HONG KONG, 19 November 2025 /PRNewswire/ -- PR Newswire mendedahkan data bebas yang mengetengahkan kedudukannya sebagai peneraju industri bagi pengoptimuman enjin gelintar (SEO), kemampuan carian AI, kebolehlihatan dalam talian dan pengutipan media Analisis terperinci ke atas data carian dalam talian daripada Semrush menunjukkan bahawa PR Newswire mengatasi pesaing terdekatnya dengan ketara dalam beberapa bidang utama dan memberikan pelanggan jangkauan dan kebolehlihatan tiada tandingan a untuk berita dan kandungan mereka.
Sebagai platform pengedaran siaran akhbar yang terkemuka dalam industri ini, kami merupakan rakan kongsi terbaik untuk memperluas jangkauan berita anda.
Ketahui sejauh mana PR Newswire dapat memperluas mesej anda dan memastikan ia sampai kepada audiens seluas yang mungkin. Kunjungi https://www.prnewswire.com/apac/ untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perkhidmatan kami dan bagaimana kami boleh membantu anda mencapai matlamat komunikasi anda.
Dominasi PR Newswire dalam industri ini ditonjolkan melalui data yang diperoleh daripada Semrush, termasuk:
- Carian AI: PR Newswire mendapat sebutan dua kali lebih banyak dalam carian AI dan merupakan bahagian suara terbesar berbanding pesaingnya.
- Trafik Carian Organik: PR Newswire mencapai lebih dua kali ganda trafik carian organik berbanding pesaing terdekatnya.
- Trafik Carian Keseluruhan: PR Newswire mendorong lebih daripada dua kali ganda trafik carian berbanding pesaing terdekatnya.
- Autoriti Laman Web: Lebih banyak domain laman web memautkan kembali ke PRNewswire.com berbanding laman pesaingnya menunjukkan autoriti dan kredibiliti yang kukuh.
- Pelawat Bulanan Unik: PRNewswire.com menarik minat dua kali ganda bilangan pelawat laman web bulanan yang unik berbanding pesaing terdekatnya.
- Kedudukan Kata Kunci: PR Newswire mempunyai lebih banyak kata kunci berkedudukan tinggi berbanding pesaingnya, meningkatkan kebolehlihatan kandungan pelanggan kepada audiens sasaran.
"Penemuan ini mengesahkan pelaburan berterusan yang dibuat oleh PR Newswire dalam teknologi carian dan pengoptimuman berasaskan AI. Dengan lebih banyak kata kunci berkedudukan tinggi berbanding pesaing kami, kami dapat memperkasakan pelanggan kami untuk mencapai kebolehlihatan dalam talian dan pengutipan media yang tiada tandingan. Matlamat kami adalah untuk memastikan agar setiap siaran akhbar yang diedarkan melalui rangkaian kami mencapai impak maksimum, seterusnya memacu hasil yang ketara untuk pelanggan kami," kata Glenn Frates, Naib Presiden Perkhidmatan Kandungan Pelanggan di PR Newswire.
Di samping itu, apabila pelanggan mengedarkan berita mereka melalui PR Newswire, mereka mendapat capaian eksklusif kepada faedah-faedah penting ini untuk memperhebat kempen komunikasi mereka:
- Rangkaian Pengedaran Terbesar: PR Newswire menawarkan pengedaran kepada rangkaian pengedaran berita terbesar dan paling banyak sumbernya dalam industri ini yang menjangkau lebih 440,000 bilik berita, suapan langsung dan pelanggan.
- Jangkauan Media dan Pempengaruh: PR Newswire mempunyai pangkalan data eksklusif yang terdiri daripada lebih 270,000 wartawan, pemblog dan pempengaruh meliputi hampir 200 segmen berita dan vertikal industri yang memilih untuk menerima siaran akhbar PR Newswire.
- Pensindiketan Dalam Talian: PR Newswire menjangkau lebih 9,000 outlet media digital melalui rangkaian sindiket dalam taliannya, termasuk laman web media utama, portal kewangan dan blog.
- Pengedaran Bersasar: Pengguna boleh menyasarkan audiens mengikut geografi (lebih 170 negara dalam lebih 40 bahasa, negeri, wilayah, kawasan, bandar) dan kategori (industri, vertikal, segmen seperti ESG/IR, demografi dan lain-lain).
- Semakan Editorial: Pasukan editorial 24/7 membaca pruf setiap siaran berita bagi menyemak tatabahasa, ejaan, tanda baca, pautan putus dan penandaan yang betul untuk SEO dan amalan terbaik yang bertujuan untuk meningkatkan prestasi carian segera dan juga jangka panjang.
- Integrasi Multimedia: Platform ini membolehkan pengguna memuat naik dan memasukkan foto, video, logo, infografik dan kandungan dinamik lain dengan cepat meningkatkan keterlibatan sehingga 6x lebih tinggi.
- Penjejakan & Analisis Keputusan: Pengguna boleh menjejaki tanggapan, penyiaran di laman web dan banyak lagi untuk memperoleh analisis yang diperlukan untuk menunjukkan keberkesanan dan memperhalusi kempen pada masa akan datang.
- Kredibiliti dan Keselamatan: PR Newswire menawarkan tahap kredibiliti (media merujuk kandungannya 36% lebih kerap berbanding pesaing terdekat) dan keselamatan (mematuhi SOC 2 Jenis II) yang tinggi.
Dalam masa terdekat, pelanggan PR Newswire akan dapat menikmati faedah tambahan dalam carian AI dengan setiap pengedaran siaran akhbar, termasuk:
- Saranan kandungan yang dikuasakan AI untuk membantu siaran akhbar ditemui melalui carian AI.
- Data pelaporan untuk menjejaki seberapa kerap kandungan mereka ditemui dalam hasil carian enjin AI.
Kesemua tawaran ini menonjolkan komitmen PR Newswire dalam menyediakan platform yang paling efektif kepada pelanggan bagi menyebarkan berita mereka dan memaksimumkan kehadiran dalam talian. Pelanggan yang memanfaatkan PR Newswire akan mendapat manfaat daripada jangkauan dan kebolehlihatan terbesar yang tersedia di pasaran. Dengan memilih PR Newswire, perniagaan dapat memastikan mesej mereka dilihat oleh audiens yang lebih besar, lalu meningkatkan kesedaran jenama, prestasi SEO, serta impak keseluruhan.