![]() |
Analisis sentimen global terhadap 3,800 perbincangan daripada komuniti Reddit r/Dentistry mengetengahkan pengiktirafan pengguna yang kukuh terhadap kebolehgunaan perisian, fleksibiliti aliran kerja dan nilai keseluruhan.
SEOUL, Korea Selatan, 1 Disember 2025 /PRNewswire/ -- Medit, sebuah syarikat pergigian digital yang terkemuka, telahpun disenaraikan sebagai jenama pengimbas intraoral (IOS) terkemuka dalam kajian persepsi jenama global yang dijalankan oleh sebuah agensi pandangan luar. Kajian ini menganalisis lebih daripada 3,800 perbincangan yang tersedia kepada awam daripada komuniti Reddit r/Dentistry yang melaluinya doktor dan pengguna berkongsi secara terbuka pengalaman mereka dengan alatan dan aliran kerja pergigian digital.
Menurut laporan, Medit mencapai skor persepsi jenama keseluruhan yang tertinggi antara jenama-jenama pengimbas intraoral utama yang dirangkumkan dalam analisis ini. Dalam set data ini, sentimen terhadap Medit dicirikan oleh 29.9% maklum balas positif secara eksplisit—bahagian sentimen positif tertinggi antara jenama-jenama yang dianalisis—menonjolkan pengiktirafan kukuh terhadap prestasi IOS, pengalaman perisian dan nilai keseluruhan Medit dalam ruangan komen janaan pengguna yang berkaitan dengan penggunaan dan tanggapan IOS.
Bagaimana analisis dijalankan
Set data dikumpulkan daripada Reddit, salah satu platform perbincangan terbuka yang terbesar. Analisis ini memfokuskan pada komuniti r/Dentistry, yang mana doktor kerap bertukar-tukar pandangan mengenai pengimbas, aliran kerja klinikal serta pengalaman perisian.
Bagi klasifikasi sentimen dan interpretasi topik, kajian ini menggunakan model Gemma3 AI Google untuk mengkategorikan komen pengguna kepada kumpulan positif, neutral dan negatif. Penilaian ini menonjolkan arah aliran teragregat dalam komuniti dan bukannya pendapat individu.
Penemuan penting daripada analisis
Kajian ini meninjau semula perbincangan dalam tema-tema seperti kebolehgunaan perisian, fleksibiliti aliran kerja, pertimbangan nilai serta pengalaman klinikal keseluruhan.
Faktor-faktor ini disebut secara konsisten sebagai penyumbang kepada penerimagunaan digital dan kecekapan klinikal harian untuk pengguna IOS.
Gambaran keseluruhan kajian dan rakan kongsi penyelidik luar
Kajian ini dijalankan oleh insightsZ, sebuah agensi pandangan data global yang mengkhusus dalam penjagaan kesihatan digital serta analisis industri pergigian. Dengan menggunakan pemodelan sentimen dipacu AI ke atas perbualan berskala besar daripada komuniti Reddit r/Dentistry, insightsZ menterjemahkan perbincangan pengguna kepada isyarat yang jelas berhubung persepsi jenama, pengalaman pengguna dan arah aliran pasaran.
Penemuan ini menawarkan pandangan berasaskan rakan sebaya kepada doktor mengenai sejauh mana jenama-jenama pengimbas intraoral digunakan dalam amalan harian, bermula daripada kebolehgunaan perisian hinggalah fleksibiliti aliran kerja dan nilai. Bagi Medit, keputusan ini mengesahkan pendekatan mengutamakan pengguna yang memfokuskan pada keterbukaan, kebolehcapaian serta nilai jangka panjang untuk pergigian digital.
Latar Belakang Medit
Medit ialah sebuah syarikat pergigian digital bertaraf global yang mengkhusus dalam pengimbas intraoral dan penyelesaian perisian terhubung. Melalui platformnya yang terbuka dan intuitif, Medit mengupayakan golongan profesional pergigian untuk mereka bentuk aliran kerja digital fleksibel yang dapat meningkatkan kecekapan klinikal dan turut meningkatkan pengalaman pesakit.
Beribu pejabat di Seoul, Korea Selatan, Medit berkolaborasi dengan klinik, makmal dan rakan kongsi di seluruh dunia untuk menjadikan pergigian digital termaju lebih mudah dicapai. Dengan terus-menerus menyampaikan kemas kini perisian nilai tambah dan inovasi aliran kerja, Medit memperkasakan amalan semua saiz untuk menerima pakai dan memperluas penggunaan teknologi digital mereka dengan yakin.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi medit.com.
Sumber: insightsZ – Global IOS Category Series: Sentiment Analysis of Leading IOS Brands Vol. I (2025)
Platform: Reddit / r/Dentistry