omniture

Johnson & Johnson Pamer Inovasi Terkini dalam Ablasi Medan Berdenyut melalui Pelbagai Kajian Klinikal dan Dunia Sebenar di APHRS dan JPHRS

Johnson & Johnson MedTech
2025-11-04 04:21 27

Pembentangan lisan utama menampilkan data baharu mengenai keselamatan, keberkesanan dan penambahbaikan aliran kerja bagi mengoptimumkan pengairan serta menyokong hasil prosedur yang konsisten.

YOKOHAMA, Jepun, 4 November 2025 /PRNewswire/ -- Johnson & Johnson MedTech, peneraju global dalam rawatan aritmia jantung1, hari ini mengumumkan bahawa data klinikal dan dunia sebenar terbaharu daripada Platform VARIPULSE™ bersepadu reka bentuknya untuk prosedur ablasi medan berdenyut (PFA) bagi fibrilasi atrium (AF) akan dibentangkan pada Mesyuarat Tahunan Bersama Persatuan Ritma Jantung Asia Pasifik (APHRS) dan Persatuan Ritma Jantung Jepun (JHRS) dari 12 hingga 15 November 2025 di Yokohama, Jepun.

Platform bersepadu sepenuhnya ini merangkumi Kateter VARIPULSE™, Penjana TRUPULSE™ serta Perisian VARIPULSE™ untuk Sistem Pemetaan CARTO™ 3. Platform ini kini diluluskan untuk digunakan di Amerika Syarikat, Eropah, Asia Pasifik, Kanada dan Latin Amerika. Lebih daripada 25,000 prosedur telah dijalankan di Amerika Syarikat, Eropah, Kanada, Jepun, Hong Kong, Tanah Besar China, Korea, Taiwan dan Australia. 

Johnson & Johnson MedTech menegaskan komitmennya untuk memajukan pengetahuan saintifik dan memperkukuh kerjasama yang bertujuan meningkatkan hasil rawatan pesakit melalui pembentangan bukti klinikal dan dunia sebenar terbaharu daripada Platform VARIPULSE™. Syarikat itu juga akan menganjurkan siri simposium berasaskan sains yang komprehensif, demonstrasi praktikal serta sesi pendidikan di APHRS dan JHRS.

"Bukti klinikal yang kami bentangkan pada APHRS dan JHRS tahun ini — yang menonjolkan Sistem Pemetaan CARTO™ 3 dan Platform VARIPULSE™ bersepadu sepenuhnya untuk ablasi medan berdenyut — bersama program saintifik yang kukuh, pengalaman teknologi imersif serta perbincangan hala tuju masa depan, mencerminkan komitmen mendalam kami dan kekuatan menyeluruh portfolio terkemuka kami untuk fibrilasi atrium dan aritmia kompleks," kata Jing Li, Naib Presiden, Elektrofisiologi & Neurovaskular, Asia Pasifik MedTech, Johnson & Johnson.

Data dan pembentangan utama merangkumi:

  • QUEST AF: Pembentangan lisan mengenai "Kejayaan akut ablasi fibrilasi atrium berterusan menggunakan kateter frekuensi radio berkuasa tinggi jangka pendek dengan kawalan suhu: pengalaman awal dunia sebenar daripada QUEST AF."
  • VARIPURE (SECURE): Pembentangan poster mengenai "Aliran kerja dunia sebenar, kecekapan dan analisis pada peringkat vena bagi kateter bulatan gelung boleh ubah baharu untuk ablasi medan berdenyut dalam prosedur AF: pandangan daripada VARIPURE."
  • admIRE: Sesi lisan mengenai "Kesan umur dan tempoh dari diagnosis ke ablasi terhadap perbezaan jantina dalam hasil rawatan selama 12 bulan selepas ablasi kateter bagi fibrilasi atrium," serta pembentangan lisan dan sesi hot line mengenai "Ciri prosedur dan hasil klinikal daripada discaj pada hari yang sama selepas rawatan ablasi medan berdenyut untuk fibrilasi atrium: subanalisis kajian admIRE."
  • REAL AF:
    • Sesi tontonan poster mengenai "Isolasi Lintasan Pertama Sebelah Kanan: Penanda Kritikal Keberkesanan Ablasi dalam Fibrilasi Atrium"
    • Sesi lisan mengenai "Isolasi Lintasan Pertama Dua Hala sebagai Titik Akhir Prosedur Utama bagi Kejayaan Fibrilasi Atrium"
    • Sesi tontonan poster mengenai "Analisis Manfaat Ablasi Carina sebagai Pelengkap kepada Isolasi Vena Pulmonari"
    • Sesi lisan mengenai "Kajian retrospektif tentang perbezaan jantina dalam beban parut atrium kiri dan fibrilasi atrium"
    • Sesi tontonan poster mengenai "Perbezaan Jantina dalam Hasil Ablasi Kateter bagi Fibrilasi Atrium"

Johnson & Johnson MedTech akan terus bekerjasama dengan komuniti klinikal untuk memperluas bukti dunia sebenar mengenai Platform VARIPULSE™ serta mempercepat inovasi berpusatkan pesakit dalam penjagaan fibrilasi atrium.

