![]() |
DUBAI, UAE, 11 November 2025 /PRNewswire/ -- Frequency School oleh penerbit yang pernah dicalonkan untuk anugerah Grammy dan dan menerima pelbagai anugerah-platinum A.S. Maejor melancarkan "World Frequency Day" yang julung kali diadakan di Dubai pada 11/11 (Selasa) dengan tujuan untuk memperkukuhkan bahasa sejagat muzik dan memanfaatkan kuasa transformatif frekuensi bunyi untuk memupuk perpaduan, keharmonian, dan kesejahteraan fizikal, emosi, dan mental di seluruh planet ini.
Dengan mantera "Tuned in Together", World Frequency Day disambut pada hari Selasa, 11 November 2025, dan akan diraikan setiap tahun, dengan masyarakat di seluruh dunia menyemarakkan irama baharu yang berteraskan hubungan, getaran sejiwa dan kemanusiaan.
Tarikh 11/11 dipilih untuk melambangkan perpaduan, keseimbangan, dan getaran - prinsip teras di tengah-tengah pergerakan frekuensi.
Maejor, Pengasas Frequency School Berwawasan
"World Frequency Day adalah satu pencapaian penting dalam mengiktiraf kuasa sejagat bunyi untuk menghubung dan memberi inspirasi. Dengan mendedikasikan 11 November untuk kemajuan seni, sains dan amalan frekuensi yang disengajakan, kami mengambil langkah penting ke arah meningkatkan kesedaran tentang kesan mendalam mereka terhadap kesihatan dan kesejahteraan manusia di seluruh dunia."
Martina Fuchs, Pencetus World Frequency Day dan Pengasas Bersama Frequency School:
"Dari rentak degupan jantung kita kepada getaran muzik, frekuensi membentuk setiap aspek kehidupan kita. World Frequency Day adalah detik global di mana umat manusia bersatu dalam irama yang sama – memanfaatkan kuasa bunyi dan getaran untuk memberi inspirasi kepada perpaduan, kesejahteraan, dan keharmonian.."
Inisiatif bersejarah ini digerakkan oleh enjin kepimpinan global ALPHAWHISPERERS™, satu gerakan inovatif untuk perubahan sistemik, berbilang generasi dan lestari, serta Learnstar, platform edutainment terkemuka Afrika yang menyediakan kursus e-pembelajaran daripada pemimpin industri dan selebriti kepada golongan kreatif dan profesional.
Hari ini sampai ke kemuncaknya dengan acara utama di Creators HQ – Dubai, yang menghimpunkan para kreatif global, pakar kesejahteraan, dan pemimpin perniagaan:
Alia Al Hammadi, timbalan pengerusi di Pejabat Media Kerajaan UAE dan Ketua Pegawai Eksekutif Sidang Kemuncak 1 Billion Followers; artis dan dermawan British terkenal di peringkat dunia, Sacha Jafri; usahawan impak Kunal Sood; Carol Carter, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif GlobalMindED; guru rohani, usahawan, dan pempengaruh Master Sri Akarshana; pengajar yoga dan pakar kesejahteraan Allaoua Gaham; pakar kesihatan jangka panjang Sabinije von Gaffke; pengasas Our Highest Mantra (OHM) Sathi Roy; T Chanela Ibrahim, pengasas Rodeo Park; ahli hipnoterapi klinikal bertauliah dan penyembuh bunyi Letizia Silvestri; pengasas FutureVerse Dr. Batoul Salman Kherbiek; arkitek kepimpinan transformasi Anna Kuusela; dan ramai lagi.
Pengaktifan global inovatif ini turut mencetuskan puluhan acara satelit, kempen pengukuhan dan kerjasama bersama artis, inovator serta pendokong kesejahteraan di semua zon waktu, yang diadakan pada jam 11:11 pagi dan 11:11 malam mengikut waktu tempatan.
Komuniti dan rakan kongsi di seluruh dunia dijemput untuk mengambil bahagian dan menganjurkan aktiviti, seperti:
Janet C. Salazar, Pengerusi ALPHAWIN Venture Group dan Pengerusi Eksekutif Yayasan Sokongan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (FSUN):
"Kita berdiri di ambang revolusi kepimpinan global. Sekarang, lebih-lebih lagi, satu perkara adalah jelas: keperluan mendesak untuk perubahan, dengan menumpukan pada usaha membentuk semula cara kuasa dan pengaruh berfungsi dalam masyarakat kita, adalah sesuatu yang tidak dapat dinafikan. Memandangkan kita sedang menghadapi cabaran global yang belum pernah berlaku sebelum ini, kita memerlukan arkitek untuk era baharu kepimpinan eksponen – yang lebih inovatif, inklusif, lestari dan adil – di mana perubahan bermula dari kuasa di sebalik kuasa."
