omniture

MiTAC Computing Perkenal Penyelesaian Kluster AI dan Pendinginan Termaju di Supercomputing 2025

MiTAC Computing Technology Corp.
2025-11-17 22:00 26

ST. LOUIS, 17 November 2025 /PRNewswire/ -- MiTAC Computing Technology, peneraju bertaraf global bagi penyelesaian pelayan berprestasi tinggi dan cekap tenaga, dengan bangganya mengumumkan penyertaannya di Supercomputing (SC) 2025 (18–20 November, St. Louis, Missouri), reruai 3916. Di bawah tema "Kuasa Kluster AI – Sejuk Cepat Skala Lebih Pantas" ("AI Cluster Power – Cool Fast Scale Faster"), MiTAC akan mempamerkan infrastruktur rak berskala tinggi modularnya untuk beban kerja AI dan HPC mencabar yang memperlihatkan keupayaan bermula daripada pelayan tunggal hinggalah integrasi kluster yang memfokuskan reka bentuk pendinginan cecair dan cekap tenaga. MiTAC berkolaborasi bersama AMD, Broadcom, CoolIT, Intel, KIOXIA, Micron, NVIDIA, Samsung dan Solidigm untuk mempercepat pengkomputeran termaju dan pusat data berkecekapan tinggi.

AI Cluster Power. Cool Fast. Scale Faster.
AI Cluster Power. Cool Fast. Scale Faster.

Inovasi Skala-rak Daripada Seni Bina Standard kepada Kecemerlangan Kluster AI

Di SC 2025 MiTAC Computing membawakan rangkaian penuh penyelesaian peringkat rak untuk pasang atur skala kluster termasuk rak AI dan HPC sejuk cecair dan sejuk udara yang dapat memenuhi keperluan seni bina terbuka dan pusat data perusahaan tradisional.

Rak Sejuk Cecair AI dengan GPU AMD Instinct™ MI355X | Dioptimumkan untuk AI Ultra-Skala

Rak sejuk cecair 48U EIA AI berketumpatan tinggi siri MR1100 menyasarkan latihan dan inferens AI hiperskala. Penyelesaian yang mantap ini menyokong 64 hingga 256 GPU AI. Dengan menggunakan teknologi plat sejuk dengan GPU AMD Instinct™ MI355X yang terkini, CPU AMD EPYC™ 9005 dan NIC AI AMD Pensando™ Pollara 400, ia dapat memastikan daya pemprosesan AI tanpa batasan dengan seni bina rangkaian 400/800 Gb/s.

Rak Sejuk Udara AI dengan GPU AMD Instinct™ MI350X | Seni Bina Terpiawai dengan Saling Sambung Berkelajuan Tinggi

MiTAC membawakan rak AI sejuk udara EIA 45U standard, MR1100A, dengan empat sistem MiTAC G8825Z5 menggunakan GPU AMD Instinct™ MI350X/MI325X. Cipset Broadcom Tomahawk 5 suis rangkaian 800Gb/s memastikan pengurusan GC68C-B8056 penghantaran data dengan kependaman rendah dan pelayan storan TS70A-B8056 pula mengupayakan pasang atur yang pantas bagi kluster AI/HPC boleh skala.

Rak Sejuk Cecair OCP ORv3 | Kuasa Modular dan Pengurusan Terma Termaju

Rak sejuk cecair 43OU OCP ORv3 MiTAC direka bentuk untuk HPC mampan yang dapat menampung sehingga 14 pelayan berbilang nod C2811Z5 yang dikuasakan oleh pemproses AMD EPYC™ Siri 9005. Ia mengintegrasikan storan MiTAC Lake Erie, Power Shelf 33kW dan CDU Dalam-Rak CoolIT 200kW CHx200+. Reka bentuk modular ini dapat memastikan operasi yang stabil dan cekap tenaga untuk pelayan komput berketumpatan tinggi.

Platform Pecutan AI

Rangka Kerja HPC & Pengkomputeran Awan

  • G4520G6: Pelayan yang sangat boleh disesuaikan ini yang dikuasakan oleh CPU Intel® Xeon® 6 terkini, memberikan prestasi unggul bagi setiap watt untuk peranan awan dan HPC, memanfaatkan DRAM Micron DDR5. Ia juga membawakan pilihan pengembangan yang luas, termasuk sokongan untuk NVIDIA RTX PROTM 6000 Blackwell Server Edition dan GPU NVIDIA Hopper.
  • C2811Z5: Pelayan berbilang nod sejuk cecair dan patuh OCP, ia menggunakan pemproses AMD EPYC™ siri 9005. Dioptimumkan dengan antara muka NVMe E1.S dan SSD Micron 9550 NVMe, ia menjamin penghantaran data berkelajuan tinggi yang berterusan untuk HPC intensif.

