![]() |
Barisan permainan utama pertama telah diumumkan bagi acara sukan phygital terbesar tahun ini, yang bakal berlangsung di Abu Dhabi dari 18 hingga 23 Disember.
DUBAI, UAE, 5 November 2025 /PRNewswire/ -- Mengukuhkan momentum evolusi terkini dunia permainan, Phygital International (PI), pemegang hak eksklusif dan penganjur rasmi Games of the Future (Temasya Sukan Masa Depan, GOTF), hari ini mengumumkan senarai permainan blockbuster yang akan menjadi sebahagian daripada Games of the Future (Temasya Sukan Masa Depan) 2025 di Abu Dhabi, dari 18 hingga 23 Disember.
Menggabungkan kepantasan dan kekuatan sukan tradisional dengan kemahiran serta aksi mendebarkan esports, Games of the Future (Temasya Sukan Masa Depan) 2025 bakal menampilkan kemuncak persaingan phygital. Para atlet dan peminat bakal merasai format unik yang menggabungkan cabaran dunia sebenar dengan beberapa permainan video paling ikonik di dunia, merentasi 11 disiplin berbeza.
Counter-Strike 2, penembak taktikal lagenda, akan menjadi tunjang kepada pertandingan Phygital Shooter, ketepatan, strategi dan kerjasama pasukan para pemain bakal diuji di bawah tekanan sengit. Ikon global dalam permainan kompetitif, Counter-Strike 2 akan menyemarakkan pentas digital kejohanan dengan intensiti tersendiri dan legasi aksi pantas yang menjadi tandatangannya. Bersamanya, Dota 2, permainan arena pertempuran dalam talian berbilang pemain yang ikonik, akan mencabar pasukandalam pertandingan MOBA PC, untuk menunjukkan kepakaran taktikal dan ketahanan, sekaligus membuktikan sebab ia kekal sebagai salah satu permainan esports yang paling berpengaruh dan dihormati sepanjang masa.
Fenomena global, Fortnite, dengan komuniti globalnya yang luas dan impak yang membentuk budaya, akan menjadi tumpuan utama dalam disiplin Battle Royale. Gabungan dinamik antara elemen bertahan hidup dan aksi berintensiti tinggi memastikan Battle Royale akan menyajikan drama mendebarkan, di mana hanya satu kelab akan kekal sebagai juara. Fatal Fury: City of the Wolves, salah satu francais paling bersejarah dalam sejarah permainan pertempuran, akan menambah tontonan berbeza, menggabungkan ketepatan, refleks dan kepakaran taktikal untuk menentukan juara mutlak semasa fasa digital pertandingan Phygital Fighting.
Bersama permainan utama ini, pertandingan Phygital Football tahun ini di Games of the Future (Temasya Sukan Masa Depan) akan menampilkan permainan bola sepak generasi seterusnya yang berintensiti tinggi, UFL. Menambahkan keseronokan,3on3 Freestyle akan menjadi tumpuan utama dalam disiplin Phygital Basketball, membawa gaya jalanan tersendiri dan permainan pantas ke kejohanan ini. Kesemua disiplin dinamik ini akan menyatukan permainan maya dengan aksi dunia sebenar, apabila atlet bergerak lancar antara perlawanan digital dan cabaran di padang, menyajikan pertunjukan pantas kemahiran, strategi, dan kerjasama yang mentakrif semula persaingan untuk era phygital.
"Menampilkan permainan-permainan ikonik ini di Games of the Future (Temasya Sukan Masa Depan) 2025 menandakan detik penting bagi kedua-dua dunia permainan dan sukan," kata Nis Hatt, Ketua Pegawai Eksekutif Phygital International. "Di sinilah kecemerlangan atlet bertemu dengan kreativiti dan tenaga permainan kompetitif untuk mencipta sesuatu yang benar-benar luar biasa, membuktikan bahawa sukan phygital bukan sekadar bab seterusnya, tetapi masa depan persaingan global."
Dengan menggabungkan beberapa permainan video paling ikonik dan diiktiraf di peringkat global bersama tenaga cabaran atletik secara langsung, GOTF 2025 akan menyajikan pertunjukan sukan yang tiada tandingannya. Berlangsung di Pusat Pameran Nasional Abu Dhabi (ADNEC) dari 18-23 Disember, kejohanan sukan phygital terkemuka dunia ini akan menyatukan atlet phygital terunggul dunia untuk enam hari persaingan, inovasi dan hiburan. Bersama kejohanan, para peminat boleh menjangkakan pengalaman VR yang mendalam, teknologi sukan terkini, pameran budaya, dan zon interaktif untuk peminat yang direka bagi meraikan gabungan dunia fizikal dan digital serta mencipta pengalaman yang tidak boleh dilepaskan.
Maklumat Tentang Phygital International (PI):
Phygital International ialah penganjur sukan phygital pada peringkat global dan memberi tumpuan kepada inovasi serta mendefinisikan semula sukan. Syarikat ini ialah penjaga dan pemegang hak Games of the Future (Temasya Sukan Masa Depan), serta mengawasi proses pembidaan untuk setiap bandar tuan rumah.
Untuk maklumat lanjut sila layari https://Phygitalinternational.com atau hubungi phygital@marylebonecommunications.com
Maklumat Tentang Games of the Future (Temasya Sukan Masa Depan - GOTF):
Games of the Future (Temasya Sukan Masa Depan) ialah acara antarabangsa tahunan yang menggabungkan dunia fizikal dan digital dan merupakan kemuncak sukan phygital. Kejohanan ini menghimpunkan para wira sukan phygital generasi akan datang dari seluruh dunia untuk bersaing dalam pelbagai disiplin dan cabaran phygital. Games of the Future (Temasya Sukan Masa Depan) 2025 akan diadakan di Abu Dhabi manakala Games of the Future (Temasya Sukan Masa Depan) 2026, akan diadakan di Astana.
Untuk maklumat lanjut sila kunjungi: https://gofuture.games/
Foto: https://mma.prnasia.com/media2/2812810/Phygital_1.jpg?p=medium600
Photo: https://mma.prnasia.com/media2/2812811/Phygital_2.jpg?p=medium600
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/2730393/5600170/logo.jpg?p=medium600