omniture

Penyelesaian AI Tunjukkan Kejayaan Awal Lindungi Ikan Lumba-lumba Putih Cina

Huawei
2025-11-12 12:46 4

XIAMEN, China, 12 November 2025 /PRNewswire/ -- Hari ini, Huawei dan rakan kongsi mengumumkan keputusan awal bagi penyelesaian dikuasakan AI rintis yang direka untuk mengkaji dan melindungi ikan lumba-lumba putih Cina di Teluk Xiamen, China.


Dilancarkan di bawah inisiatif Huawei TECH4ALL tiga bulan lalu, setakat ini projek ini telahpun:

  • Mengenal pasti 13 ekor ikan lumba-lumba berdasarkan 2,820 imej dan video.
  • Mencapai kadar ketepatan pengenalpastian individu melebihi 90% dan kadar pengecaman untuk tingkah laku kompleks sebanyak 85%.
  • Meningkatkan kecekapan pelabelan data sebanyak 400%.
  • Meningkatkan masa gerak balas penguatkuasa undang-undang terhadap kapal yang memecut melebihi had laju atau menceroboh kawasan pemuliharaan sebanyak 65%.

"Cerapan dipacu data yang dihasilkan oleh AI ini dapat membantu penyokong pemuliharaan merumuskan langkah-langkah perlindungan bersasar untuk memahami dan bertindak balas terhadap ancaman yang dihadapi oleh spesies ikan lumba-lumba ikonik ini dan memastikan ia terus hidup dan hidup biak di alam liar," kata Cui Yangyang, Pengarah Pejabat Program TECH4ALL untuk Huawei.

Ikan lumba-lumba putih Cina ialah spesies yang dilindungi di peringkat nasional yang diklasifikasikan sebagai spesies terjejas dalam IUCN Red List. Ancaman utama di Teluk Xiamen, yang merupakan habitat utama 51% populasi ikan lumba-lumba China ini, termasuk projek perkapalan, perikanan dan kejuruteraan pantai.

Pencemaran bunyi, terperangkap dalam peralatan tangkapan ikan dan kehilangan habitat membahayakan kemandirian ikan lumba-lumba ini dalam tempoh jangka panjang.

Melalui perkongsian bersama Third Institute of Oceanography di bawah Kementerian Sumber Asli China dan China Mobile, projek ini melibatkan sistem pengecaman ciri yang dapat mengenal pasti haiwan individu berdasarkan tanda unik pada sirip dorsal.

"Menerusi pengenalan AI, tinjauan yang dijalankan kini lebih cekap dan usaha pemuliharaan menjadi lebih tepat," kata Wang Xianyan, Ketua Pasukan Penyelidikan dan Pemuliharaan Spesies Terancam Marin untuk Third Institute of Oceanography di bawah Kementerian Sumber Asli China. "Data mengenai kemandirian setiap ekor ikan lumba-lumba, dinamik reproduktif dan interaksi sosial yang disediakan oleh sistem pengecaman AI ini membentuk asas penting bagi membangunkan langkah-langkah pemuliharaan."

Penyelesaian ini menyediakan prapemprosesan imej, inferens dan pengecaman dikuasakan AI, keratan imej sirip dorsal, pengelasan data dan paparan awan. Setiap ikan lumba-lumba mempunyai failnya sendiri, yang membolehkan penyelidik menjejaki status individu. Dengan data jangka panjang yang kritikal untuk merumuskan langkah-langkah perlindungan, penyelidik dapat melihat bilangan, taburan, struktur umur dan tingkah laku pembiakan ikan lumba-lumba ini, serta ancaman yang dihadapi olehnya.

Pemantauan manual sebelum ini memakan masa dan tidak dapat menghasilkan cerapan andal yang diperlukan untuk memantau dinamik populasi serta membangunkan langkah-langkah pemuliharaan yang tepat.

Menurut Third Institute of Oceanography, 10 hingga 15 tahun akan datang akan menjadi tempoh kritikal bagi pertumbuhan populasi ikan ini. Ikan Lumba-lumba Putih Cina penting untuk ekosistem marin dekat pesisir dan peranan samudera sebagai kawasan tadahan karbon. Ikan lumba-lumba ini memakan ikan, yang memakan plankton. Plankton pula menyerap CO2 dan mengikat karbon melalui fotosintesis. Dengan mengambil bahagian secara tidak langsung dalam kitaran karbon melalui rantaian makanan, usaha melindungi populasi ikan lumba-lumba dan integriti ekosistem lautan adalah amat penting untuk membantu menangani perubahan iklim.

Di samping analisis dikuasakan AI, rangkaian 5G-A yang terdiri daripada 10 stesen utama meliputi kawasan teluk seluas 330 kilometer persegi, lalu mencapai liputan zon pemuliharaan utama yang lancar.

Dengan menggunakan keupayaan penderiaan dan komunikasi bersepadu 5G-A dan menggabungkan data daripada radar, terminal visual, satelit serta kedudukan kapal Sistem Pengenalan Automatik (AIS), pergerakan kapal boleh dijejaki pada masa nyata dalam radius 20-kilometer. Sistem ini memberikan amaran dikuasakan AI dalam tempoh beberapa saat berhubung hal pelanggaran seperti pencerobohan sempadan atau memecut melebihi had laju dan pegawai penguatkuasa undang-undang boleh memanfaatkan pemantauan berasaskan pantai bagi mengesahkan pelanggaran serta mengesan kapal yang melanggar undang-undang dengan pantas.

Setakat ini, 12 buah kapal telahpun disiasat kerana berpotensi mengancam ikan lumba-lumba ini.

Dengan usaha penyelidikan yang berterusan digandingkan dengan aplikasi AI, kehidupan rahsia populasi ikan lumba-lumba putih Cina di Teluk Xiamen ini dapat dibongkarkan secara beransur-ansur, lalu memberikan harapan untuk kemandiriannya yang berterusan.

Source: Huawei
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Conservation/Recycling Environmental Issues Artificial Intelligence