omniture

Teknologi Kewangan ADFW Abu Dhabi Menuju ke Era Kewangan Baharu yang Didorong oleh Inovasi dan Gangguan

ADGM
2025-12-12 00:34 8

ABU DHABI, EMIRIAH ARAB BERSATU, 12 Disember 2025 /PRNewswire/ -- Hari ketiga Minggu Kewangan Abu Dhabi (ADFW) 2025, acara utama ADGM, menampilkan Teknologi Kewangan Abu Dhabi dan RESOLVE, yang menghimpunkan pemimpin paling berpengaruh di dunia dalam bidang kewangan, teknologi, perundangan dan penyelesaian pertikaian.

Di bawah tema menyeluruh 'Mencipta Aspek Utama Pengurusan Modal (Engineering the Capital of Capital)', hari tersebut menyampaikan gabungan kepimpinan berwibawa yang berkuasa, perbincangan mengenai inovasi yang pengganggu dan cerapan terkini, mempamerkan kedudukan Abu Dhabi sebagai hab kewangan yang tertumpu kepada masa depan dan kuasa perundangan.

Merasmikan hari tersebut, Tuan Yang Terutama Hamad Sayah Al Mazrouei, Setiausaha Rendah Jabatan Pembangunan Ekonomi Abu Dhabi & Pengerusi, Akademi ADGM, berkata, "Masa depan kewangan bukan sahaja akan ditentukan oleh algoritma, tetapi oleh individu yang mempunyai visi, keberanian dan tujuan. Melalui platform seperti Teknologi Kewangan Abu Dhabi, kami bukan sahaja menjangkakan perkara yang akan berlaku seterusnya untuk sektor ini tetapi secara aktif membinanya. Perbualan yang berwawasan hari ini menunjukkan cita-cita Abu Dhabi untuk menjadi titik permulaan bagi era baharu kemajuan kewangan yang terangkum, pintar dan berdaya tahan."

Teknologi Kewangan Abu Dhabi: Lembaran Inovasi Kewangan yang Seterusnya

Edisi kesembilan Teknologi Kewangan Abu Dhabi, yang kini merupakan perhimpunan teknologi kewangan terbesar dan paling berpengaruh di rantau mena, menonjolkan perubahan seismik yang memberi kesan kepada perkhidmatan kewangan – daripada tokenisasi dan AI kepada perbankan digital dan stablecoin.

Pentas utama menganjurkan beberapa siri perbualan hebat dan dialog berimpak tinggi yang menampilkan beberapa pemimpin kewangan paling berpengaruh di dunia. Barisan pemimpin tersebut termasuk tokoh terkemuka dari ekosistem teknologi kewangan global, seperti Brian Armstrong, Ketua Pegawai Eksekutif Coinbase; Jeremy Allaire, Ketua Pegawai Eksekutif Circle; Richard Teng, Ketua Pegawai Eksekutif Binance; Jennifer Johnson, Ketua Pegawai Eksekutif Franklin Templeton; Anthony Soohoo, Ketua Pegawai Eksekutif MoneyGram; Ambareen Musa, Ketua Pegawai Eksekutif GCC, Revolut; dan ramai lagi.

Sesi berkenaan meneroka topik utama termasuk kredit digital, inovasi kawal selia, aset digital, penerimagunaan institusi dan perbankan generasi akan datang, menawarkan cerapan spontan daripada Ketua Pegawai Eksekutif, pelabur dan eksekutif perbankan kanan teknologi kewangan. Sesi bersama Teng meneliti ketaktentuan pasaran kripto dan menimbulkan persoalan penting: Bolehkah kripto menjadi matang kepada infrastruktur yang dipercayai? Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Revolut, Capital.com, Erebor Group dan Lukka meneroka cara pengasas teknologi kewangan mengutamakan kelajuan, kejelasan kawal selia dan kepercayaan ketika teknologi ini berkembang dalam iklim yang menggesa ketangkasan dan daya tahan.

