SEOUL, Korea Selatan, 20 November 2025 /PRNewswire/ -- Nongshim melantik kumpulan K-pop aespa sebagai Duta Jenama Global baharu untuk Shin Ramyun yang merupakan kali pertama jenama ini memilih wakil seluruh dunia. Sebagai artis global yang berpengaruh, aespa akan membantu menyampaikan slogan 'Spicy Happiness In Noodles' ('Kebahagiaan Rasa Pedas Dalam Mi') dan memperkenalkan cita rasa, identiti dan tarikan budaya Shin Ramyun yang tersendiri kepada khalayak ramai merentas pasaran antarabangsa yang utama.
Seorang wakil Nongshim menyatakan "kehadiran budaya aespa yang mantap, jangkauan global yang autentik serta keterlibatan yang berterusan bersama Shin Ramyun dan Chapagetti sejak tahun 2021 menjadikan kumpulan ini sebagai duta yang tepat dan menarik untuk peringkat pengembangan global jenama ini yang seterusnya."
Nongshim sudahpun mengeluarkan iklan baharu yang menampilkan aespa di saluran YouTube global rasminya. Diterbitkan dalam format video-muzik, filem ini menonjolkan vokal, gaya persembahan dan identiti artistik kumpulan ini.
Lagu kempen (atau muzik latar) untuk iklan ini merupakan persembahan aespa untuk lagu "Spice Up Your Life", iaitu lagu popular tahun 1997 ikonik yang dinyanyikan oleh kumpulan pop British terkenal Spice Girls yang ditafsirkan semula dengan tarikan yang istimewa oleh kumpulan ini. Iklan ini menyampaikan mesej untuk memberikan "kebahagiaan rasa pedas" Shin Ramyun kepada pengguna di seluruh dunia.
Iklan ini memaparkan reaksi yang bersemangat dan gembira daripada pengguna dan menonjolkan sejauh mana Shin Ramyun memberikan pengalaman yang menyeronokkan secara sejagat. Ia turut merangkumkan 'Tarian Shin Ramyun' asli yang mempersembahkan gerak tari yang diinspirasikan oleh pembukaan bungkusan, penambahan air, penyediaan penyepit dan gerak isyarat jari yang mewakili setiap huruf 'SHIN'. Iklan ini akan dikeluarkan di seluruh wilayah luar negara yang utama, termasuk Amerika Syarikat, China, Jepun, Eropah dan juga Asia Tenggara.
Nongshim akan turut memperkenalkan 'Pakej Istimewa aespa' khas Shin Ramyun. Berbilang pek akan memaparkan imej kumpulan aespa, manakala pek tunggal akan menampilkan setiap ahli kumpulan. Pakej ini akan dilancarkan di China pada bulan November, diikuti dengan pelancaran global termasuk Korea.
Di samping itu, berbilang pek Shin Ramyun dan Shin Ramyun Toomba yang terpilih akan menyertakan kad foto dengan foto ahli kumpulan, mesej tulisan tangan serta kod QR yang dipautkan pada video belakang tabir yang eksklusif.
Pengaktifan luar talian tambahan turut dirancang termasuk pengalaman timbul (pop-up) berjenama dan pelbagai promosi dalam kedai di seluruh saluran jualan global.
aespa mengulas, "Shin Ramyun sentiasa menjadi jenama yang kami nikmati dalam kehidupan seharian kami, sama ada ketika bersiaran atau semasa jelajah. Kami teruja untuk beralih daripada menikmati produk ini kepada mewakilinya secara rasmi dan kami berharap dapat berkongsi tarikannya bersama peminat di seluruh dunia."