omniture

Menyerlah di Milan Tiga Tahun Berturut-turut, TAILG Terajui Gelombang Baharu Mobiliti Elektrik Global

TAILG
2025-11-07 21:38 21

MILAN, 7 November 2025 /PRNewswire/ -- Tanggal 4 November, acara kenderaan beroda dua yang terkemuka di dunia — EICMA — dimulakan di Milan. Sebagai perintis bagi kenderaan beroda dua elektrik jarak jauh, TAILG membuat penampilan ketiganya dan memperkenalkan 15 model semua senario dalam tujuh kategori yang mentakrifkan semula masa depan mobiliti elektrik melalui teknologi serta kecemerlangan reka bentuk.

Bermula daripada kemunculan sulungnya hinggalah barisan produk yang mantap hari ini, "perjalanan tiga-tahun" TAILG menyaksikan pengiktirafan global terhadap jenama ini dan pengaruh yang semakin meningkat dalam industri e-mobiliti.

Teknologi Canggih, Dipercayai Di Peringkat Global

Setiap model yang dipamerkan merangkumkan kekuatan penyelidikan dan pembangunan (R&D) TAILG selama 20 tahun yang meliputi inovasi bermula daripada motor, pengawal hinggalah sistem bateri.
S91PRO, membawakan motor 10,000W dan sistem pemulihan tenaga, menunjukkan bagaimana kuasa dan kecekapan wujud bersama.
Laser Armor Series, menerusi pencahayaan dwialur mecha dan kerangka yang teguh, menggabungkan kekuatan dan estetika futuristik, lantas mencetuskan kekaguman daripada pelawat.

TAILG showcases 15 models at EICMA, leading a new wave of global electric mobility.
TAILG showcases 15 models at EICMA, leading a new wave of global electric mobility.

Disokong oleh Institut Penyelidikan Mobiliti Rendah-Karbon Global, TAILG mencapai kemajuan dalam bateri natrium-ion, tenaga hidrogen, pengecasan pantas dan juga pemanduan autonomi.
Di acara ini, demonstrasi tunggangan autonomi F73L telah memukau khalayak menerusi kejituan dan kawalannya.

TAILG turut menerima inovasi terbuka — bekerjasama dengan Huawei bagi ketersambungan kenderaan IoT dan bersama BYD bagi sistem bateri termaju untuk meningkatkan jarak pemanduan dan keselamatan.
Sebagai rakan kongsi e-mobiliti PBB, TAILG terus mempromosikan mobiliti hijau dan rendah karbon di seluruh dunia.

Barisan Kenderaan Semua Senario, Membentuk Mobiliti Global

15 model ini mempersembahkan sebuah ekosistem mobiliti yang komprehensif — bermula daripada sport super dan Laser Armor hinggalah pengulang-alik bandar, basikal gaya silang, model kerangka step-through dan basikal roda tiga riadah — setiap satunya disesuaikan mengikut gaya hidup dan pasaran yang pelbagai.
Di Eropah, S91PRO menjadi tumpuan utama kerana reka bentuknya yang diperkemas dan dengan kelajuan tertinggi iaitu 110km/j.
Di Asia Tenggara pula, model kerangka step-through mendapat populariti kerana reka bentuk kalis air dan praktikalitinya, manakala basikal gaya silang menonjol kerana ciri kebolehsesuaiannya.
Basikal roda tiga riadah, amat sesuai untuk keluarga, menawarkan kestabilan dan keselesaan, serta menarik minat pengguna pertengahan umur.

Disokong oleh lapan pangkalan pembuatan dan tujuh pusat pemasaran, R&D setempat dan penggunaan pantas TAILG membolehkannya untuk memberikan pengalaman mobiliti yang lebih baik di seluruh dunia.

Bermula daripada teknologi canggih hinggalah matriks produk semua senario, TAILG terus membentuk masa depan mobiliti yang lebih hijau, lebih pintar dan lebih menyeronokkan untuk dunia.

Source: TAILG
Keywords: Auto Computer/Electronics Transportation Trade show news