Pemimpin perbankan kanan dari State Street, Al Hilal Bank dan Piraeus Group membincangkan sejauh mana institusi legasi berkembang. Daripada menerima AI kepada mentakrifkan semula pengalaman pelanggan, sesi berkenaan memberikan pandangan spontan ke atas usaha pendigitalan di dalam seni bina perbankan tradisional. Pakar pelaburan peringkat awal dari FJ Labs dan Standard Chartered Ventures mendedahkan strategi masing-masing untuk mengenal pasti syarikat permulaan bernilai berbilion dolar sebelum menjadi arus perdana dengan memberikan tumpuan kepada pengiktirafan corak, disiplin harga dan sains penemuan 'syarikat unikorn' yang baharu muncul.

RESOLVE Meneroka Tema 'Keberanian'

Sejajar dengan itu, edisi keempat RESOLVE 2025 diadakan di bawah tema 'Keberanian', memberikan tumpuan kepada penyelesaian pertikaian antarabangsa dan sejauh manakah sistem perundangan mesti berkembang dalam menghadapi transformasi digital dan pasaran yang pesat. Forum ini menghimpunkan pakar perundangan global, pengawal selia, pemimpin perniagaan dan penggubal dasar untuk hari ucaptama dan perbincangan dinamik mengenai peraturan kripto rentas sempadan, strategi perundangan yang dipacu AI dan implikasi perundangan pasaran modal global.

Tuan Yang Terutama Abdullah Sultan bin Awad Al Nuaimi, Menteri Kehakiman UAE, menyampaikan ucaptama yang menarik mengenai "Keadilan dengan Keberanian", menekankan kepimpinan Abu Dhabi dalam menetapkan standard perundangan progresif. Pendaftar & Ketua Eksekutif ADGM Courts, Linda Fitz-Alan, merasmikan forum ini dengan mesej yang amat berkesan tentang mengemudi gangguan perundangan dengan jelas dan tegas. Hari tersebut menampilkan barisan penceramah yang amat berkaliber, termasuk Matthew Lewis, Pengarah Urusan Hintsa Performance, Pengasas Bersama Netflix dan Bekas Ketua Pegawai Eksekutif, Marc Randolph dan Profesor Nancy Gleason dari MBZUAI.

Acara Sampingan, Pendatang Baharu, Kerjasama dan Pengumuman Utama

Aktiviti yang dijalankan serentak dengan acara utama ialah acara sampingan lain seperti Forum AI Abu Dhabi, Blok Rantai Abu Dhabi, Forum Risiko 4.0, acara Bloomberg mengenai Evolusi AI: Daripada Potensi kepada Secara Praktikal  dan Forum Aset Digital Eastpoint. Acara sepanjang hari, sidang kemuncak tertutup seperti Meja Bulat Pemimpin Web3 - Dibentangkan oleh ADGM Emerging Tech dan Dialog #Hashed dan Stablecoin telah diadakan bersama eksekutif kanan.

Hari ketiga ADFW menyaksikan pengumuman daripada Galaxy Digital dan Bank Pembangunan Eurasia (EDB), yang menubuhkan pejabat di ADGM. Satu lagi pengumuman penting untuk hari tersebut dilakukan oleh SAAS Properties, yang secara rasmi melancarkan projek terkini syarikat – The Ritz-Carlton Residences, Pulau Al Maryah.

Sebanyak 24 Memorandum Persefahaman (MoU) telah diumumkansemasa hari ketiga ADFW. Kerjasama telah ditandatangani antara entiti tempatan dan antarabangsa seperti Blackrock, Finstreet, Swiss Re, RIQ, Kitopi Global, Lulu Financial Group, Crypto.com, 42 Abu Dhabi, Hanwha dan Kresus.

ADFW diteruskan untuk hari terakhir dengan acara kemuncak – Forum Kewangan Mampan Abu Dhabi (ADSFF) dan acara utama lain yang akan memberikan tumpuan kepada kelestarian dan kewangan.

Untuk maklumat lanjut mengenai ADFW, sila kunjungi www.adfw.com.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2550581/5010772/ADGM_Logo.jpg?p=medium600

Source: ADGM
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Publishing/Information Service Trade show news Financial Technology Artificial Intelligence