omniture

Pameran Perabot Antarabangsa China ke-57 (Guangzhou) Perkenal Tema Baharu "CONNECT • CREATE" dan Identiti Visual

China International Furniture Fair (Guangzhou)
2025-11-14 13:53 23

GUANGZHOU, China, 14 November 2025 /PRNewswire/ -- Pameran Perabot Antarabangsa China ke-57 yang dijadualkan bermula pada Mac 2026 mengumumkan tema baharunya, "CONNECT • CREATE" ("HUBUNG • CIPTA"), di samping identiti visual yang diperbaharui. Tatkala ekosistem perabot global mengalami penstrukturan semula yang mendalam, CIFF menyasarkan untuk menghubungkan semua rangkaian daripada rantaian industri—pengeluaran, pengedaran dan penggunaan—untuk mengemudi transformasi dan mencapai nilai baharu.

57th China International Furniture Fair (Guangzhou) Unveils New Theme “CONNECT · CREATE” and Visual Identity
57th China International Furniture Fair (Guangzhou) Unveils New Theme “CONNECT · CREATE” and Visual Identity

Industri perabot global kian berkembang pesat. Di tengah-tengah berlakunya turun naik ekonomi dan ketidakpastian perdagangan, pembeli antarabangsa semakin beralih kepada China. Pengilang China memajukan inovasi serta penyelidikan dan pembangunan (R&D), disokong oleh rantaian bekalan yang mantap dan stabil yang memastikan kecekapan serta kebingkasan. Sementara itu, kualiti yang andal, harga yang kompetitif dan perkhidmatan mesra pelanggan mengukuhkan daya tarikan global China. Di peringkat pengguna, arah aliran baru muncul seperti perdagangan sosial, reka bentuk VR dan peruncitan omnisaluran mentakrifkan semula pengalaman membeli-belah, di samping permintaan yang semakin meningkat terhadap perabot pintar, lestari, mesra warga emas dan berorientasikan haiwan peliharaan.

Di bawah tema baharu iaitu "HUBUNG • CIPTA," CIFF Guangzhou 2026 bermatlamat untuk memenuhi keperluan industri dan memacu kolaborasi dalam seluruh ekosistem perabot global. "HUBUNG" menekankan perhubungan industri, yang menghubungkan orang ramai, barangan, modal dan maklumat tatkala rantaian bekalan dan nilai berkembang. CIFF berfungsi sebagai hab, mengintegrasikan sumber dalam pengeluaran, pengedaran serta penggunaan.

 "CIPTA" menggambarkan hala tuju dan momentum, mendayakan kejayaan melalui inovasi dan sinergi. Dengan menjajarkan tuntutan pasaran dengan keupayaan huluan dan hiliran, CIFF memupuk kemajuan dari segi bahan, mutu ketukangan, pembuatan serta mod perniagaan, seterusnya memperkasakan setiap rangkaian dalam rantaian industri.

Identiti visual baharu ini merangkumkan selanjutnya visi ini. Berdasarkan logo heksagon CIFF yang eksklusif, reka bentuk yang diperbaharui ini menggabungkan huruf "C-I-F-F" ke dalam simbol visual terpadu, ditingkatkan oleh tekstur logam cecair. "Estetika cecair" ini merangkumkan kekuatan industri dan juga kebolehsesuaian yang boleh berubah, lantas menggambarkan sejauh mana industri ini terus-menerus berkembang melalui hubungan dinamik dan lakuran kreatif. Warna asas biru laut mewakili keterangkuman, kedalaman serta kestabilan yang melambangkan ekosistem terbuka dengan inovasi yang berkembang maju.

Menjangkau keluasan 850,000 meter persegi dan menghimpunkan lebih 4,900 peserta pameran, CIFF Guangzhou 2026 akan membawakan tiga pameran utama: Perabot Rumah, Ruang Pejabat dan Komersial, CIFM/Interzum Guangzhou. Setiap bahagian akan mengetengahkan arah aliran baharu, bermula daripada kolaborasi reka bentuk kontemporari dan inovasi tidur pintar hinggalah konsep pejabat lestari dan pembuatan pintar termaju.

Tatkala industri perabot global melangkah maju menuju era pembinaan semula yang baharu, CIFF Guangzhou 2026 bermatlamat untuk mengambil peranan sebagai penghubung dan pemangkin yang menghubungkan inovasi, sumber serta idea bagi mencipta masa depan yang lebih dinamik, lestari dan saling berkait untuk dunia perabot.

Source: China International Furniture Fair (Guangzhou)
Keywords: Furniture & Furnishings Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Trade show news