omniture

Daripada Perlindungan kepada Personalisasi -- Olight lancar ArkPro Series

Olight Group Co.,Ltd
2025-11-13 21:00 18

SHENZHEN, China, 13 November 2025 /PRNewswire/ -- Tatkala musim saling memberi bermula, Olight melancarkan "The Gift That Lights Up" sempena 'Black Friday'. Arkfeld, lampu suluh pegang paling laris terjual #1 Amazon di bawah $100 selama dua tahun berturut-turut, mendapat kepercayaan daripada berjuta-juta pengguna. Kini, Arkfeld generasi akan datang, ArkPro Series muncul buat julung kalinya sebagai penanda aras reka bentuk dan utiliti bagi pencahayaan mudah alih. Bermula daripada malam yang nyaman di rumah dan gangguan bekalan kuasa yang tidak diduga hinggalah kembara jalan raya dan pengembaraan luar, Olight menyediakan cahaya yang andal untuk setiap keperluan.

Olight Black Friday ArkPro
Olight Black Friday ArkPro

Cahaya Yang Melindungi, Inovasi Yang Mendengar

Ada kalanya, sedikit kegelapan diperlukan bagi memahami nilai cahaya yang hakiki. Di sebuah lebuh raya Texas yang sepi, seorang bapa dan anak perempuan terkandas selepas mengalami kemalangan pada lewat malam — kereta mereka tertegun, telefon mereka kehabisan bateri dan jalan raya pula sunyi sepi. Daripada kotak simpanan, terpancar cahaya Olight. Sinarannya yang stabil menembusi gelap malam, seakan menjanjikan keselamatan dalam diam sehingga bantuan tiba.

"Ia bukan sekadar lampu suluh," bapa itu kemudiannya berkongsi. "Ia merupakan cahaya yang mengingatkan kami bahawa kami dilindungi."

Mendengar suara pengguna sentiasa menjadi teras kepada reka bentuk kami. ArkPro Series tercipta daripada komitmen ini — menggabungkan pandangan yang tulus dengan kejuruteraan yang canggih. Menampilkan empat sumber cahaya berbeza — Pure Flood, Spotlight, UV dan Green Laser — ia mentakrifkan semula keserbabolehan dan bersedia mendepani saat-saat yang paling tidak dapat diramalkan dalam kehidupan.

Cahaya Yang Memantulkan, Gaya Yang Berbicara

Cahaya, apabila mencapai tahap terbaik, mendedahkan lebih daripada apa yang kita lihat — ia menerangi siapa diri kita. ArkPro Series dicipta untuk menggambarkan individu yang membawanya: berani, bertimbang rasa dan anggun. Reka bentuk aluminium kerangka tunggal (unibody) terasa lancar seperti mana rupanya, dengan perabung tengah yang rapi yang mengimbangi keeleganan dan kawalan. Tersedia dalam warna Matte Black, OD Green dan Silver Graphite, kesemuanya direka khas untuk mereka yang berani menonjol. Dikuasakan oleh EIP-1 LED Olight yang dibangunkan sendiri, ArkPro Ultra memancarkan kekuatan dan ketulenan, dihidupkan oleh kilauan ArkBeat yang berirama, cahaya yang benar-benar bernafas dengan gaya. Perkhidmatan ukiran laser percuma daripada Olight menjadikan setiap ArkPro sebagai kenang-kenangan peribadi — mesej kepada insan tersayang, kata-kata bagi menyalakan keberanian atau sekadar nama yang bersinar dalam kegelapan.

Sempena 'Black Friday' ini, Olight menceriakan musim ini menerusi pelancaran rasmi ArkPro Series, seiring bersama Marauder Mini 2 baharu — bagi membawakan kuasa profesional ke tangan anda bagi menempuh sebarang pengembaraan. Mulai 14 November hingga 1 Disember, nikmati diskaun sehingga 50% — masa yang paling sesuai untuk menghadiahkan lampu ini. Kunjungi Buy ArkPro Series Flat EDC Flashlight | Pure Flood Flashlight - Olight

Latar Belakang Olight 

Ditubuhkan pada tahun 2007, Olight ialah penginovasi bertaraf global bagi pencahayaan mudah alih yang menawarkan produk perintis untuk kegunaan bawaan harian, luar, taktikal dan profesional. Dengan lebih 1,200 paten dan pelbagai Red Dot Design Award dan iF Design Award, produk Olight kini tersedia di lebih 100 negara dengan misinya untuk menerangi dunia — bukan sahaja dengan kecerahan, malahan dengan tujuan.

Maklumat Perhubungan Media:
pr@olight.com 

Source: Olight Group Co.,Ltd
Keywords: Computer/Electronics Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail New products/services