Kshitij Sainani, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Learnstar dan Pengarah KGSK Alliance Afrika Barat dan Asia:
"World Frequency Day menandakan kebangkitan kesedaran baharu – kesedaran di mana kreativiti, pembelajaran, dan getaran bersatu untuk meninggikan martabat kemanusiaan. Di Learnstar, kami sentiasa percaya bahawa pendidikan bukan hanya tentang pengetahuan, tetapi tentang tenaga - jenis yang memberi inspirasi, menaikkan semangat, dan menghubungkan orang ramai merentasi budaya. Melalui perkongsian kami dengan Frequency School, hari bersejarah ini lebih daripada sekadar perhimpunan pengkarya; ia adalah pergerakan global untuk menunjukkan bagaimana bunyi dan penceritaan dapat membentuk semula cara kita belajar dan hidup. Ini adalah permulaan era baharu - di mana pendidikan bergetar pada frekuensi yang lebih tinggi, membangkitkan kreativiti dan tujuan hidup bagi generasi pemikir dan pemimpi di seluruh dunia."
Kingsley Maduka, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Strategi Frequency School:
"Saya bersyukur kerana menjadi sebahagian daripada pelancaran World Frequency Day. Meningkatkan kesedaran tentang bagaimana muzik dan kesejahteraan saling berkait membolehkan Frequency School, organisasi dan individu yang sehaluan menyumbang kepada kemanusiaan dengan cara yang sangat bermakna dan dengan penuh kesedaran. Seruan untuk bertindak ini menekankan bagaimana kita boleh menggunakan terapi bunyi dan alat kesejahteraan setiap hari untuk minda dan tubuh kita."
Brandon Lee, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Operasi Frequency School:
"World Frequency Day mengingatkan kita bahawa bunyi bukan hanya didengar, ia membentuk emosi kita, kesihatan kita, dan hubungan kita antara satu sama lain. Dengan menyelaraskan diri kita dengan kuasa frekuensi, kita dapat menyepadukan diri dan dunia kita ke arah keharmonian yang lebih tinggi.
Aaron Dawson, Pengasas Bersama dan Pengarah Kreatif Frequency School:
"World Frequency Day adalah hari untuk meraikan anugerah bunyi dalam kehidupan serta kuasa muzik untuk mencipta getaran dan penyepaduan global. Ia peluang bagi seluruh dunia untuk bersatu dalam kesejahteraan, perpaduan, dan kegembiraan. Hari ini adalah untuk para pemimpi yang masih mempunyai keyakinan dan berusaha menuju ke arahnya setiap hari, bermula dari dalam diri sendiri.
MAKLUMAT TENTANG WORLD FREQUENCY DAY:
World Frequency Day adalah sambutan global tahunan yang diadakan pada 11 November untuk meningkatkan kesedaran tentang kesan positif frekuensi bunyi terhadap kesihatan mental dan fizikal serta kesejahteraan manusia di seluruh dunia.
Dicipta pada tahun 2025 oleh Frequency School – satu inisiatif global yang diasaskan oleh penerbit dari A.S. yang pernah dicalonkan untuk Anugerah Grammy, Maejor, bersama Martina Fuchs, Kingsley M, Brandon Lee, dan Aaron Dawson – hari ini mempromosikan terapi bunyi sebagai alat untuk memelihara minda, tubuh, dan roh.
Bagi meraikan hari istimewa ini, selaraskan diri dengan frekuensi yang menenangkan, cuba meditasi atau latihan pernafasan, mainkan mangkuk nyanyian atau gong, atau nikmati bunyi-bunyi alam semula jadi.
MAKLUMAT TENTANG FREQUENCY SCHOOL:
Laman Web: https://frequency.school
Instagram: @thefrequencyschool
LinkedIn: www.linkedin.com/company/the-frequency-school
Frequency School mula dilancarkan di Aiglon College, Switzerland pada tahun 2024, memperkenalkan terapi bunyi dan muzik untuk menyokong kesihatan mental dan kesejahteraan emosi pelajar.
Tercetus daripada pengalaman sebenar, bukan sekadar cita-cita, Frequency School bermula apabila artis yang pernah dicalonkan untuk Anugerah Grammy, Maejor, menggunakan bunyi semasa pemulihan kansernya dan menemui kuasa terapeutiknya. Di samping pengasas bersama Brandon Lee, Kingsley Maduka, Martina Fuchs, dan Aaron Dawson, mereka berusaha untuk menjadikan kesejahteraan berasaskan bunyi lebih mudah diakses melalui alat yang sesuai dengan kehidupan sebenar.
Pada asasnya, Frequency School percaya kepada perubahan kecil yang konsisten, menjadi 1% lebih baik setiap hari. Melalui muzik, kreativiti, dan amalan bunyi yang disokong oleh sains, sekolah ini menjemput untuk berhubung semula dan membina kejelasan, keseimbangan, dan ketahanan dari dalam ke luar.
Foto: https://mma.prnasia.com/media2/2814432/The_Frequency_School.jpg?p=medium600
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/2699891/5603532/Frequency_School_Logo.jpg?p=medium600