Reka Bentuk Luaran Baharu Dicipta Bersama oleh Pereka Manusia dan AI
TOKYO, 4 November 2025 /PRNewswire/ -- Casio Computer Co., Ltd. mengumumkan pada hari ini keluaran GMW-BZ5000, iaitu tambahan logam penuh yang baharu kepada rangkaian G-SHOCK 5000 yang mengekalkan bentuk ikonik G-SHOCK yang pertama seumpamanya. Jam tangan kalis hentakan baharu ini menggunakan LCD memori-dalam-piksel (MIP) berdefinisi tinggi dan kontras tinggi dengan sudut pandang yang luas.
GMW-BZ5000 baharu merupakan G-SHOCK logam penuh pertama yang menampilkan LCD MIP untuk paparan yang mudah dibaca walaupun di bawah cahaya matahari atau apabila dilihat dari suatu sudut.
Dengan mengupayakan susun atur nombor dan aksara yang fleksibel, LCD MIP berdefinisi tinggi memberikan lebih banyak kebebasan dalam reka bentuk paparan. Pengguna boleh bertukar-tukar antara empat susun atur paparan yang berbeza, memberikan pilihan yang berbeza untuk tarikh, hari dalam seminggu dan dwiwaktu bandar. Apabila disambungkan ke telefon pintar, aplikasi ini menawarkan dua fon yang berbeza untuk paparan waktu pilihan: STANDARD atau CLASSIC dengan penampilan 7-segmen tradisional yang tersedia sejak G-SHOCK yang pertama lagi.
Reka bentuk luaran dicipta secara bersama oleh pereka manusia dan AI bagi mencapai padanan yang lebih selesa. Dengan memanfaatkan cadangan reka bentuk daripada pereka manusia, AI generatif menjalankan simulasi beban berulang berdasarkan data kalis hentakan yang terkumpul selama lebih 40 tahun. Berbeza daripada struktur konvensional dengan bezel yang menutupi sepenuhnya bahagian tengah jam, struktur yang baru dibangunkan ini menampilkan bezel dan bahagian tengah jam yang saling terhubung dan dipasang pada bahagian atas dan juga bawah demi padanan yang lebih selesa pada pergelangan tangan. Bahagian sisinya mendedahkan kontur tiga dimensi yang kompleks yang dibentuk oleh garisan antara komponen, lantas memberikan G-SHOCK logam penuh ini dengan penampilan serba baharu.
Berhubung kefungsiannya pula, GMW-BZ5000 menampilkan LCD MIP baru dibangunkan yang boleh dikuasakan sepenuhnya oleh tenaga solar. Jam tangan ini turut menyediakan ciri pelarasan masa yang menggunakan penerimaan gelombang radio standard serta Smartphone Link melalui Bluetooth® yang dapat memastikan prestasi yang mudah dan andal.
Model |
Warna |
GMW-BZ5000D-1 |
Perak |
GMW-BZ5000BD-1 |
Hitam |
GMW-BZ5000GD-9 |
Emas |
Tanda perkataan dan logo Bluetooth® ialah tanda dagangan berdaftar yang dimiliki oleh Bluetooth SIG, Inc. Sebarang penggunaan tanda dan logo berkenaan oleh Casio Computer Co., Ltd. telah mendapat kebenaran. |