omniture

Giga Computing Umum Ketersediaan Seluruh Dunia Pelayan NVIDIA RTX PRO

Giga Computing
2025-11-11 09:11 13

Mengintegrasikan Teknologi NVIDIA untuk Memperkasakan Era Kilang AI

TAIPEI, 11 November 2025 /PRNewswire/ -- Giga Computing, iaitu subsidiari GIGABYTE Group mengumumkan ketersediaan seluruh dunia GIGABYTE XL44-SX2-AAS1 yang dilancarkan baru-baru ini, iaitu Pelayan NVIDIA RTX PRO yang mengintegrasikan GPU NVIDIA RTX PRO 6000 Blackwell Server Edition, NVIDIA BlueField-3 DPU, NVIDIA ConnectX-8 SuperNIC dan perisian NVIDIA AI Enterprise.  Sistem ini menyatukan lapisan komput, perangkaian dan perisian bagi mempercepat aliran kerja data-ke-AI sepenuhnya.

Accelerate the Next Era of Enterprise AI World's first NVIDIA RTX PRO Server with ConnectX-8 SuperNIC Switch
Accelerate the Next Era of Enterprise AI World's first NVIDIA RTX PRO Server with ConnectX-8 SuperNIC Switch

Menyatukan Kuasa Komput dan Perangkaian
Dibina berdasarkan reka bentuk rujukan modular NVIDIA MGX, XL44-SX2-AAS1 menyokong sehingga lapan GPU NVIDIA RTX PRO 6000 Blackwell Server Edition dengan sejumlah 768GB ingatan GDDR7 lalu memberikan daya pemprosesan yang luar biasa untuk AI generatif, perenderan 3D dan beban kerja saintifik. Dwi-CPU Intel® Xeon® 6700/6500, 32x DDR5 DIMM dan 3+1 bekalan kuasa 3200W 80 PLUS Titanium lewah dapat menjamin prestasi dan juga keandalan.

DPU NVIDIA BlueField-3 menyediakan sejumlah 400Gb/s lebar jalur untuk capaian data terjamin dan cekap ke storan dan rangkaian luaran, manakala empat NVIDIA ConnectX-8 SuperNIC menyokong lapan GPU dengan sehingga 800Gb/s NVIDIA InfiniBand atau lebar jalur Ethernet bagi setiap GPU. Reka bentuk ini mendayakan trafik GPU-ke-GPU timur-barat dengan kependaman rendah dan lebar jalur tinggi untuk latihan AI teragih boleh diskala.

Integrasi Lancar dengan NVIDIA AI Enterprise
Pelayan XL44 Series diintegrasikan dengan NVIDIA AI Enterprise bagi menyokong mikroservis NVIDIA NIM, pustaka NVIDIA Omniverse dan teknologi untuk kembar digital dan NVIDIA Cosmos bagi menghubungkan simulasi maya dan penggunaan dalam dunia sebenar. Ekosistem perisian disatukan ini membolehkan perusahaan berkembang daripada pembangunan model AI kepada inferens dan AI fizikal, kesemuanya dalam persekitaran yang konsisten dan teroptimum.

Daripada Pusat Data kepada Kilang AI
Memberikan prestasi inferens AI sehingga 5X lebih pantas berbanding generasi sebelumnya, sistem ini menyokong beraneka jenis beban kerja AI, bermula daripada ejen pintar dan inferens LLM hinggalah simulasi 3D dan analisis video. Keserasiannya dengan Windows, Linux, Kubernetes dan persekitaran virtualisasi memastikan pasang atur yang lancar tanpa perubahan infrastruktur yang besar. Bermula dengan simulasi robotik dan pemodelan prediktif kepada penyelidikan perubatan dan penciptaan kandungan 3D, pelayan XL44 Series memberikan prestasi GPU boleh diskala dan rangkaian yang amat pantas untuk membantu perusahaan membina kilang AI generasi akan datang dan memacu inovasi merentas industri-industri.

Ketersediaan  

GIGABYTE XL44-SX2-AAS1 kini boleh didapati di seluruh dunia.
Untuk pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi bahagian jualan.

Ikuti perkembangan terkini menerusi berita dan pengumuman mutakhir kami dengan mengikuti Giga Computing.
X: http://twitter.com/GigaComputing
LinkedIn: https://www.linkedin.com/company/giga-computing/
Facebook: https://www.facebook.com/gigabyteserver

Latar Belakang Giga Computing
Giga Computing Technology ialah penginovasi industri dan peneraju dalam pasaran pengkomputeran perusahaan. Setelah terpisah daripada GIGABYTE, kami mengekalkan kepakaran perkakasan dalam pembuatan dan reka bentuk produk dan dalam masa yang sama beroperasi sebagai perniagaan kendiri yang dapat memacu lebih banyak pelaburan ke dalam kecekapan teras. Kami menawarkan portfolio produk GIGABYTE lengkap yang dapat menangani semua beban kerja bermula daripada pusat data hinggalah pinggir termasuk beban kerja tradisional dan baru muncul dalam HPC dan AI hinggalah analisis data, 5G/pinggir, pengkomputeran awan dan banyak lagi. Perkongsian kami sejak dahulu lagi bersama peneraju teknologi yang utama memastikan produk baharu kami akan menjadi yang paling canggih dan ia akan dilancarkan dengan platform rakan kongsi baharu. Sistem kami merangkumkan prestasi, keselamatan, kebolehskalaan dan kemampanan. Untuk mengetahui lebih lanjut, kunjungi https://www.gigacomputing.com/en/ dan sertai surat berita kami.

Source: Giga Computing
Keywords: Computer Hardware Computer Software Computer/Electronics New products/services Artificial Intelligence