omniture

Kolmar Korea Dinamakan Antara Syarikat Terbaik Dunia TIME bagi Pertumbuhan Mampan 2026 Tahun Kedua Berturut-turut

Kolmar Korea
2025-11-20 21:30 33

Tersenarai dalam 7% Teratas Antara Lebih 4,000 Syarikat Global, Menonjolkan Kepimpinan dalam Inovasi Mesra Alam dan Pertumbuhan Bertanggungjawab

SEOUL, Korea Selatan, 20 November 2025 /PRNewswire/ -- Kolmar Korea, peneraju bagi pengilang reka bentuk tulen (ODM) kosmetik global telahpun dipilih untuk tahun kedua berturut-turut dalam senarai World's Best Companies in Sustainable Growth 2026 (Syarikat-syarikat Terbaik Dunia bagi Pertumbuhan Mampan 2026) TIME, lantas mengesahkan sekali lagi kedudukannya sebagai peneraju global bagi amalan perniagaan mesra alam dan bertanggungjawab. Kedudukan ini diumumkan pada 13 November oleh TIME melalui kolaborasi bersama firma penyelidikan global Statista, bagi mengiktiraf 500 syarikat teratas di seluruh dunia yang mencapai pertumbuhan mampan. Kolmar Korea menduduki tempat ke-294 secara keseluruhan.

Kolmar Korea named to TIME's World's Best Companies in Sustainable Growth 2026 for second consecutive year
Kolmar Korea named to TIME's World's Best Companies in Sustainable Growth 2026 for second consecutive year

Hanya sepuluh syarikat Korea yang dimasukkan ke dalam senarai ini pada tahun ini — turun sebanyak 13 berbanding tahun lalu — dan Kolmar Korea merupakan satu-satunya syarikat kosmetik Korea yang disenaraikan selama dua tahun berturut-turut.

Penilaian ini dibuat berdasarkan tiga faktor berwajaran sama — pertumbuhan hasil, kestabilan kewangan dan impak alam sekitar — pada skala 100-mata. Lebih daripada 4,000 syarikat global merentas kesemua industri yang mendedahkan data prestasi alam sekitar secara telus layak untuk mendapat penilaian ini.

Kolmar Korea memperoleh skor keseluruhan 81.02 yang menempatkannya dalam kalangan 7% teratas di peringkat global, lalu mengekalkan kedudukan yang kukuh meskipun terdapat persaingan yang sengit daripada syarikat-syarikat global yang menunjukkan CAGR yang mantap serta kestabilan kewangan. Syarikat ini mencipta pencapaian yang sangat tinggi dalam metrik kemampanan, menduduki tempat ke-2 antara syarikat-syarikat Korea bagi prestasi keamatan karbon dan emisi dan dalam kalangan 30% teratas di seluruh dunia bagi pengurusan sisa dan sumber air.

Pencapaian ini menggambarkan komitmen Kolmar Korea yang meluas dan berterusan terhadap inovasi mesra alam serta kelestarian kitaran. Sebagai perintis industri, Kolmar Korea membangunkan penyelesaian pembungkusan mampan rintis seperti tiub kertas, batang kertas dan pek kertas pam sebelah tangan, lantas mengurangkan penggunaan plastik dengan ketara. Tiub kertas dan batang kertas khususnya memenangi ketiga-tiga anugerah reka bentuk paling berprestij di dunia — IDEA (International Design Excellence Awards), iF Design Award dan Red Dot Design Award, seterusnya memantapkan pengaruhnya dalam arah aliran pembungkusan global.

Syarikat ini turut menggiatkan pembangunan rumusan serta bahan-bahan mampan. Portfolionya melibatkan pelindung matahari yang diperakui Green Technology Product, dikilangkan melalui proses pengekstrakan bahan antipenuaan yang mengurangkan emisi karbon sebanyak 83%, serta produk penjagaan rambut dan badan yang terbiodegradasikan yang terurai secara semula jadi sebanyak lebih daripada 99%, lantas meminimumkan beban ke atas alam sekitar. Kolmar Korea juga memperkukuh keupayaan pembuatan mampannya dan mencapai kadar kitar semula sisa sebanyak 84.8% dan mengurangkan sisa di tapak kambus tanah sebanyak 57.8% tahun ke tahun, sebagai sebahagian daripada inisiatif "Tapak Kambus Tanah Sifar".

Selaras dengan usaha kemampanan dalaman, Kolmar Korea komited untuk menyokong pertumbuhan ekosistem kecantikan Korea dengan menggalakkan pertumbuhan secara bersama dengan jenama-jenama kecantikan indie memuncul. Syarikat ini kerap menganjurkan seminar berhubung trend kecantikan dan strategi pemasaran untuk jenama-jenama pelanggan, menyokong gedung sementara jenama indie di Seoul Beauty Week dan mengadakan seminar kemampanan CONNECT FOR GREEN bersama rakan kongsi sejak tahun 2023 untuk membina rantaian nilai ESG yang kolaboratif.

"Diiktiraf sebagai salah sebuah syarikat pertumbuhan mampan terbaik di dunia untuk tahun kedua berturut-turut menggambarkan hasil daripada komitmen komprehensif dan jangka panjang kami terhadap pengurusan mampan," kata Yoon Sang Hyun, Naib Pengerusi Kolmar Group. "Kami akan terus menggalas tanggungjawab sebagai sebuah syarikat bertaraf global yang mewakili Korea dengan memacu pengurusan mesra alam serta inovasi teknologi."

Hubungan Media
Kolmar Holdings
Jang-Woo Lee
jay.lee@kolmar.co.kr

Source: Kolmar Korea
Related Stocks:
Korea:161890
Keywords: Cosmetics & Personal Care Environmental Products & Services Green Technology Health Care/Hospital Household/Consumer/Cosmetics Awards Cision Influencer List - ESG