___________________________

1 Data Bahagian Pemasaran BWI 2019

Penyelesaian Kardiovaskular daripada Johnson & Johnson MedTech 
Di seluruh Johnson & Johnson, kami menangani cabaran kesihatan yang paling kompleks dan meluas di dunia. Melalui portfolio kardiovaskular yang melengkapkan ahli profesional penjagaan kesihatan dengan pemetaan dan navigasi canggih, teknologi miniatur, dan ablasi yang tepat, kami menangani keadaan kesihatan yang masih mempunyai keperluan yang belum dipenuhi seperti kegagalan jantung, penyakit arteri koronari, strok, dan fibrilasi atrium. Kami adalah peneraju global dalam pemulihan jantung, pemulihan peredaran darah, dan rawatan gangguan irama jantung, serta peneraju yang sedang berkembang dalam penjagaan neurovaskular. Kami komited untuk menangani dua punca utama kematian di seluruh dunia; iaitu kegagalan jantung dan strok. Untuk maklumat lanjut, lawati biosensewebster.com.

Maklumat Tentang Johnson & Johnson 
Di Johnson & Johnson, kami percaya kesihatan adalah segala-galanya. Kekuatan kami dalam inovasi penjagaan kesihatan membolehkan kami membina dunia di mana penyakit kompleks dapat dicegah, dirawat, dan disembuhkan, dengan rawatan yang lebih bijak dan kurang invasif, serta penyelesaian yang bersifat peribadi. Menerusi kepakaran kami dalam Perubatan Inovatif dan MedTech, kami berada pada kedudukan yang unik untuk memacu inovasi merentasi keseluruhan spektrum penyelesaian penjagaan kesihatan masa kini, untuk menghasilkan penemuan inovatif pada masa hadapan dan memberi impak besar terhadap kesihatan manusia. Ketahui lebih lanjut mengenai skala global sektor MedTech kami dan kepakaran mendalam dalam penyelesaian pembedahan, ortopedik, penglihatan, dan kardiovaskular di https://thenext.jnjmedtech.com.Ikuti kami di @JNJMedTech dan di LinkedIn.

Amaran Mengenai Kenyataan Berpandangan Ke Hadapan 
Siaran akhbar ini mengandungi "kenyataan berpandangan ke hadapan" seperti yang ditakrifkan dalam Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Swasta 1995, yang berkaitan dengan Platform VARIPULSETM. Pembaca diingatkan supaya tidak bergantung kepada kenyataan yang berunsur ramalan ini. Kenyataan-kenyataan ini dibuat berdasarkan jangkaan semasa tentang peristiwa masa depan. Jika andaian asas didapati tidak tepat atau risiko serta ketidakpastian yang diketahui atau tidak diketahui berlaku, keputusan sebenar mungkin banyak berbeza daripada jangkaan dan unjuran Johnson & Johnson. Risiko dan ketidakpastian termasuk, tetapi tidak terhad kepada: persaingan termasuk kemajuan teknologi, produk baharu dan paten yang diperoleh oleh pesaing; ketidaktentuan kejayaan komersial bagi produk baharu; keupayaan syarikat untuk melaksanakan rancangan strategik dengan berjaya; kesan penggabungan dan pelupusan perniagaan; cabaran terhadap paten; perubahan dalam tingkah laku serta corak perbelanjaan atau kesulitan kewangan dalam kalangan pembeli produk dan perkhidmatan penjagaan kesihatan; serta pembaharuan penjagaan kesihatan global dan trend ke arah pengawalan kos penjagaan kesihatan. Senarai selanjutnya beserta keterangan mengenai risiko, ketidakpastian dan faktor-faktor lain ini boleh didapati dalam Laporan Tahunan terkini Johnson & Johnson dalam Borang 10-K, termasuk di bahagian bertajuk "Cautionary Note Regarding Forward-Looking Statements" dan "Item 1A." "Risk Factors," dan dalam Laporan Suku Tahunan Johnson & Johnson yang seterusnya melalui Borang 10-Q serta pemfailan lain dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa. Salinan pemfailan ini boleh didapati dalam talian di www.sec.gov, www.jnj.com, www.investor.jnj.com atau atas permintaan daripada Johnson & Johnson. Johnson & Johnson tidak berjanji untuk mengemas kini sebarang kenyataan berunsur ramalan hasil daripada maklumat baharu atau peristiwa atau perkembangan masa depan.

Maklumat penting: Sebelum digunakan, rujuk arahan penggunaan yang dibekalkan dengan peranti ini untuk petunjuk, kontraindikasi, kesan sampingan, amaran dan langkah berjaga-jaga.
Amaran: Undang-undang AS mengehadkan penjualan peranti ini hanya kepada atau atas arahan seorang doktor.

© Johnson & Johnson dan sekutunya 2025. M_US_ELP_THER_407762

Hubungan media:
Carlos Taveras
Ctaveras@its.jnj.com

Erin Farley
Efarley1@its.jnj.com

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2554601/Johnson_Johnson_MedTech_Logo.jpg?p=medium600

Source: Johnson & Johnson MedTech
Keywords: Computer/Electronics Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Clinical Trials/Medical Discoveries Trade show news