omniture

SERES Tersenarai Secara Rasmi di HKEX, Manfaatkan Dwi Platform Modal "A+H" Perkasa Pengembangan Global

SERES
2025-11-07 21:31 16

CHONGQING, China, 7 November 2025 /PRNewswire/ -- Tanggal 5 November, SERES Group (kod saham: 9927.HK) disenaraikan secara rasmi di Papan Utama Bursa Saham Hong Kong. Menerusi pencapaian ini, kini SERES merupakan pembuat bagi kenderaan tenaga baharu (NEV) mewah Cina pertama yang disenaraikan di pasaran saham-A dan juga pasaran saham-H. Ia merupakan IPO terbesar seumpamanya oleh pembuat kereta Cina dan juga IPO pembuat kereta terbesar di dunia setakat tahun ini.

Kejayaan penyenaraian Hong Kong ini menyediakan SERES dengan platform antarabangsa yang baharu untuk mengumpul modal dan menyokong pertumbuhan jangka panjang serta asas yang kukuh demi strategi global syarikat ini. Lebih penting lagi, ia mewujudkan model baharu untuk pembuat kereta Cina yang berkembang ke luar negara, menggabungkan inovasi teknologi dengan kehandalan kewangan.

SERES Officially Listed on HKEX
SERES Officially Listed on HKEX

Sejak pelancaran IPO Hong Kong SERES pada 27 Oktober, semangat pelabur telah melonjak. Tawaran awam Hong Kong telahpun terpohon beli berlebihan sebanyak 133 kali ganda, seterusnya mengumpul pembiayaan sebanyak lebih HK$170 bilion. Kira-kira 70% daripada hasil ini akan disalurkan kepada penyelidikan dan pembangunan dan lebih kurang 20% akan menyokong pengembangan saluran pemasaran baharu terpelbagai, jualan luar negara serta perkhidmatan rangkaian pengecasan.

Tawaran ini khususnya menarik 22 pelabur asas, termasuk Chongqing Industrial Mother Fund Chongqing Industrial Investment Fund of Funds (FoF). Linyuan Fund, GF Fund, Schroders, China Post Wealth dan Xingyu Hong Kong,menonjolkan pengiktirafan yang meluas daripada pasaran modal global terhadap prospek pertumbuhan SERES yang kukuh dan pembangunan yang berkualiti tinggi. Sokongan pelabur yang padu ini dijangka akan memacu penarafan semula berkaitan penilaian syarikat dan mewujudkan penanda aras baharu untuk nilai pelaburan SERES yang seterusnya meningkatkan lagi kapasiti pembiayaan serta kecekapan modalnya.

Sebagai penggiat utama dalam sektor NEV premium China, SERES sudahpun memperluas jejak globalnya, dengan operasinya kini meliputi pelbagai negara di seluruh Eropah, Timur Tengah, benua Amerika dan juga Afrika. Di Eropah sahaja, SERES berjaya menembusi pasaran-pasaran utama seperti Norway, Jerman, UK dan Switzerland yang menyaksikan fasa awal pengembangan globalnya. Dikuasakan oleh dwiplatform modal "A+H", SERES akan terus memacu inovasi teknologi, meningkatkan nilai jenama dan meluaskan kehadirannya di peringkat global.

Memfokuskan pada Kenderaan Elektrik Pintar Premium, Membina Kelebihan Kepakaran Teknikal

Sebagai sebuah syarikat yang dipacu teknologi dengan fokus pada NEV, SERES komited terhadap pasaran kenderaan elektrik pintar premium. Setakat ini, barisan AITO, dengan model M9, M8, M7 dan M5 telahpun menerima pengiktirafan pasaran yang kukuh dan kesetiaan pelanggan, dengan jumlah penghantaran melebihi 800,000 unit.

AITO M9
AITO M9

Dengan berpegang teguh kepada falsafah Kecerdasan Mentakrifkan Semula Kemewahan, SERES benar-benar komited terhadap inovasi teknologi yang menghasilkan kenderaan perisian tertakrif yang selamat. Hasil daripada pelaburannya yang besar dalam penyelidikan dan pembangunan, syarikat ini membina kelebihan kepakaran teknikal yang kukuh menerusi inovasi, seperti MF Technology Platform, Super Range Extender dan teknologi Keselamatan Pintar.

Memandang ke hadapan, SERES akan terus menerima kenderaan perisian tertakrif, memperkasakan pertumbuhannya dengan inovasi, dipacu oleh keperluan pengguna dan berkembang di pentas global. Syarikat ini bersedia untuk mengukuhkan lagi kepimpinannya dalam segmen NEV premium dan memacu industri auto China menuju era pembangunan berkualiti tinggi yang baharu.

 

 

Source: SERES
Related Stocks:
HongKong:9927
Keywords: Auto Computer/Electronics Oil/Energy Transportation Utilities Offerings