![]() |
GOTHENBURG, Sweden, 4 November 2025 /PRNewswire/ -- SKF melancarkan Patent Bay, platform baharu dibuka kepada syarikat yang menyasar untuk mempercepat teknologi berpotensi bagi meningkatkan kelestarian, dengan menjadikan paten terpilih tersedia secara bebas kepada pihak lain.
Sepanjang sejarah, kemajuan telah didorong oleh keinginan untuk menjadikan pengetahuan dan ciptaan penting boleh diakses oleh lebih ramai orang. Daripada keputusan untuk mengeluarkan tali pinggang keledar tiga titik secara bebas dan menyelamatkan jutaan nyawa, sehingga detik apabila Jaringan Sejagat (World Wide Web) dibuka kepada semua orang. Dan yang terkini apabila teknologi vaksin dikongsi untuk menyelesaikan krisis global.
"Inovasi adalah penting untuk masa depan mampan dan sejarah menunjukkan bahawa kejayaan sebenar berlaku apabila kita mula berkongsi. Patent Bay ialah cara kami untuk membuka potensi tersebut—mewujudkan kesan berterusan di seluruh industri dan masyarakat", kata Rickard Gustafson, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif.
Pelancaran itu dibuat pada masa pemfailan paten global berada pada tahap tertinggi sepanjang masa. Menurut Pertubuhan Harta Intelek Dunia (World Intellectual Property Organization), 3.55 juta permohonan paten telah difailkan di seluruh dunia pada tahun 2023—lebih daripada dua kali ganda bilangan permohonan pada tahun 1995. Walaupun ini menunjukkan iklim inovasi yang kuat, situasi ini juga mengetengahkan cabaran akses dan kerjasama yang semakin meningkat.
"Dalam dunia yang kompleks hari ini, keterbukaan dan kerjasama adalah lebih penting berbanding sebelum ini. Di SKF, kami percaya bahawa perkongsian ialah sebahagian daripada penyelesaian. Melalui Patent Bay, kami mahu memberikan inspirasi kepada orang lain untuk melakukan perkara yang sama—kerana perubahan sebenar dicipta bersama, kata Rickard Gustafson.
Paten pertama yang dikeluarkan di platform ini ialah aloi galas berprestasi tinggi yang dibangunkan untuk industri penerbangan.
"Bahan galas baharu ini boleh mengendalikan beban lebih tinggi dalam bentuk lebih padat, membolehkan penyelesaian galas berprestasi tinggi untuk seni bina enjin baharu yang direka bentuk bagi mengurangkan pelepasan sehingga 25 peratus.Teknologi yang sama membuka pintu kepada inovasi seterusnya, apabila kecekapan dan kelestarian merupakan kunci utama", kata Arnaud Ruellan, Pengurus Inovasi Teknologi di SKF.
Patent Bay kini tersedia dan boleh digunakan oleh syarikat dan pembawa pembaharuan yang komited terhadap teknologi dengan potensi untuk meningkatkan kelestarian.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Karin Markhede; +46 707 588 730; karin.markhede@skf.com
Maklumat tentang Patent Bay: www.thepatentbay.com/es
Muat turun kumpulan risalah akhbar di sini: https://www.skf.com/es/fighting-friction/02
Penafian
Pengurangan pelepasan sehingga 25%
Kecekapan bahan api yang lebih baik didayakan oleh pelbagai inovasi dan kerjasama—satu daripadanya ialah sumbangan Arctic15 kepada seni bina enjin yang lebih dioptimumkan.
Baca lebih lanjut: UltraFan- Kerjasama dan Inovasi Terunggul untuk Masa Depan Penerbangan
Pengurangan pelepasan yang dinyatakan merujuk secara eksklusif kepada penambahbaikan kecekapan bahan api enjin. Perkara ini tidak menunjukkan penilaian kitaran hayat penuh pesawat masa depan.
Aktiebolaget SKF
(publ)
Sejak tahun 1907, SKF telah menghasilkan sebahagian daripada galas, pengedap, sistem pelinciran, penyelesaian pemantauan keadaan dan perkhidmatan yang paling berinovatif di dunia untuk mengurangkan geseran. SKF diwakili di kira-kira 130 negara dan mempunyai lebih kurang 17,000 lokasi pengedar di seluruh dunia. Jualan tahunan pada tahun 2024 ialah sebanyak SEK 98,722 juta dan bilangan pekerja ialah seramai 38,743 orang. www.skf.com
® SKF ialah tanda dagangan berdaftar SKF Group.
Video - https://www.youtube.com/watch?v=MPOubSGD5-M
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2808201/SKF_The_patent_bay.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2808202/Rickard_Gustafson.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2808203/Arnaud_Ruellan.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2808200/SKF_Group_Logo.jpg?p=medium600