omniture

Xinhua Silk Road: Persidangan Tahunan Forum Jalan Kewangan 2025 labuh tirai dengan hasil memberangsangkan

Xinhua Silk Road
2025-11-03 19:49 25

BEIJING, 3 November 2025 /PRNewswire/ -- Persidangan Tahunan Forum Jalanan Kewangan 2025 berakhir pada hari Khamis menerusi sebuah acara bertemakan kerjasama kebingkasan ekonomi dan perdagangan antarabangsa di tengah-tengah transformasi global.


Para tetamu dari dalam dan luar negara berkongsi pandangan mengenai landskap pelaburan dan arah aliran pembangunan global, menyumbang kebijaksanaan kewangan serta menyuntik dorongan baharu kepada kerjasama serta pembangunan ekonomi dan perdagangan global dan juga serantau.

Membantu negara-negara membina ekonomi yang dapat menggalakkan pertumbuhan serta mencipta peluang pekerjaan merupakan matlamat utama Bank Dunia, kata Axel van Trotsenburg, Pengarah Urusan Kanan Bank Dunia dan menambah bahawa Bank Dunia akan mengambil tindakan seperti melabur dalam pembinaan infrastruktur, menyokong reformasi dasar dan kawal selia, mengurangkan halangan bukan tarif dan juga memperdalam integrasi serantau bagi merangsang pertumbuhan ekonomi.

Pembangunan ekonomi dan perdagangan antarabangsa tidak dapat dipisahkan daripada saling kait antara peraturan kewangan dan pemerkasaan inovasi, manakala kuasa kewangan global harus berkembang seiring dengan ekonomi sebenar, kemajuan teknologi dan juga pembangunan sosial demi membina sistem kewangan yang lebih inklusif dan memberikan sokongan padu serta alatan inovatif untuk perusahaan-perusahaan dalam operasi perniagaan global, ujar Miao Jianmin, Pengerusi China Merchants Group Limited dan juga Pengerusi China Merchants Bank Company Limited.

Khususnya, perhatian harus diberikan kepada keperluan negara-negara sedang membangun, dengan menggalakkan integrasi mereka ke dalam rantaian nilai global melalui pelaburan serta kerjasama ekonomi dan perdagangan, kata Zhang Xiangchen, Timbalan Ketua Pengarah Pertubuhan Perdagangan Dunia.

Zhou Xiaochuan, bekas gabenor People's Bank of China menyatakan bahawa bank-bank pusat harus mengimbangi kestabilan kewangan, pertumbuhan ekonomi dan pertumbuhan pekerjaan apabila memberi perhatian kepada inflasi, manakala negara-negara sedang membangun dan pasaran-pasaran baru muncul juga harus memberi perhatian kepada keseimbangan luaran.

Semasa persidangan pada tahun ini, 38 acara bertema yang berkualiti tinggi diadakan dengan jayanya yang menghimpunkan lebih 400 peserta dari lebih 30 negara dan wilayah, termasuk pegawai kerajaan, wakil daripada organisasi antarabangsa, institusi kewangan, pakar dan cendekiawan, ujar Yin Yong, Datuk Bandar Beijing dalam ucapannya semasa majlis penutup.

Persidangan ini menonjolkan peranan dasar kewangan sebagai "barometer" dan membawakan lima subtempat luar negara yang meliputi Asia Tenggara, Timur Tengah, Eropah dan Amerika Utara, dengan sebilangan institusi utama diumumkan, beberapa perjanjian kerjasama antarabangsa ditandatangani, lebih 100 pencapaian penting dikeluarkan dan lebih 300 perusahaan berkualiti tinggi yang mengadakan rundingan yang mendalam dengan lebih 100 institusi pelaburan, menurut Yin.

Pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/348134.html

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Banking/Financial Service Publishing/Information Service