omniture

ICP DAS-BMP Hadiri Majlis Menandatangani MOU bagi Meraikan Pencapaian Baharu Bahan TPU Gred-Perubatan

ICP DAS Co., Ltd.
2025-11-10 08:45 19

HSINCHU, 10 November 2025 /PRNewswire/ -- ICP DAS-BMP mengambil bahagian dalam majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) Strategik yang diaturkan oleh Towards Buddha Co., Ltd. pada 28 Oktober apabila ia memperlihatkan pencapaian penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pelbagai aplikasi dalam bahan TPU gred perubatan. Melangkah ke hadapan, ICP DAS-BMP akan berkolaborasi dengan pakar-pakar industri dan pasukan-pasukan kumpulan pemikir untuk memupuk inovasi dan memacu pembangunan secara bersama dan penggunaan bahan TPU yang lebih meluas di pasaran-pasaran global.

Image by ICP DAS-BMP
Image by ICP DAS-BMP

Acara ini menghimpunkan rakan kongsi industri termasuk ICP DAS CO., LTD. / ICP DAS-BMP, Intype Enterprise Co., Ltd., A-Max Technology Co., Ltd., MedServ Biotech Co., Ltd., LEON Biotech Co., Ltd., VOLER Biotech Consulting Co., Ltd., Chi Feng Co., Ltd. dan juga Towards Buddha Co., Ltd.

Gabungan kepakaran mereka merangkum pelbagai sektor yang meliputi pembuatan bahan TPU gred perubatan, pembuatan pintar serta aplikasi IIoT, teknologi jentera dan pemprosesan penyemperitan jitu, peralatan penyahlembapan dan pengeringan, pengeluaran pembentukan suntikan dan aksesori, pembuatan kateter dan perkhidmatan pembentukan OEM, serta reka bentuk peranti perubatan dan juga perundingan kawal selia.

Dalam rantaian bekalan peranti perubatan, ICP DAS-BMP menawarkan rangkaian bahan TPU gred perubatan lengkap yang menyokong sepenuhnya pelbagai aplikasi perubatan, termasuk kateter, salutan wayar pandu, penyambung Luer-Lock dan komponen ortodontik.

TPU Arothane™, Alithane™ dan Durathane™ asas (siri ARP/ALP/ALC) memenuhi keperluan kebanyakan peranti perubatan sentuh badan. Antaranya, Arothane™ ARP-B20 dan Durathane™ ALC-B40 telahpun lulus ujian implantasi 13 minggu ISO 10993-6, lalu menjadikannya sesuai bagi tujuan implantasi sehingga 90 hari. Dengan ketertaburan dan bioserasi yang sangat baik, bahan-bahan ini merupakan pilihan yang utama bagi pembuatan kateter invasif.

ICP DAS-BMP akan terus mengukuhkan hubungannya dengan pelanggan sedia ada dan rakan kongsi MOU, serta menyediakan bahan TPU gred perubatan yang menggabungkan aspek keselamatan dan kualiti yang tinggi. Syarikat ini bermatlamat untuk meningkatkan daya saingnya dalam rantaian bekalan perubatan global dan menyokong rakan kongsi dalam membangunkan peranti perubatan yang lebih komprehensif dan andal.

Latar Belakang ICP DAS-BMP 

ICP DAS-BMP, pengilang dan pembekal TPU terkemuka yang berpangkalan di Taiwan, mendapat pengiktirafan ISO 13485 dan mengendalikan makmal-makmal khusus yang memfokuskan pada pengurusan kualiti. Dengan memanfaatkan kepakaran automasi industri selama lebih tiga puluh tahun daripada syarikat induknya ICP DAS, ICP DAS-BMP melaksanakan amalan kilang pintar bagi meningkatkan kualiti produk serta mempercepat masa penghantaran. Syarikat ini komited terhadap sokongan pasca jualan yang responsif dan penyelesaian yang fleksibel, walaupun untuk kuantiti pesanan yang kecil demi memastikan kepuasan pelanggan serta memupuk jalinan perkongsian dalam tempoh jangka panjang.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: https://bmp.icpdas.com

 

Source: ICP DAS Co., Ltd.
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Contracts Licensing/marketing agreements