BEIJING, 19 November 2025 /PRNewswire/ -- Semasa berlangsungnya satu persidangan kumpulan pemikir yang dimulakan di Beijing pada hari Ahad, 10 kes tipikal Cina berhubung tadbir urus bandar raya mega diperkenalkan buat julung kalinya bagi menggalakkan perkongsian serta aplikasi pengalaman, mod dan amalan yang inovatif dan cemerlang dalam hal tadbir urus bandar raya mega.

Photo shows a scene of the release of the 10 Chinese cases on mega-city governance. (Xinhua/Wang Xiao)
Kes-kes ini dipilih secara bersama oleh tiga kumpulan pemikir termasuk PKU Institute of Urban Governance, Institute for Digital Government and Governance of Tsinghua University dan Xinhua Research Center for Digital Government.
Di Beijing, platform perkhidmatan kerajaan tempatan pintar "Jingban" kini menawarkan perkhidmatan untuk kesemua 16 daerah pentadbirannya yang berupaya menyokong respons segera setelah menerima keperluan perkhidmatan, tadbir urus komuniti, perkhidmatan kemudahan awam serta senario perkhidmatan kerajaan teras yang lain.
Disokong oleh teknologi JD Cloud, platform umpama "pelayan" pintar ini mengintegrasikan lebih 600 aplikasi sebagai usaha untuk terus memacu pembangunan bandar yang berkualiti lebih tinggi melalui tadbir urus digital.
Di Chongqing, rejim tadbir urus pintar "1361" yang terdiri daripada pusat operasi dan tadbir urus digital bandar untuk peringkat jabatan kerajaan tempatan yang berbeza membantu bandar bergunung-ganang di barat daya China itu meningkatkan kecekapan operasi bandar secara keseluruhan.
Di Guangzhou, penjana ekonomi selatan China itu memanfaatkan reformasi elemen data berorientasikan pasaran bagi memupuk platform inovatif yang mengintegrasikan teknologi dan perkhidmatan digital untuk ekonomi sebenar.
Berdasarkan aplikasi perkhidmatan kerajaan mudah alihnya "Suihaoban", bandar tersebut mewujudkan matriks perkhidmatan yang mempunyai "satu rangkaian dalam talian, satu tetingkap luar talian dan satu talian penting" bagi membentuk enjin digital baharu demi tadbir urus bandar pintar yang bingkas.
Di kota metropolis timur China Shanghai, ia mencipta ciri "letak kereta melalui kod QR" bagi memperkukuh tadbir urus pintar yang membolehkan penduduk tempatan mengakses perkhidmatan tempat letak kereta yang mudah dan pantas hanya melalui "Suishen Code" atau kod perjalanan bandar Shanghai.
Shen Tiyan, dekan eksekutif PKU Institute of Urban Governance berkata bandar-bandar yang disebut di atas bersifat tersendiri dalam hal tadbir urus bandar didayakan teknologi digital, meningkatkan mata pencarian penduduk melalui kaedah digital dan tadbir urus kolaboratif berbilang dimensi.
Kesemua ini menunjukkan falsafah tadbir urus yang berpusatkan rakyat dan menggambarkan dengan baik kemajuan yang diterajui oleh inovasi dalam pemodenan sistem serta keupayaan tadbir urus bandar, tambah Shen.
Pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/348348.html