BEIJING, 2 November 2025 /PRNewswire/ -- Deklarasi Wain & Spirit Bermutu Tinggi Global Sungai Chishui telahpun dikeluarkan semasa berlangsungnya Forum Sungai Chishui 2025 yang diadakan baru-baru ini di Wilayah Guizhou, barat daya China bagi menyeru pembangunan yang mampan dalam seluruh industri wain dan minuman keras.
Deklarasi ini menyokong syarikat-syarikat wain dan minuman keras untuk menghormati alam semula jadi dan melindungi ekologi, mendukung kualiti dan mewarisi budaya, menyokong pengambilan alkohol secara rasional dan sihat serta memenuhi tanggungjawab dan juga berkhidmat untuk masyarakat.
Ia turut menekankan bahawa perlunya syarikat-syarikat wain dan minuman keras meneruskan pemerkasaan teknologi dan pembangunan bersepadu, memupuk keterbukaan, keterangkuman dan saling hormat-menghormati antara satu sama lain, seterusnya menggalakkan pertukaran serta pembelajaran bersama demi kewujudan bersama dan juga kemakmuran bersama.
Deklarasi ini dikeluarkan bilamana industri minuman keras global berdepan dengan cabaran yang ketara lantaran perubahan keutamaan pengguna yang diterajui oleh generasi muda, terutamanya Gen Z, aplikasi teknologi digital dalam proses pembuatan minuman keras tradisional serta keperluan untuk berkembang ke peringkat global.
Bertemakan "Menggabungjalinkan Keharmonian", Forum Sungai Chishui 2025 menarik minat hampir 400 peserta dari dalam dan luar negara, termasuk wakil-wakil daripada syarikat-syarikat wain dan minuman keras yang terkemuka serta pakar-pakar industri untuk bertukar-tukar pandangan dan visi demi pembangunan industri minuman keras global. Forum ini dimulakan oleh China Economic Information Service dan China Moutai.
Pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/348132.html