Penyelesaian Data Perusahaan

  • M2810Z5: Dioptimumkan untuk prestasi storan puncak dengan memasang atur SSD Kioxia XD8 E1.S Gen5, pelayan ini memberikan lebar jalur maksimum untuk aplikasi pangkalan data intensif IO.
  • R2520G6: Pelayan 2U berkapasiti tinggi dengan dwipemproses Intel® Xeon® siri 6700P mengintegrasikan SSD Solidigm D7-PS1010. Lebar jalur PCIe 5.0 menjamin kestabilan untuk penggudangan dan juga analisis data.
  • M2510G6: Platform dengan keandalan yang tinggi ini menyokong SSD Samsung MZTL67T6HBLC-00AW7 untuk persekitaran perusahaan yang kritikal dan pemprosesan data yang mencabar.
  • R2513G6: Platform ini menyediakan kapasiti arkib maksimum menggunakan HDD Seagate EXOS M 30TB yang disesuaikan untuk organisasi yang mempunyai keperluan pengekalan data yang sangat besar.

Kisah Kejayaan Global yang Menunjukkan Nilai MiTAC dalam Pasang Atur AI & HPC di Seluruh Dunia

Di SC 2025, MiTAC turut memaparkan kes kejayaan dunia sebenar yang menonjolkan kepakarannya yang terbukti dalam menyediakan penyelesaian peringkat rak yang komprehensif dan komitmennya terhadap integrasi skala kluster.

  • MiTAC dan HPC mampan perintis CSP Perancis mencapai pengurangan PUE dan kos operasi bertaraf dunia: Bekerjasama dengan Qarnot menggunakan pelayan Capri 3 OCP untuk menangkap 95% haba pelayan untuk digunakan semula, mencapai PUE 1.01 dan mengurangkan kos operasi sebanyak 50% untuk pelanggan di Eropah. Pameran ini turut menonjolkan integrasi penyesuai rangkaian Broadcom N1400GD.
  • Pasang atur OCP dipercepat di pusat data AS yang mempunyai platform ORv3 dan kecekapan sumber: MiTAC bekerjasama dengan CTCA, iaitu penyedia penyelesaian IT global untuk mempercepat pasang atur OCP di seluruh pusat data AS. Kejayaan ini memanfaatkan pelayan OCP patuh ORv3 dan integrasi rak termaju. Pameran SC mengetengahkan pelayan OCP yang membawakan Samsung M321R8GA0EB2-CCP Memory, menonjolkan pelancaran yang lebih pantas dan juga kecekapan sumber.
  • Integrasi rak memperkemas operasi global untuk penyedia keselamatan awan terkemuka: MiTAC menyediakan perkhidmatan integrasi rak tersuai dan sedia untuk dipasang atur dengan menggunakan pelayan GC68C-B8056. Perkhidmatan ini memperkemas operasi dengan menyampaikan lebih 380 konfigurasi melalui 150 pusat data di seluruh dunia, memenuhi masa pusing balik 48 jam dan mengupayakan peralihan infrastruktur yang mengutamakan GPU dalam tempoh setengah tahun, lalu memperlihatkan konsistensi, ketangkasan dan inovasi yang disediakan oleh MiTAC.
  • MiTAC dan rakan kongsi storan perisian tertakrif memaksimumkan prestasi GPU dengan menghapuskan hambatan latihan AI: Dengan berkolaborasi bersama rakan kongsi storan perisian tertakrif (SDS) yang terkemuka, MiTAC memanfaatkan pelayan GC68A-B8056 untuk menghapuskan kekangan I/O kritikal. Seni bina yang disahkan terlebih dahulu ini meningkatkan penggunaan GPU sebanyak 35% dan memberikan daya pemprosesan lebih 200 GB/s, seterusnya meningkatkan kelajuan pelengkapan latihan AI sebanyak tiga kali ganda dengan berkesan.

Untuk maklumat lanjut mengenai SC dan katalog produk, sila kunjungi:

Latar Belakang MiTAC Computing Technology Corporation

MiTAC Computing Technology Corp., subsidiari MiTAC Holdings, menyediakan penyelesaian pelayan yang komprehensif dan cekap tenaga yang disokong oleh kepakaran industri bermula sejak tahun 1990-an. Mengkhusus dalam AI, HPC, awan dan pengkomputeran pinggir, MiTAC Computing menggunakan metodologi yang ketat bagi memastikan kualiti tanpa kompromi—merangkum peringkat barebone, sistem, rak dan kluster—bagi mencapai prestasi dan integrasi sepenuhnya. Komitmen terhadap kualiti pada setiap peringkat ini membezakan MiTAC Computing dalam industri ini.

Dengan kehadiran di seluruh dunia dan keupayaan hujung-ke-hujung—bermula daripada penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pembuatan hinggalah sokongan global—MiTAC Computing menyediakan platform yang tangkas dan tersuai untuk pusat data hiperskala, HPC dan aplikasi AI bagi menjamin prestasi dan kebolehskalaan yang optimum demi memenuhi keperluan perniagaan yang unik. Dengan memanfaatkan kemajuan terkini dalam AI dan pendinginan cecair, serta menyatukan jenama MiTAC dengan produk pelayan Intel DSG dan TYAN, MiTAC Computing menonjol lantaran teknologi pelayannya yang inovatif, cekap dan andal serta penyelesaian bersepadu perkakasan dan perisiannya—memperkasakan perniagaan dalam menyahut cabaran pada masa akan datang.

Laman Web MiTAC Computing Technology Corporation: https://www.mitaccomputing.com/

Source: MiTAC Computing Technology Corp.
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics New products/services Trade show news Artificial Intelligence