omniture

Segway Powersports perkenal AT10 W MUD di EICMA 2025

Segway Powersports
2025-11-13 10:34 19

MILAN, 13 November 2025 /PRNewswire/ -- Segway Powersports, penginovasi bertaraf global bagi kenderaan luar jalan pintar dan sistem tunggangan terhubung, baru-baru ini memperkenalkan AT10 W MUD di EICMA 2025, Milan. ATV baharu ini dibina khas untuk lumpur dalam, tanah lembap dan denai hutan, menggandingkan prestasi output tinggi dengan kecerdasan mesra penunggang bagi membantu penggemar dan golongan profesional melangkah lebih jauh dalam keadaan yang sukar dengan kawalan dan keyakinan yang lebih tinggi.


AT10 W MUD membawakan rangkaian kuasa berprestasi tinggi 97 hp yang memberikan tujahan segera yang kuat, disokong oleh posisi yang luas untuk kestabilan dan kelegaan darat 320 mm agar bebas daripada halangan akar dan tebing. Winch standard 4,500 lb menyediakan penarikan andal apabila sesuatu lintasan lebih dalam daripada yang dijangkakan. Mesin ini dikonfigurasikan untuk meranduk air sehingga satu meter, dengan laluan masuk, perlindungan elektrik dan penyukatan saliran yang menyokong rendaman berulang dalam lumpur dan air bertakung.


Komponen dan aksesori tersuai mampu disesuaikan untuk kegunaan sepanjang tahun. Tayar berfokuskan lumpur dan geometri casis yang teguh memastikan cengkaman dan ketenteraman bagi menyokong pengalaman menunggang. Pengguna juga boleh menambah bajak salji untuk operasi musim sejuk, serta perlindungan bahagian bawah badan, bampar belakang dan storan kargo yang meningkatkan ketahanan dan fleksibiliti beban untuk kegunaan dengan kekerapan yang tinggi dan tugas berat. Reka letak pendinginan teroptimum direka untuk mengurangkan haba pada penunggang semasa hari yang panjang yang dapat meningkatkan keselesaan semasa perjalanan kerja atau rekreasi yang dilanjutkan.

Kecerdasan merupakan bahagian teras bagi pengalaman AT10 W MUD dan semua produk Segway Powersports. Penunggang boleh bersambung dengan Smart Moving App, mendayakan pengemudian dan komunikasi, memvisualisasikan kemajuan dengan panduan peta luar jalan dan menggandingkan set kepala audio Bluetooth atau sistem topi keledar agar sentiasa boleh dihubungi.

AT10 W MUD serba boleh, direka agar cemerlang merentas pelbagai profil pengguna. Pemilik tanah dan pasukan perhutanan menghargai penghantaran kuasanya yang boleh dipercayai dan fleksibiliti laluan yang luar biasa. Penggemar aktiviti luar jalan hujung minggu boleh menikmati masa yang menyeronokkan dengan yakin menempuh lumpur yang dalam dan rupa bumi teknikal yang sempit yang mana ia kekal boleh diramal dan tenang. Bagi penunggang kompetitif, AT10 W MUD dilaras dengan baik untuk mengekalkan momentum dalam menempuh bahagian-bahagian apabila cengkaman dan kebolehlihatan paling sukar dikekalkan.

Di samping AT10 W MUD, Segway Powersports memperkenalkan barisan kenderaan yang luas di EICMA, menampilkan ATV, kenderaan 'side-by-side' utiliti dan sukan, serta produk atas jalan raya. Koleksi ini menggambarkan tumpuan syarikat ini ke atas rangka berkekuatan tinggi, rangkaian kuasa yang ditambah baik, stereng kuasa elektronik dan perisian berpusatkan penunggang, seterusnya menekankan teknologi asas Segway untuk kenderaan sukan luar serta produknya yang unik dan canggih.

Latar Belakang Segway Powersports

Segway mentransformasikan mikro-mobiliti pada tahun 1999 dengan Pengangkut Peribadi revolusioner, mencetuskan rasa ingin tahu global tentang masa depan pengangkutan peribadi. Dengan misi "Bergerak Sahaja" ("Simply Moving"), Segway mengkhusus untuk memudahkan cara orang ramai dan barangan bergerak, meningkatkan kecekapan dan mempertingkat pengalaman keseluruhan dalam kehidupan seharian. Selama berdekad-dekad, Segway terus-menerus menetapkan penanda aras baharu dalam pengangkutan jarak dekat dan robotik pengguna, selain tekal menerobos sempadan inovasi. Hari ini, Segway mempelopori masa depan mobiliti dengan teknologi rintis, seterusnya menyediakan produk inovatif yang mengesahkan sekali lagi cara kita bergerak.

Sila kunjungi https://powersports.segway.com.

Source: Segway Powersports
Keywords: Auto Computer/Electronics Sports Transportation New products/services Trade show news Outdoors/Camping/Hiking