejati beraksi di mana-mana sahaja cita-cita membawa mereka.
Latar Belakang Ultima Markets
Ultima Markets ialah broker berlesen, memenangi anugerah, dan berbilang aset yang menawarkan akses kepada lebih daripada 250 instrumen CFD merangkumi tukaran mata wang asing (forex), komoditi, indeks, dan saham. Baru-baru ini, syarikat ini telah dianugerahkan sebagai Platform Perdagangan Berbilang Aset Paling Canggih Eropah 2025, serta merupakan broker CFD pertama yang menyertai UN Global Compact.
CFD ialah instrumen kompleks dan melibatkan risiko tinggi mengalami kerugian wang dengan cepat lantaran leveraj. Pastikan anda memahami sepenuhnya risiko sebelum berdagang.
Latar Belakang Inter
FC Internazionale Milano (Inter), yang ditubuhkan pada tahun 1908, ialah salah satu kelab bola sepak paling bersejarah di Eropah dan terkenal dengan kekayaan sejarahnya, warna hitam dan biru yang ikonik, serta legasi kejayaan di peringkat domestik dan antarabangsa. Dengan lebih daripada 530 juta penyokong di seluruh dunia dan berakar umbi dalam kecemerlangan bola sepak, Inter terus memperluas kehadirannya di pelbagai wilayah utama di serata dunia.