omniture

Osome Dinamakan Antara Syarikat Fintech Terbaik Singapura 2026

Osome
2025-11-06 17:10 21

- Pengiktirafan dalam kategori Teknologi Kewangan (Fintech) Perusahaan menonjolkan kepimpinan Osome dalam penyelesaian pengurusan perniagaan didayakan AI, disokong pakar -

SINGAPURA dan HONG KONG, 6 November 2025 /PRNewswire/ -- Osome, iaitu platform pengurusan perniagaan yang didayakan AI, telahpun diiktiraf dalam kategori Teknologi Kewangan (Fintech) Perusahaan bagi Singapore's Top Fintech Companies 2026 (Syarikat Fintech Terbaik Singapura 2026) sulung yang merupakan senarai kehormat syarikat-syarikat yang komited terhadap kecemerlangan, inovasi dan impak keseluruhan dalam industri Fintech.

Every Osome experience combines human expertise with technology, said Tamas Gögge, Chief Product Officer of Osome.
Every Osome experience combines human expertise with technology, said Tamas Gögge, Chief Product Officer of Osome.

Senarai Syarikat Fintech Terbaik Singapura 2026 ini yang dibangunkan oleh Tech in Asia melalui kolaborasi bersama firma data Statista, menilai syarikat-syarikat Fintech yang berpangkalan di Singapura berdasarkan analisis dan perwajaran KPI yang menyeluruh dan khusus segmen. Pemeringkatan sulung ini mengiktiraf 95 syarikat di Singapura merentas tujuh segmen pasaran yang berbeza.

Sejak penubuhannya, Osome memfokuskan untuk menyokong pengasas dan visi pertumbuhan mereka, selain membantu mereka mengatasi beban daripada tugas pentadbiran kewangan. Sepanjang dua tahun yang lalu, Osome mentransformasikan pengalaman pelanggan dengan platform didayakan AI dan dalam masa yang sama mengekalkan sentuhan insannya. Melalui penambahbaikan ini, Osome membolehkan pemilik perniagaan memfokuskan pada pelanggan, memperoleh kebolehlihatan yang lebih jelas terhadap kewangan mereka dan mengukuhkan pertumbuhan serta pelaporan pelabur.

"Setiap pengalaman Osome menggabungkan kepakaran manusia dengan teknologi," tambah Tamas Gögge, Ketua Pegawai Produk Osome. "Kami komited untuk memperkasakan pengasas melalui teknologi dan sokongan pakar. Platform didayakan AI kami ditingkatkan secara berterusan bagi memberikan usahawan dengan kebolehlihatan dan kawalan yang lebih baik ke atas prestasi perniagaan mereka, seterusnya membolehkan pembuatan keputusan termaklum dibuat pada masa nyata."

"Osome ibarat rakan pembina buat kami. Mereka memastikan kewangan kami cemerlang bagi membolehkan kami memberi tumpuan untuk membina perniagaan kami. Pendekatan kolaboratif dan sokongan mereka mencetuskan perbezaan sebenar dan menyaksikan mereka diiktiraf dalam senarai ini terasa seperti satu kemenangan untuk setiap pengasas yang bergantung pada mereka untuk tetap rasional dan berkembang dengan bijak," kata Gitesh Athavale, pengasas bersama ZOQQ Pte Ltd, seorang pelanggan Osome.

Seorang lagi pelanggan, Arjun Abraham Zacharria, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif, EximPe, berkata: "Osome menjadi pengubah keadaan untuk EximPe. Platform didayakan AI mereka, digabungkan dengan sokongan pakar memperkemas proses kewangan dan pentadbiran kami, lalu membolehkan kami memberi lebih tumpuan pada pertumbuhan. Kami berasa gembira dengan adanya Osome sebagai rakan kongsi yang dipercayai dalam perjalanan kami."

Osome memperluas keupayaannya di seluruh hab kewangan dunia, termasuk Singapura, Hong Kong SAR, United Kingdom dan Emiriah Arab Bersatu. Kami komited untuk membolehkan pengasas mengurus dan mengembangkan perniagaan mereka dalam era digital. Di setiap hab, kami menyokong, mendayakan dan memperkasakan pengasas melalui ekosistem kami, selain mewujudkan tawaran yang dapat memberikan manfaat bersama baik untuk Osome mahupun rakan kongsi kami.

Latar Belakang Osome 

Osome ialah platform pengurusan perniagaan didayakan AI yang menggabungkan alatan digital intuitif dengan panduan tempatan pakar bagi mengurangkan beban pentadbiran pelanggan. Sejak tahun 2017, ia menyokong lebih 30,000 syarikat di Hong Kong SAR, Singapura dan United Kingdom dalam perjalanan pertumbuhan mereka menerusi perkhidmatan pemerbadanan, perakaunan dan kesetiausahaan korporat. Ia mengukuhkan kehadiran di Emiriah Arab Bersatu menerusi berbagai-bagai perkhidmatan khusus. Setakat ini, Osome memproses lebih 5 juta dokumen kewangan dan menghasilkan lebih daripada 100,000 bulan pelaporan kewangan.

Source: Osome
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Financial Technology Artificial Intelligence